SJ-07-0210 : Ralat : Sembah @ Tanda Hormat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0210 : Ralat : Sembah @ Tanda Hormat

Salam,

Kami amat berharap para panelis dapat menjawab beberapa isu berkenaan Sembah/Tunduk hormat untuk majlis istiadat kematian orang kafir yang dilakukan oleh Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim ketika upacara pengembumian Teoh Beng Hock .

Persoalan :

1)Adakah perlakukan tersebut boleh dianggap syarie tindakan seorang muslim melakukan tindakan (seperti dalam video dibawah) dengan alasan ia semata tunduk hormat ?

2) Apakah perbuatan tunduk/sembah tersebut menjejaskan aqidah seorang Muslim?

3) Apakah tatacara islam dalam memberikan tanda hormat kepada sahabat bukan Islam yang meninggal dunia ?

4) Bagaimana untuk menasihati pemimpin sedemikian ?

Sila Rujuk video dibawah:

http://www.youtube.com/watch?v=TjeBRTe3UIo

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Ralat : Sembah @ Tanda Hormat

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Q1 : Ulama’ khilaf berkenaan dengan hukum menundukkan kepala tanda hormat kepada seseorang. Hukum yang terkuat adalah diantara Makruh Tahrimi dan Haram. Cuma ada beberapa padangan yang terpencil dan ganjil menyatakan Harus atau Boleh dalam konteks tunjuk hormat, sebagaimana yang disebut oleh Ibn Muflih didalam al-Adaab al-Syariyah. Ibn Hajar al-Haithami mengatakan “ini merupakan bid’ah yang buruk kerana kita disuruh untuk tidak menyerupai oleh kufar”. Imam al-Buhuti al-Hambali didalam Kasyaf al-Qinaa’ mengatakan perbuatan tersebut tidak disukai; iaitu Makruh dan Ibn Qayyim mengatakan Haram.

Syeikh Ibn Taimiyah mengatakan adalah haram melakukan sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith al-Tirmudzi, :

أنهم سألوه عن الرجل يلقى أخاه ينحنى له ؟ قال : لا
“bahawa mereka bertanya kepada Nabi :saw mengenai seorang yang bertemu saudara lelakinya, bolehkah dia menundukkan kepada kepadanya? Baginda menjawab : TIDAK. “

Tambah beliau lagi : Didalam agama kita tunduk atau sujud adalah dilarang kepada sesiapa, melainkan Allah. Malah, dilarang juga seseorang yang bukan Arab berdiri dibelakang orang Arab, maka bagaimana pula dengan hukum tunduk dan sujud? Begitu jugalah tunduk yang sedikit juga dilarang [Majmu’ al-fataawa, 1/377].

Kesimpulannya, pandangan yang lebih berhati-hati adalah bahawa tunduk tanda hormat kepada seseorang hukumnya Makruh Tahrimi, melainkan mereka yang berpegang kepada qaul yang terpecil yang membolehkannya.

Q2. Niat orang yang melakukannya bukanlah menyembah seseorang, tetapi atas dasar penghormatan. Jika perbuatan tersebut hukumnya haram sebagaimana Q1, maka pelakunya melakukan dosa, dan bukan syirik. Bermakna, tidak terkeluar aqidahnya, dan Allah masih menerima Taubat hambanya.

Q3. Islam tidak melarang umatnya untuk mengucapkan takziah kepada orang bukan Islam. Cuma seorang Muslim tidak boleh mendo’akan si-mati yang kafir, dsb. Sila lihat tautan di bawah ini :-

SJ-07-0208 : Ucap "Rest In Peace" pada bukan islam yg mati
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=97&t=39796

Q4. Boleh berhubung dengan beliau melalui blog, facebook, twitter, dsb. Boleh bertanyakan pandangan mana yang beliau pilih.

Untuk maklumat tambahan, sila layari tautan berikut :-

Mufti Ebrahim Desai. Darul Iftaa, Madrassah In'aamiyyah
http://askimam.org/fatwa/fatwa.php?askid=f62b678fe598a775f72c60ee1c884c00

sekian, wassalam

خيرالأمين