SJ-10-0088 : Soal Akikah....

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0088 : Soal Akikah....

Assalamualaikum....

saya ingin melakukan akikah anak perempuan pd Hari Raya Haji nanti dengan mengambil satu bahagian dari 7 bhgn seekor lembu.

soalan 1 : Bolehkah seekor kambing yg sebagmn yg biasa dibuat (1 ekor utk anak pmpuan & 2 ekor utk anak lelaki) diganti dengan satu bahagian daging binatang al-an'am lain?

Soalan 2 : jika saya ingin menjemput agak ramai sahabat handai ke majlis akikah nanti mungkin memerlukan lebih banyak daging, jadi jika saya mengambil lebih dari 1 bahagian dari 7 itu, adakah ia menepati sunnah?Soal Akikah

SJ-10-0088 : Soal Akikah....

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Jawapan soalan 1:

Boleh.Tidak ada salahnya jika kita menggantikan kambing dengan binatang lain dalam masalah 'Aqiqah.Ini kerana dikira satu bahagian lembu untuk seorang bagi perempuan dan 2 bahagian lembu untuk lelaki.Ini adalah dikiaskan kepada sabda Rasulullah saw yang menyebut tentang ibadah korban :

Úä ÇÈä ÚÈÇÓ ßäÇ ãÚ ÑÓæá Çááå (Õ) Ýí ÇáÓÝÑ ÝÍÖÑ ÇáÇÖÍì ÝÇÔÊÑßäÇ Ýí ÇáÈÞÑÉ ÓÈÚÉ æÝí ÇáÈÚíÑ ÚÔÑÉ

“Dari Ibnu Abbas , pernah kami bersama-sama dengan Rasulullah saw dalam satu perjalanan , ketika itu telah datang hari Korban , maka kami bersama-sama menyembelih seekor lembu untuk 7 orang dan seekor unta untuk 10 orang”

(HR Tirmizi : 905 , An-Nasaie : 4396 )

Jawapan soalan 2 :

Saudara boleh mengambil lebih dari satu bahagian , tapi yang akan dikira sebagai 'aqiqah ialah satu bahagian sahaja , manakala bahagian yang lain akan dikira sebagai sedekah.Ini adalah sebagaimana dalil dari hadis Nabi saw :

Ãä ÑÓæá Çááå ÃãÑåã Ãä íÚÞ Úä ÇáÛáÇã ÔÜÜÇÊÇä ãÜÜÜßÇÝÜÜÆÊÇä æÚä ÇáÌÇÑíÉ ÔÜÜÜÜÇÉ

“Sesungguhnya Rasulullah saw menyuruh di aqiqahkan dengan 2 ekor kambing bagi lelaki dan seekor bagi perempuan”

(HR Tirmizi : 1513 , Ahmad : 2/381 , Abu Daud : 3835 , An-Nasaie : 164 )

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com