Al-Syama'il: Bab 55. Harta Warisan Rasulullah (7 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

55

Harta Warisan Rasulullah (7 Hadis)

بَابُ: مَا جَاءَ فِي مِيرَاثِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

400

1. Amru bin al-Harits berkata:

Rasulullah tidak meninggalkan apa-apa kecuali senjata perang Baginda, baghal dan sebidang tanah yang Baginda jadikan sebagai sedekah. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi dan Nasa’i)

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ، أَخِي جُوَيْرِيَةَ لَهُ صُحْبَةٌ قَالَ: «مَا تَرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا سِلَاحَهُ وَبَغْلَتَهُ وَأَرْضًا جَعَلَهَا صَدَقَةً»

401

2. Abu Hurairah berkata:

Fatimah datang bertemu Abu Bakar lalu bertanya, “Siapakah yang mewarisimu?” Abu Bakar menjawab, “Isteriku dan anakku.” Fatimah berkata lagi, “Mengapa aku tidak pernah mewarisi ayahku?” AbuBakar menjawab, “Aku pernah mendengar Rasulullah berkata, ‘Kami tidak mewariskan.’ Namun, aku menanggung orang yang ditanggung oleh Rasulullah, dan aku memberi nafkah kepada orang yang diberi nafkah oleh Rasulullah.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: جَاءَتْ فَاطِمَةُ إِلَى أَبِي بَكْرٍ فَقَالَتْ: مَنْ يَرِثُكَ؟ فَقَالَ: أَهْلِي وَوَلَدِي، فَقَالَتْ: مَا لِي لَا أَرِثُ أَبِي؟ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَا نُورَثُ» ، وَلَكِنِّي أَعُولُ مَنْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُولُهُ، وَأُنْفِقُ عَلَى مَنْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنْفِقُ عَلَيْهِ

402

3.  Abu al-Bakhti berkata:

Abbas dan Ali datang menemui Umar. Mereka berdua sedang berselisih mengenai satu perkara. Masing-masing berkata kepada lawannya, “Kamu begini, kamu begitu.” Umar berkata kepada Thalhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Abdurrahman bin Auf dan Sa’d bin Abi Waqqash, “Aku bertanya kepada kamu semua dan bersumpah demi Allah, adakah kamu semua pernah mendengar Rasulullah berkata, ‘Setiap harta seorang nabi adalah sedekah, kecuali sebagai makanan orang yang menjadi tanggungannya.’” (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)

عَنْ أَبِي الْبَخْتَرِيِّ، أَنَّ الْعَبَّاسَ، وَعَلِيًّا، جَاءَا إِلَى عُمَرَ يَخْتَصِمَانِ يَقُولُ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا لِصَاحِبِهِ: أَنْتَ كَذَا، أَنْتَ كَذَا، فَقَالَ عُمَرُ، لِطَلْحَةَ، وَالزُّبَيْرِ، وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ، وَسَعْدٍ: أَنْشُدُكُمْ بِاللَّهِ أَسَمِعْتُمْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «كُلُّ مَالِ نَبِيٍّ صَدَقَةٌ، إِلَّا مَا أَطْعَمَهُ، إِنَّا لَا نُورَثُ؟» وَفِي الْحَدِيثِ قِصَّةٌ

403

4. Aisyah meriwayatkan:

Rasulullah berkata, “Kami tidak mewariskan. Apa yang kami tinggalkan, maka ia adalah sedekah.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا فَهُوَ صَدَقَةٌ»

404

5. Abu Hurairah meriwayatkan:

Rasulullah berkata, “Warisku tidak membahagi-bahagikan dinar ataupun dirham. Apa yang aku tinggalkan selepas (ditolak) nafkah isteri-isteriku dan upah para penggantiku, maka ia adalah sedekah.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا يَقْسِمُ وَرَثَتِي دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا، مَا تَرَكْتُ بَعْدَ نَفَقَةِ نِسَائِي وَمُؤْنَةِ عَامِلِي فَهُوَ صَدَقَةٌ»

405

6. Malik bin Aus bin al-Hadatsan berkata:

Aku bertemu dengan Umar. Selepas itu, Abdurrahman bin Auf, Thalhah dan Sa'd bin Abi Waqqash pun masuk. Tidak lama kemudian, Abbas dan Ali datang memperselisihkan satu hal di hadapan Umar. Umar berkata kepada semua yang ada di situ, “Aku bertanya kepada kamu semua dan bersumpah demi Allah yang dengan kehendak-Nya, langit dan bumi tegak, adakah kamu semua tahu Rasulullah pernah berkata, ‘Kami tidak mewariskan. Apa yang kami tinggalkan, maka ia adalah sedekah.’” Mereka yang ada di situ menjawab, “Allahumma. Ya, kami mengetahuinya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنْ مَالِكِ بْنِ أَوْسِ بْنِ الْحَدَثَانِ قَالَ: دَخَلْتُ عَلَى عُمَرَ فَدَخَلَ عَلَيْهِ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ، وَطَلْحَةُ، وَسَعْدٌ، وَجَاءَ عَلِيٌّ، وَالْعَبَّاسُ، يَخْتَصِمَانِ، فَقَالَ لَهُمْ عُمَرُ: أَنْشُدُكُمْ بِالَّذِي بِإِذْنِهِ تَقُومُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ، أَتَعْلَمُونَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا نُورَثُ، مَا تَرَكْنَاهُ صَدَقَةٌ» فَقَالُوا: اللَّهُمَّ نَعَمْ وَفِي الْحَدِيثِ قِصَّةٌ طَوِيلَةٌ

406

7. Aisyah berkata:

Rasulullah tidak meninggalkan satu dinar ataupun satu dirham pun. Tidak juga seekor kambing mahupun seekor unta. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «مَا تَرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَلَا شَاةً وَلَا بَعِيرًا» قَالَ: «وَأَشُكُّ فِي الْعَبْدِ وَالْأَمَةِ»

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014