SJ – 2721 : HADIS TANDA ORANG BAIK IALAH DIBERIKAN KEFAHAMAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2721 : HADIS TANDA ORANG BAIK IALAH DIBERIKAN KEFAHAMAN

Ana ada sedikit kemusykkilan…

Sahih ke hadis…”barangsiapa yg dikehendaki oleh Allah untuk menjadi baik, maka akan diberikan kefahamn agama kepadanya…”

Kalau sahih…boleh tolong huraikan?

Wa

Re: SJ – 2721 : HADIS TANDA ORANG BAIK IALAH DIBERIKAN KEFAH


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2721 : TANDA ORANG BAIK IALAH DIBERIKAN KEFAHAMAN AGAMA

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara VhoutenJr yang mengajukan soalan yang cukup baik kali ini .

Berikut ini adalah nas / matan ( teks ) hadist yang ditanya dan akan disertakan dengan sedikit huraiannya berdasarkan apa yang kami ketahui daripada sedikit ilmu yang telah kami timba daripada para ulama’ silam dan sekarang rh .

Hadis diriwayatkan oleh Saidina Mu’awiyah r.a yang menyatakan : “ Aku pernah mendengar Baginda Nabi s.a.w bersabda :


ãóäú íõÑöÏö Çááøóåõ Èöåö ÎóíúÑðÇ íõÝóÞøöåúåõ Ýöí ÇáÏøöíäö æóÅöäøóãóÇ ÃóäóÇ ÞóÇÓöãñ æóÇááøóåõ íõÚúØöí æóáóäú ÊóÒóÇáó åóÐöåö ÇáúÃõãøóÉõ ÞóÇÆöãóÉð Úóáóì ÃóãúÑö Çááøóåö áóÇ íóÖõÑøõåõãú ãóäú ÎóÇáóÝóåõãú ÍóÊøóì íóÃúÊöíó ÃóãúÑõ Çááøóåö

Ertinya : “ Sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala untuk dianugerahkan kebaikan kepadanya , pastilah Dia akan memberikan kepada orang itu kefahaman di dalam agama . Dan sesungguhnya tiada lain , aku ini hanyalah orang yang mengagih-agihkan harta walhal Allah lah sebenarnya yang memberi . Dan umat ini akan tetap berada di atas perintah Allah . Mereka itu tidak dapat dicelakakan oleh sesiapa sahaja yang menentang mereka sehinggalah datangnya urusan Allah “ ~ HADIS SAHIH diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh di dalam sahihnya ( 71 / 3116 & 7312 ) , al-Imam Muslim rh di dalam sahihnya ( 1037 ) , al-Imam Ahmad rh di dalam musnadnya ( 4 / 101 ) , al-Imam ad-Darimi rh ( 224 ) , al-Imam Ibnu Hibban rh ( 89 ) , al-Imam at-Tohawi rh di dalam “ Mushkil al-Atsar “ ( 2 / 278 ) dan al-Imam al-Baghawi rh di dalam “ Syarh as-Sunnah “ ( 1 / 284 ) .

HURAIAN HADIST :

(( Sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala untuk dianugerahkan kebaikan kepadanya….. )) : MAKSUDNYA : “ Sesiapa “ di dalam hadis di atas tidaklah menafikan usaha dan ikhtiar yang dipunyai oleh manusia . Dan hadis ini TIDAKLAH SAMA-SEKALI memberi erti bahawa seseorang itu tidak perlu berusaha untuk mencari hidayah dan petunjuk kerana dia ibarat sehelai daun yang ditiup angin .

Yang sebenarnya ialah apabila seseorang itu sudah berusaha mencari kebenaran , pastilah Allah Ta’ala akan membawa dia ke arah kebenaran itu . Maka di sinilah berlakunya ikhtiar dan usaha manusia dengan qudrat dan iradat Allah Ta’ala .

Perbahasan ini adalah perbahasan di bawah topik ; QADAR / TAQDIR . Sila gunakan SEARCH ENGINE dengan menggunakan kata kunci : TAQDIR / TAKDIR / QADAR / QADHA / MUKTAZILAH / JABARIAH / USAHA untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hal ini .

