Berita dan Artikel

  • Mempermudahkan Maqasid Al-shari'ah (Bahagian 1)

    Seringkali saya ketemu soalan-soalan seperti ini: Adakah ilmu Maqasid berguna untuk umum dan umum berguna untuknya? Ataupun ianya hanya khusus untuk ulama? Adakah masyarakat awam mampu memahami ilmu maqasid atau ianya melebihi akal-akal mereka? Adakah mereka boleh mengambil faedah dari ilmu tersebut? Atau ianya hanya sekadar membuka fitnah bagi mereka dalam beragama? Dan pernah seorang pengacara satu program t.v di Jordan bertanya saya (kami ketika itu dalam perbualan tentang Maqasid Al-syari'ah) : adakah boleh kita mengajar Maqasid Al- Syariah untuk anak-anak kita di sekolah?


  • Persoalan ‘Ancaman Kristianisasi’ dan Gejala Murtad - Khalid Samad

    Sejak kebelakangan ini, kedengaran isu ‘ancaman Kristianisasi’ ingin ditonjolkan oleh pihak yang berkepentingan sebagai sesuatu yang sedang melanda ummat Islam, khususnya Negeri Selangor. Walaupun ianya tidak disebut secara terang-terangan, tetapi semua memahami mesej yang cuba disampaikan oleh golongan ‘kontraktor upahan UMNO ini, iaitu di bawah PR, aqeedah ummat Islam terancam dan orang Kristian ‘bermaharajalela’!
  • 3 Tingkatan Ilmu

    `Abdullah bin al-Mubarak mengatakan bahawa:
    “Belajar ilmu itu mempunyai 3 tingkatan:
    1)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong.
    2)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu`.
    3)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa.”


  • 99 Buku Tebal Penuh Dosa VS Sekeping Kad Tauhid

    SURUH yang paling besar ialah menyuruh kepada mentauhidkan ALLAH, yakni mengajak manusia kepada inti kalimah tauhid, لا اله الا الله, tiada tuhan yang layak disembah melainkan hanya ALLAH!


    Hanya ALLAH lah satu-satunya Tuhan yang layak disembah.  Hanya ALLAH sahajalah tempat ditujukan ibadah dan permintaan.  Hanya ALLAH satu-satunya yang menjaga, mentadbir, mengawasi dan menentukan seluruh makhluq dan alam ini.  Dan hanya ALLAH sahajalah yang memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang maha baik dan sempurna.  Hanya DIA.  DIA satu-satunya!



  • Ali Shariati dan Idealisme Perjuangannya


    Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front



    Ali Shariati (1933-1977), adalah intelektual dan reformis yang juga sering digambarkan sebagai Martin Luther dunia Islam. Beliau merupakan sosok pemikir yang ideal yang telah melahirkan ide-ide revolusioner dalam pemikiran moden.


    Beliau lahir dalam abad yang penting yang menyaksikan kebangkitan gerakan dan kesedaran Islam di seluruh dunia. Cetusan pemikirannya yang rasional dan daya juangnya yang tinggi telah menarik perhatian ramai pemikir dan filasuf Barat, seperti Jean Paul Sartre yang mengungkapkan: “I have no religion, but if I were to choose one, it would be that of Shariati's” (Aku tidak punya agama, tetapi jika diberiku pilih, adalah pilihanku agama Shariati).



  • Terkini Ayah Pin..

    Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang. [harian metro]


  • Tariq Ramadan: Persamaan Para Salafi (The Salafist Equation)

    Persamaan Para Salafi (The Salafist Equation)


    Oleh: Prof Tariq Ramadan (Diterjemahkan oleh Dr Ahmad Nabil Amir, Islamic Renaissance Front)


    Sementara kita mengikuti perkembangan politik di kedua-dua wilayah Barat dan Utara Afrika dan juga di Timur Tengah, adalah kritikal untuk memberi perhitungan penuh terhadap “persamaan rangkaian Salafi”, yang mungkin terbukti sebagai salah satu cabaran agama dan politik yang paling signifikan dalam tahun-tahun mendatang. Setahun setelah tercetusnya kebangkitan Arab, pertubuhan Salafi dan parti-parti politik Salafi memainkan peranan yang terus meningkat aktif di sepanjang Timur Tengah dan wilayah Utara Afrika.



