You are here

[DUNIA BUKU] Kisah Israiliyat Dalam Tafsir dan Hadith

Primary tabs

Tajuk Buku: Kisah Israiliyat Dalam Tafsir dan Hadith

Penulis: Dr Muhammad Hussin al-Zahabi
Halaman: 272m/s
Harga: RM45.00 (hardcover)
Kod: PJ-2115

“Dan telah Kami beri keputusan kepada Bani Israil di dalam kitab. Sesungguhnya kamu akan membuat bencana di muka bumi dua kali dan kamu menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.” al-Isra’: 4

Perkataan الاسرئيليات walaupun pada zahirnya menunjukkan kisah-kisah yang pada asalnya diriwayatkan daripada bangsa Yahudi, namun para ulama tafsir dan hadith menggunakannya juga terhadap perkara-perkara yang lebih luas daripada hanya kisah-kisah Yahudiah. Lafaz tersebut di sisi mereka adalah perkara yang menunjukkan kepada “setiap sesuatu yang masuk ke dalam tafsir dan hadith yang terdiri daripada cerita-cerita yang tidak ada asalnya daripada cerita lama. Ia hanyalah semata-semata cerita rekaan musuh-musuh Islam.” Mencipta cerita-cerita sedemikian dengan niat buruk kemudian memasukkannya pula ke dalam tafsir dan hadith untuk merosakkan akidah umat Islam seperti kisah Gharanik seperti kisah Zainab binti Jahsy dan perkahwinannya dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.

Sesungguhnya ulama tafsir dan hadith mentakrifkan pengertian Israiliyat dengan semua jenis rekaan seperti di atas, kerana menurut ghalibnya majoriti sumber Yahudi lebih daripada yang lainnya dalam hal demikian. Ini adalah kerana riwayat perkara khurafat dan palsu ini berasal daripada dongengan bangsa Yahudi, dan Yahudi adalah kaum yang terkenal dengan kebatilan. Mereka sangat memusuhi dan membenci ajaran Islam serta seluruh kaum Muslimin. Ini telah ditegaskan oleh Allah Subhanahu wa Taala di dalam firmanNya:

“Sesungguhnya engkau dapati yang paling keras memusuhi orang yang beriman ialah orang Yahudi dan orang yang mempersekutukan Allah.” al-Ma’idah: 82

Golongan Yahudi adalah golongan ahli Kitab yang paling rapat kaitannya dengan orang Islam. Pengetahuan mereka lebih luas daripada pengetahuan golongan lain dan helah mereka di dalam memberikan gambaran salah terhadap kecantikan Islam adalah tipu daya semata-mata. Abdullah bin Saba’ adalah ketua pemfitnah dan kesesatan. Di belakangnya berdiri para pengikutnya yang banyak berpura-pura menganut Islam di samping hebat memperjuangkan ahlul bait (keluarga nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam) hanya semata-mata untuk memperluaskan lagi tipu daya mereka dan menyebarkan kerosakan di kalangan umat Islam serta merosakkan akidah dan keagungan mereka. Mereka mempunyai peluang yang besar hasil daripada perpecahan yang tidak terbendung itu untuk menyebarkan dongeng Israiliyat terhadap Kitabullah dan Sunnah RasulNya Sallallahu ‘alaihi wasallam. Hasil daripada faktor semua ini lebih banyaklah peranan Yahudi berbanding bangsa lain di dalam pelbagai bentuk perkara masuk ke dalam tafsir dan hadith. Oleh kerana itu, adalah ditakrifkan secara umum lafaz “Israiliyat”terhadap semua cerita palsu itu.


Info dan cara pembelian:

http://www.facebook.com/notes.php?id=125207410874875&notes_tab=app_2347471856