SJ-11-0147 : Harta Pusaka

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0147 : Harta Pusaka

Assalamualaikum...

Sepanjang mengikuti kuliah secara online, saya dipahamkan bahawa wajib pembahagian harta pusaka itu diagihkan mengikuti sistem faraid seperti mana yang diterangkan di dalam al-Quran walaupun simati ada meninggalkan wasiat.

Kemudian, dlm masa terdekat ni saya telah terbaca tentang pendapat yang mengatakan bahawa harta pusaka boleh dibahagikan kepada semua waris yg berhak mengikut sepertimana yang tertulis di dalam wasiat.

Saya sedikit celaru dan berharap mendapat pencerahan dalam permasalahan ni.

Wallahua'lam

Wassalamualaikum

SJ-11-0147 : Harta Pusaka

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Harta pusaka dan wasiat adalah dua pembahagian yang berasingan. Jika si mati meninggalkan wasiat pada hartanya, syarak mewajibkan supaya disempurnakan dahulu hak penerima wasiat, barulah diagihkan harta secara Faraidh. Tetapi dengan syarat wasiat simati hendaklah menepati dua syarat:
a) tidak melebihi kadar 1/3 harta peninggalan.
b) wasiat itu kepada bukan waris (penerima pusaka).
Jika melebihi 1/3 harta, atau kepada salah seorang penerima pusaka, maka mestilah mendapat kerelaan semua waris-waris lain.

Dalil didahulukan penyempurnaan wasiat ialah firman Allah Taala:

ãä ÈÚÏ æÕíÉ íæÕí ÈåÇ Ãæ Ïíä
Maksudnya: (Pembahagian tersebut hendaklah) selepas ditunaikan wasiat yang dibuat, atau (dan) sesudah dilunaskan hutang. (Al-Nisa: 11).

Wallahu A'lam

rujukan:
- Tahqiqaat Mardhiyyah m/s 29-30