  • Facebook ‘lubuk’ pelaburan haram

    facebookAssalamualaikum,


    Entri hari ini saya mengambil artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia, 24 Jan 2012. Amat menarik pendedahan yang dilaporkan, dan bagi saya, skim pelaburan sebegini akan terus menular dek kerana kebodohan manusia itu sendiri. Tiada jalan pintas untuk mendapat kekayaan. Kita perlu berusaha dan bekerja untuk dapatkan wang, bukannya dengan mempercayai janji-janji manis yang akhirnya jadi hempedu. Nak kata padan muka pada mereka ni kesian la pulak…tapi, sesungguhnya mereka perlu salahkan diri sendiri kerana tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum meleburkan duit simpanan mereka dalam skim yang haram ini.


    ok lah…ini adalah artikel yang saya petik daripada Utusan Online:



  • Malik Bennabi dan Falsafah Tajdid

    Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front




    Malik Bennabi (1905-1973), adalah nama yang mungkin tidak asing bagi para Islamis yang mempelopori agenda reformis.  Beliau merupakan sosok humanis Islam par excellence yang telah mengukir sumbangan yang bermakna dalam merangka strategi pembangunan dan pencerahan di dunia Islam.


    Malik Bennabi inilah yang disanjung oleh pemikir dan pemimpin Hizb an-Nahdah Tunisia masakini, Rached Ghannouchi sebagai tiang seri pemikiran Islam dan pencetus semula rasionalisma Ibnu Khaldun.


     


  • Menyamakan Cara Solat Lelaki dan Wanita - Fiqh Sunnah, Salaf atau Salafi Moden?

    Dari masa ke semasa masih ada dalam kalangan penuntut ilmu atau ilmuan yang membangkitkan cara solat mengikut 'salaf soleh' atau ikut 'Hadith Sahih'. Seruan yang amat baik pada luarannya tapi belum tentu jika dilihat pada isi kandungannya. Kenapa saya katakan begitu? Kerana ada di antara mereka yang melaungkan slogan tersebut tetapi bila dilihat kandungannya maka didapati ia hanya bersandarkan satu atau dua buku semata. Ada yang melaungkan demikian tapi dilihat memenangkan satu pandangan dan menolak pandangan lain yang juga ilmiah. Ada yang menggunakan slogan itu tapi dilihat begitu literal atau zahiri tanpa meraikan atau mempertimbangkan huraian yang begitu banyak dalam buku-buku ulama zaman berzaman.


  • Isikandungan Memorandom BANGKIT 2012

    MEMORANDUM BANGKIT 2012
    Disediakan oleh: Gerakan Bersama Kebangkitan OKU 2012 ( BANGKIT 2012 * )
    17 Mac 2012


    Memorandum Menuntut Kerajaan Mewujudkan Agensi-Agensi Kerajaan & Swasta Serta Masyarakat Yang Cakna dalam Memahami Keperluan, Keupayaan Dan Sumbangan oleh Orang Kurang Upaya. Bermula berkuatkuasanya Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) pada 7 Julai 2008 adalah suatu tahap kejayaan yang penting kepada usaha membangunkan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia. Ianya diikuti pula dengan tindakan kerajaan meratifikasikan “Convention on the Rights of Persons with Disabilities” pada19 Julai 2010.


  • Islam Progresif: Wacana Kritis dalam Pemikiran Keagamaan dan Keintelektualan Muslim - Bahagian Ke-II

    Muhammad Nazreen Jaafar | Intern, Islamic Renaissance Front
    (Nota: Bahagian pertama artikel boleh dibaca di sini..)


    Sebelum ini, dalam bahagian pertama kemasan artikel ini, saya dengan lanjut menimbangtara definisi dan takrif yang melantunkan wahana kritis dalam elemen beragama. Tambahan pula, saya juga melampirkan beberapa pandangan akademik yang lanjut untuk memahami bahasa kritis ini di dalam ruang lingkup Islam yang serba progresif, maju dan mempunyai jaringan konteks dengan keseimbangan penguraian teks dan akal mengikut paradigma zaman yang tidak mendap dan rigid.



  • Tiga Buku Diterbitkan Di Indonesia Bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah Diharamkan

    KUALA LUMPUR, 19 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan perintah larangan terhadap tiga buah buku yang diterbitkan di Indonesia kerana memuatkan bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan umat Islam di negara ini.


  • Air Kelapa Putihkan Kulit Bayi?

    Tidak sedikit orang meyakini khasiat air kelapa, khususnya kelapa hijau, sangat baik diminum oleh ibu yang sedang hamil agar proses persalinan menjadi mudah dan anak yang dilahirkan memiliki kulit yang putih dan mulus. Benarkah ini?


  • Lamarlah Lelaki Itu...

    By Shahmuzir


    “Bolehkah wanita melamar lelaki?”
    “Tidak jatuhkah maruah seorang perempuan jika mereka melamar lelaki?”
    “Bagaimana cara hendak melamar lelaki?”
    “Bukankah perbuatan ini menyalahi adat ibarat perigi mencari timba?”

