al-ahkam.net 1434 on Facebook

Custom Search

Benarkah Nabi Melarang Makan Ikan Bersama Susu?

Lazada Malaysia

Terjemahan:  zain-ys dari [islamqa.info]
Soal: Adakah Nabi s.a.w. mengajar supaya jangan makan ikan bersama dengan susu?

Jawab: Tidak terdapat dari Nabi s.a.w. larangan minum susu bersama makan ikan.
Jadi, bila hal ini tidak bersumberkan dari Nabi s.a.w., maka permasalahannya hendaklah dirujuk kepada ahli dalam bidang perubatan. Jika mereka berpendapat menghimpunkan susu dan ikan boleh memudaratkan, maka janganlah lakukan. Jika mereka mengatakan ia tidak memudaratkan, maka terpulang kepada anda.


Kadangkala menggabungkan ikan dan susu boleh membahayakan bagi setengah orang kerana alahan tertentu dan kerana tabiat tubuhnya. Sedangkan ia tidak pula memudaratkan orang lain. Kesimpulannya, perlulah dirujuk pakar dalam bidang ini. (Syeikh Muhamad bin Salleh al-Munajjid). [islamqa.info]

Teks asal:

هل النبي محمد صلى الله عليه وسلم علم الناس ألا يأكلوا السمك والحليب معاً ، أبداً ؟.

الحمد لله
لم يرد عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه نهى عن شرب الحليب مع أكل السمك ، وإذا لم يثبت ذلك فالمرجع في هذه المسألة إلى أهل الطب ، فإن قالوا بأن الجمع بينهما مضر فلا تجمع بينهما ، بل يُؤكل كلٌ منهما على حدة ، وإن كان الجمع بينهما لا يضر فاجمع بينهما في الأكل إن شئت . وقد يكون الجمع بينهما يضر أُناساً ؛ لحساسيةٍ معينة ، ولطبيعة أجسامهم ، ولا يضُرُ آخرين ، والخلاصة أن المرجع في هذا إلى أهل الخبرة . والله أعلم .
الإسلام سؤال وجواب
الشيخ محمد صالح المنجد

 

Kategori Berita: 

Author Information

Offline
Last seen: Never ago
Joined: 01/01/1970 - 7:30am