Laman Utama

SJ-08-0109 : Puasa dan Fidyah

Moderators: kamin, izrail, tytsezh, albaruhiyy, Abu_Umair, Abu_syu'aib, al-jawhar, UZAR

SJ-08-0109 : Puasa dan Fidyah

Postby Kuesera-sera » Sep 28th, '08, 08:16

:salam Panel Feqh

Ibu ana pada bulan Ramadhan tahun 1972 tidak dapat berpuasa 30 hari kerana berpantang (Bersalin) dan puasa berkenaan belum digantikan lagi.

Soalan Ana...
a) Adakah ibu Ana perlu menggantikan puasanya hanya selama tiga puluh hari sahaja?
b) Adakah ibu Ana perlu menggantikan puasa dan membayar fidyah(adakah berganda bayaran fidyahnya?)
Kuesera-sera
Martabat 3
Martabat 3
 
Posts: 36
Joined: Jan 1st, '70, 08:00

Postby kamin » Sep 30th, '08, 12:11

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Berikut kami petik fatwa yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi :-

<div dir="rtl"> ÃãÇ ÇáÍÇãá ÝíÌÈ ÚáíåÇ ÇáÕæã ÍÇá ÍãáåÇ ÅáÇ ÅÐÇ ßÇäÊ ÊÎÔì ãä ÇáÕæã Úáì äÝÓåÇ Ãæ ÌäíäåÇ ÝíÑÎÕ áåÇ Ýí ÇáÝØÑ æÊÞÖí ÈÚÏ Ãä ÊÖÚ ÍãáåÇ æÊØåÑ ãä ÇáäÝÇÓ </div dir="ltr">"Bagi wanita yang hamil adalah wajib berpuasa semasa kehamilannya melainkan jika ia takut ia akan membahayakan dirinya atau kandunganya (janin), maka didalam keadaan ini dia boleh berbuka (tidak berpuasa) dan menqadha' puasanya setelah melahirkan anak dan bersih daripada nifas" - Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah (10/226)

Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh, WAJIB keatasnya QADHA', kerana puasa itu wajib bagi setiap orang Islam, malah bagi orang yang Musafir dan Sakit, Allah mewajibkan agar melakukan puasa pada hari-hari yang lain. [al-Sharh al_Mumthi' 'ala Zaadil Mustaqni', 3/31-32].

Persoalan, apakah perlu seseorang itu membayar fidyah? Ulama' khilaf berkenaan dengan huum fidyah. Berikut kami petik jawapan Ustaz Abu Umair berkenaan dengan isu ini.

SJ-08-0047 : Fidyah Kepada Fakir & Miskin wrote:permasalahan tidak qadha' puasa sehingga masuk ramadhan yg lain. adakah kena bayar fidyah? ada khilaf;
1) Mazhab Malik, syafie, Ahmad: kena bayar fidyah.
2) mazhab ABu Hanifah: Tidak dikenakan fidyah.
rujukan: Majmuk 6/366, al-Mughni 4/400.

Pendapat yg kuat ialah Mazhab Hanafi: Tidak dikenakan fidyah. Dipilih oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya. Imam Bukhari menukilkan kalam setengah sahabat Ibn Abbas dan Abu Hurairah yg mengenakan fidyah jika lewat qadhak hingga masuk ramadhan lain. kemudian Bukhari berkata: Dan Allah tidak menyebut tentang fidyah.

Syeikh Uthaimin juga mentarjihkan pandangan ini, kerana TIADA DALIL dari quran dan sunnah yg mewajibkan fidyah. yg ada hanya pendapat sebahagian sahabat. dan kalam sahabat sekiranya bersalahan dengan zahir Quran, maka ia bukan hujjah. Oleh itu kalam Abu hurairah dan Ibn Abbas ditafsirkan dengan makna: sunat beri fidyah.
syarah mumti' oleh uthaimin 6/451.

TETAPI,
jika anda memilih pandangan yg mewajibkan fidyah, maka boleh diberikan keseluruhannya kepada seorang fakir miskin, sebagaimana fatwa sesetengah ulama. lagipun, tiada dalil khas berkaitan dengan masalah ini.

sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name ... ic&t=33370


Anda juga boleh melayari URL berikut :-

SJ-08-0057 : Kena bayar fidyah ke?
http://www.al-ahkam.net/home/index.php? ... ic&t=33608

000006: SJ-Puasa: Masalah: Lewat mengqadha' puasa dan fidyah
http://al-ahkam.net/home/index.php?name ... ic&t=19609

Ibu anda hendaklah mengqadha' 30 hari puasa yang ditingalkan. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi berpendapat bahawa fidyah itu adalah mustahab (digalakkan) dan bukan wajib [Fiqh al-Shiyam, ms 76]. Ibn Qudamah rh berpendapat bahawa bagi mereka yang ingin melakukan fidyah, maka tidak perlu menggandakan bayaran menurut tahun yang ditinggalkan itu. WA.

Sekian, wassalam
User avatar
kamin
Panel Feqh
Panel Feqh
 
Posts: 1356
Joined: Sep 11th, '01, 02:00
Location: Subang Jaya, Selangor


Return to Puasa dan permasalahannya

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

Bridge by mehdiplugins.com

Home | RSS Feed Proudly Powered by Joomla Design by : Free Joomla 1.5 Template | Distributed by : Free Joomla Templates Design | CSS | XHTML

Top