    Itulah antara persoalan-persoalan yang berlegar di dalam fikiran para wanita apabila timbul di dalam hati mereka perasaan minat yang sungguh-sungguh kepada seseorang lelaki sedangkan lelaki tersebut tidak mengetahui.  Sebelum saya menjawab persoalan-persoalan itu, ingin saya menyentuh beberapa perkara dahulu.


  • PENGISYTIHARAN OKU KELANTAN 2012

    Kami peserta-peserta Persidangan OKU Darul Naim Peringkat Kebangsaan dengan penuh takzim dan tawaduk, bersama dan bersatu bersetuju menyatakan iltizaman kebersamaan kami bagi menzahirkan suatu penisytiharan yang dinamai Pengisytiharan OKU Darul Naim 2012.


    Adalah pada hari ini 13 Mac 2012 bersamaan 20 Rabiul Akhir 1433, menyatakan sebagaimana berikut:


  • Abduh Sang Reformis

    Dr Ahmad Nabil Amir |Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)


    Al-Ustaz al-Imam Muhammad Abduh digambarkan sebagai figur dakwah yang terkemuka di dunia Islam yang telah mencetuskan gagasan pembaharuan dan menzahirkan pengaruh yang monumental dalam pemikiran Islam moden. Perjuangan Abduh berteraskan kepada ide Pan Islamisme yang digagaskan oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani yang menyeru kepada kebebasan fikiran dan pemugaran ijtihad.



  • [VIDEO] Sistem Pondok Banyak Jasa Dalam Dakwah & Penyebaran Islam

    Antara isikandungan video ialah:

    • Sistem Pondok dan aliran pengajian Hadis, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
    Lulusan sistem Pondok berkemahiran dalam ilmu alat, seperti Nahu dan Sorof.
    Aliran Pondok telah banyak menabur jasa dalam bidang dakwah.
    Mereka belajar mazhab masyarakat setempat, iaiatu mazhab al-Syafii. Berbanding dengan aliran pengajian Hadis di Deoband India. Mereka belajar mazhab Hanafi.
    Menuntut ilmu di pelbagai aliran akan membuatkan lebih bersikap terbuka dalam menangani isu perselisihan mazhab.



    • Wacana Kepimpinan Ideal

      Muhammad Nazreen Jaafar | Intern, Islamic Renaissance Front


      Dalam beberapa pertanyaan penting terhadap kepimpinan yang berkesan, sudah tentulah ide utama ialah peri-pentingnya sifat kepimpinan yang mendekatkan kita dengan kemaslahatan sejagat terpaut dalam pembentukan pemimpin yang ideal. Jadi, sejauh manakah syarat yang harus diresapi lapisan kepimpinan era ini dapat membentuk siasah yang sempurna?


      Keadaan mudahnya begini – seorang doktor yang berjaya adalah doktor yang memahami psikologi pesakitnya. Seorang arkitek yang berjaya adalah mereka yang menjalinkan struktur arkitektur dengan hubungan terhadap keharmonian masyarakat dan alam. Seorang pensyarah yang berjaya tentulah pula golongan cendiakawan yang menyampaikan syarahannya dengan penuh manfaat. Tetapi, apa pula telahan kita dalam menentukan watak kepimpinan yang berjaya.



    • Menyayangi & Melindungi Anak Walau Sedang Solat

      Bagi yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak, tentu banyak pengalaman dengan anak-anak bukan?  Dalam keadaan apa sekali pun, asyik diajak kita untuk bermain.  Kadang-kadang tengah-tengah malam jam 2 atau 3 pagi pun diajaknya kita bermain jika dia terbangun pada waktu itu.  Memang seronok bermain dengan anak-anak.  Melihatnya tertawa sudah cukup membahagiakan hati kita, walaupun dalam keadaan kita penat sekali pun.  Itulah anak-anak…


       


    • Memperingati Kepulangan Khomeini: Suatu Yang Aneh dan Ditertawakan

      Bagi kita di Malaysia mungkin kali terakhir kita membaca atau mendengar kisah Khomeini ialah peristiwa mayatnya diusung dan diaibkan apabila seluruh dunia melihat batang tubuhnya yang kaku hampir ditelanjangkan dan jatuh tergolek ditarik oleh pengikut-pengikut fanatik yang berebut-rebut. Walaupun kerajaan Iran berusaha menghalang penyiaran gambar yang memalukan itu, sekeping gambar yang diperolehi oleh AP tersiar di seluruh dunia.