Mutakhir Harian Metro
7 rakyat Somalia mengaku tidak bersalah tembak pasukan ATM
KUALA LUMPUR: Tujuh rakyat Somalia yang ditahan tentera Malaysia di Teluk Aden dua tahun lepas, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan melepaskan tembakan ke arah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika merompak di atas sebuah kapal.
Mayat lelaki hilang dijumpai
GEORGETOWN: Mayat seorang lelaki yang hilang sejak awal pagi Selasa lalu dijumpai di bawah Jambatan Pulau Pinang, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Warga Sri Lanka mengaku cabul wanita
MELAKA: Seorang lelaki warga negara Sri Lanka dipenjara tujuh bulan selepas mengaku salah mencabul seorang wanita Januari lalu.
'Kasanova maya' didakwa tipu tiga wanita
GEORGETOWN: Seorang juruteknik komputer hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tiga pertuduhan menipu tiga wanita, tahun lepas.
Dua rumah hanyut dibawa arus banjir
BESUT: Dua bahagian rumah di Kampung La, Hulu Besut di sini rosak teruk akibat hanyut dibawa arus deras ketika banjir melanda kawasan itu petang semalam.
Keadaan banjir di empat negeri semakin teruk
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di empat negeri semakin teruk pagi ini apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 5,027 orang berbanding 1,046 orang malam tadi.
Mangsa banjir di Kelantan meningkat
KOTA BHARU: Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri ini meningkat kepada 1046 orang.
Polis akan lancar ops banteras sindiket jual bayi, kanak-kanak
NIBONG TEBAL: Polis Pulau Pinang akan melancarkan Ops Pintas Sayang 3 bagi membanteras sindiket menjual bayi dan kanak-kanak membabitkan beberapa negeri di semenanjung Malaysia.
Maut terkena penyodok jentera
Kuantan: Seorang mekanik yang sedang membaiki lori maut dalam keadaan mengerikan selepas kepalanya terkena penyodok sebuah jentera berantai ketika kenderaan berat dipandu rakan sekerjanya mengundur secara tiba-tiba di Lombong Bijih Besi Jerkoh Benta, dekat Kuala Lipis, petang kelmarin.
2 sekolah terpaksa ditutup
Permaisuri: Dua sekolah di Setiu terpaksa ditutup apabila kawasan dan jalan menghubungkan sekolah berkenaan ditenggelami banjir.
Rangka RM500,000
Shah Alam: Polis Selangor merampas pelbagai rangka kereta nasional mencecah nilai hampir RM500,000 dengan tertangkapnya tiga lelaki dan seorang wanita termasuk sepasang suami isteri di beberapa kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Mat gian sasar penyaman udara
Kuala Lumpur: Sekumpulan penagih dadah kini dikesan menjadikan premis atau kediaman di kawasan gelap di sekitar Dang Wangi, terutama kawasan Chow Kit sebagai sasaran untuk mencuri alat penyaman udara sebelum dijual kepada pengusaha kedai barangan lusuh bagi mendapatkan modal membeli dadah.
Sembilan sekolah di Kelantan ditutup esok
KOTA BHARU: Sembilan sekolah di Kelantan di sekitar Rantau Panjang akan ditutup esok akibat banjir yang turut melanda beberapa jajahan di negeri itu.
Wanita jumpa bom tangan dalam kasut
SERIAN: Seorang pekerja wanita di sebuah kedai menjual barangan terpakai terkejut apabila menemui sebutir bom tangan dalam kasut di kedai itu di Jalan Pekan Baru, di sini, petang tadi.
Perogol bersiri dihukum 20 tahun penjara, 10 sebatan
KOTA BHARU: Seorang perogol bersiri dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini selepas didapati bersalah terhadap tuduhan merogol seorang pelajar kolej, tiga tahun lalu.
Banjir: SK Kampung La di Hulu Besut ditutup
BESUT: Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung La di Hulu Besut di sini terpaksa ditutup hari ini berikutan ramai pelajar dan gurunya tidak dapat hadir ke sekolah ekoran beberapa jalan ke sekolah itu dinaiki air antara 0.6 meter hingga 1.3 meter.
Kegagalan struktur punch tembok runtuh
KUALA LUMPUR: Kegagalan struktur punca tembok penahan di sebuah tapak pembinaan rumah banglo di Taman Nusa Tropika, Ukay Perdana di sini, runtuh ketika hujan lebat semalam.
20 Penduduk di Pasir Puteh dipindah kerana banjir
PASIR PUTEH: Sebanyak 20 penduduk Kampung Daram Buaya, Gaal, di sini, terpaksa dipindahkan malam tadi selepas kediaman mereka ditenggelami banjir.
3 beranak nyaris maut rumah terkena tembakan
SUNGAI SIPUT: Tiga beranak nyaris maut apabila beberapa individu tidak dikenali melepaskan lima das tembakan ke arah rumah mereka di Taman Jalong, di sini, malam tadi.
Mayat bekas pelajar dikhuatiri lemas ditemui
KOTA BHARU: Mayat bekas pelajar kolej yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan 11 hari lalu ditemui di jeti Kuala Besar, di sini.