Sebenarnya hukum mewarnakan rambut adalah harus, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian sahabat seperti Abu Bakar As-Siddiq , Umar Al-Khattab dan sebagainya.Walaupun begitu ianya mestilah berdasarkan kepada beberapa syarat :
1. Menggunakan apa sahaja jenis bahan samada daun inai atau daun katam yang terdapat di Negara Yaman , sebagaimana dalil dari hadis imam Tirmizi rhm :
إِ
نَّ أَحْسَنَ مَا غَيَّرْتُمْ بِهِ الشَّيْبَ الْحِنَّاءُ وَالْكَتَمُ“Sesungguhnya , sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarnakan uban ialah pohon inai dan katam” (HR Imam Tirmizi : 4991)2. Menggunakan warna hitam dibolehkan sekiranya umur belum sampai pada umur tua yang mana menjadi suatu kebiasaan pada umur tersebut untuk rambut beruban.Ini membawa maksud , sekiranya ketika berumur muda tetapi rambut dipenuhi dengan uban , maka pada ketika itu dibolehkan untuk menggunakan warna hitam.
Walaupun begitu , penggunaan warna hitam ketika mewarnakan rambut adalah merupakan isu yang diperselisihkan oleh para ulama dan Sahabat Rasulullah saws..Ada yang membenarkannya seperti Sa’ad bin Abu Waqqas , Uqbah bin Amir , al_Hassan ,Jarir dan lain-lain dan ada juga yang melarangnya.
Berdasarkan gambar iklan pewarna rambut sebagaimana yang diberikan link diatas , maka ianya jelas tidak dibolehkan kerana ia bertujuan menjadikan seseorang yang telah tua dengan rambut beruban untuk tampil lebih muda dengan rambut yang diwarnakan hitam…AllahuA’alam.
Sekian WA