Al-Syama'il: Bab 25. Jenis Roti Yang Dimakan Rasulullah (8 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

25

Jenis Roti Yang Dimakan Rasulullah (8 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي صِفَةِ خُبْزِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

144

1. Aisyah berkata:

Keluarga Rasulullah tidak pernah memakan roti gandum sehingga kenyang selama dua hari berturut-turut, sehingga Baginda wafat. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim dan Ibnu Majah)

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: «مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ الشَّعِيرِ يَوْمَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ حَتَّى قُبِضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»

145

2. Abu Umamah al-Bahili berkata:

Tidak pernah ada lebihan roti gandum di rumah keluarga Rasulullah. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

أَبَو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيَّ يَقُولُ: «مَا كَانَ يَفْضُلُ عَنِ أَهْلِ بَيْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُبْزُ الشَّعِيرِ»

146

3. Ibnu Abbas berkata:

Rasulullah dan keluarganya pernah menahan lapar selama beberapa malam berturut-turut kerana tidak ada makanan. Jenis roti yang sering mereka makan adalah roti gandum sya’ir. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَبِيتُ اللَّيَالِيَ الْمُتَتَابِعَةَ طَاوِيًا هُوَ وَأَهْلُهُ لَا يَجِدُونُ عِشَاءً وَكَانَ أَكْثَرُ خُبْزِهِمْ خُبْزَ الشَّعِيرِ»

147

4. Sahl bin Sa’ad pernah ditanya:

“Adakah Rasulullah pernah memakan roti gandum yang halus dan putih?”

 

Sahl menjawab, “Rasulullah tidak pernah melihat gandum yang halus dan putih sehingga akhir hayatnya.”

 

Sahl ditanya lagi, “Adakah pada zaman Rasulullah, sudah terdapat alat yang digunakan bagi menghaluskan gandum?”

 

Jawab Sahl, “Pada masa itu, tidak ada alat bagi menghaluskan gandum.”

 

Kemudian, Sahl terus ditanya, “Lalu, bagaimanakah kalian membuat roti daripada gandum sya’ir?”

 

Sahl menjawab, “Kami menampi sehingga kotoran-kotoran pada gandum itu hilang, kemudian membuat adunan.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ، أَنَّهُ قِيلَ لَهُ: أَكَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّقِيَّ؟ - يَعْنِي الْحُوَّارَى - [ص:128] فَقَالَ سَهْلٌ: «مَا رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّقِيَّ حَتَّى لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ تَعَالَى» ، فَقِيلَ لَهُ: هَلْ كَانَتْ لَكُمْ مَنَاخِلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: «مَا كَانَتْ لَنَا مَنَاخِلُ» . قِيلَ: كَيْفَ كُنْتُمْ تَصْنَعُونَ بِالشَّعِيرِ؟ قَالَ: «كُنَّا نَنْفُخُهُ فَيَطِيرُ مِنْهُ مَا طَارَ ثُمَّ نَعْجِنُهُ»

148

5. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah tidak pernah makan di atas meja makan dan tidak pernah menggunakan piring kecil. Baginda juga tidak pernah dihidangkan dengan roti daripada gandum halus.

 

Yunus bin Abu al-Furat al-Bashri (seorang daripada perawi hadis ini) berkata: Aku bertanya kepada Qatadah, “Di manakah keluarga Rasulullah makan?”

 

Qatadah menjawab, “Di atas hamparan ini (yang diperbuat daripada kain ataupun kulit) (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari dan Ibnu Majah)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «مَا أَكَلَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى خِوَانٍ وَلَا فِي سُكُرَّجَةٍ، وَلَا خُبِزَ لَهُ مُرَقَّقٌ» قَالَ: فَقُلْتُ لِقَتَادَةَ: فَعَلَامَ كَانُوا يَأْكُلُونَ؟ قَالَ: «عَلَى هَذِهِ السُّفَرِ» قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ: «يُونُسُ هَذَا الَّذِي رَوَى عَنْ قَتَادَةَ هُوَ يُونُسُ الْإِسْكَافُ»

149

6. Masruq berkata:

Aku melawat Aisyah, lalu beliau menghidangkan makanan untukku. Aisyah berkata, “Aku tidak pernah makan sehingga kenyang. Apabila dapat makan sehingga kenyang, aku selalu menangis semahuku.”

 

Aku bertanya, “Mengapakah begitu?”

 

Aisyah menjawab, “Aku teringat keadaan Rasulullah semasa Baginda meninggal dunia. Demi Allah, Baginda tidak pernah makan roti dan daging sehingga kenyang dua kali dalam sehari.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ مَسْرُوقٍ قَالَ: دَخَلْتُ عَلَى عَائِشَةَ، فَدَعَتْ لِي بِطَعَامٍ وَقَالَتْ: «مَا أَشْبَعُ مِنْ طَعَامٍ فَأَشَاءُ أَنْ أَبْكِيَ إِلَّا بَكِيتُ» . قَالَ: قُلْتُ لِمَ؟ قَالَتْ: «أَذْكُرُ الْحَالَ الَّتِي فَارَقَ عَلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا، وَاللَّهِ مَا شَبِعَ مِنْ خُبْزٍ وَلَحْمٍ مَرَّتَيْنِ فِي يَوْمٍ»

150

7. Aisyah berkata:

Rasulullah tidak pernah memakan roti gandum sampai kenyang selama dua hari berturut-turut, sehingga Baginda meninggal dunia. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim dan Ibnu Majah)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «مَا شَبِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ الشَّعِيرِ يَوْمَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ حَتَّى قُبِضَ»

151

8. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah tidak pernah makan di atas meja makan dan tidak pernah makan roti gandum halus sehingga Baginda meninggal dunia. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Bukhari)

عَنْ أَنَسٍ قَالَ: «مَا أَكَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى خِوَانٍ وَلَا أَكَلَ خُبْزًا مُرَقَّقًا حَتَّى مَاتَ»

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014