((….pastilah Dia akan memberikan kepada orang itu kefahaman di dalam agama…. )) : MAKSUDNYA : Di antara tanda utama seseorang yang baik ialah dia mempunyai keluasan ilmu dan kefahaman yang baik terhadap selok-belok agamanya . Tanpa kefahaman yang banyak dan baik terhadap selok-belok agama Islam ini , seseorang itu tidaklah boleh dianggap baik .

Ilmu yang dimaksudkan di dalam hadist di atas ialah ilmu-ilmu yang berkaitan secara langsung dengan wahyu Ilahi seperti Ilmu Tauhid , Ilmu Fiqh , Ilmu Tasawwuf ( Akhlaq ) dan sebagainya .

Walaupun Ilmu Matematik , Sains , Geografi dan sebagainya itu penting di dalam kehidupan ini akan tetapi ilmu-ilmu yang berkaitan secara langsung dengan agama adalah ilmu-ilmu YANG PERLU DIUTAMAKAN DAN DIKUASAI oleh setiap umat Islam .

Begitulah juga dengan ilmu-ilmu Fardhu Ain yang mana MESTI DIKUASAI oleh setiap muslim , tidak kira sama ada di belajar bukan di ikhtisas ( pengkhusan bidang ) agama ataupun yang belajar secara khusus di dalam bidang itu . Dan AMATLAH MALANG apabila seseorang muslim yang sudah lama Islamnya masih lagi kabur mengenai tatacara bersuci , haidh-nifas , sembahyang , sifat-sifat Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w dan seumpamanya .

Al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh , yang dianggap sebagai Imam Ahlus Sunnah Wal Jama’ah telah memberikan komentarnya terhadap hadist di atas dengan katanya ( yang bermaksud ) : “ Kalau bukan lagi golongan yang baik yang dimaksudkan oleh hadist tersebut ditujukan kepada Ahli Hadist , maka saya sendiri tidak tahu siapakah lagi selain mereka itu ? “ .

Al-Imam al-Qadhi ‘Iyadh rh memberikan pula komentarnya ke atas ucapan al-Imam Ahmad rh itu dengan katanya : “ Yang dimaksudkan oleh al-Imam Ahmad rh ialah Ahlus Sunnah dan mereka yang berpegang dengan mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah “ .

(( …..Dan sesungguhnya tiada lain , aku ini hanyalah orang yang mengagih-agihkan harta walhal Allah lah sebenarnya yang memberi……)) : MAKSUDNYA : Janganlah kamu menyangka bahawa aku ini pandai-pandai mengikut hawa nafsuku apabila aku mengagih-agihkan harta – harta ( harta khumus ) kepada umat Islam . Apa yang aku lakukan ini sebenarna adalah berdasarkan perintah Allah Ta’ala ke atasku .

(( …..Dan umat ini akan tetap berada di atas perintah Allah…. )) : MAKSUDNYA : Betapa rosaknya umat Islam dan bagaimana teruknya mereka “ diserang “ oleh pihak musuh daripada segenap sudut , pasti akan ada segolongan daripada umat Islam yang akan terus bangkit menentang segala kezaliman dan kemungkaran dan golongan ini akan terus wujud sehinggalah ke hari akhirat .

Ayat ini juga berkaitan dengan hadis Baginda Nabi s.a.w yang menyatakan bahawa bagi setiap 100 tahun , pasti akan ada seorang mujaddid ( reformis ) di kalangan umat Islam yang akan menyatukan perjuangan mereka di atas dasar al-Quranul Karim dan Sunnah dan akan memperjuangkan Sunnah dan menghancurkan segala bentuk Bid’ah . Mujaddid itu juga akan menaikkan kembali semangat umat Islam untuk terus berjihad mempertahankan kalimah Allah Yang Maha Agung dan juga akan memurnikan kembali ajaran Islam .

(( …. Mereka itu tidak dapat dicelakakan oleh sesiapa sahaja yang menentang mereka…. )) : MAKSUDNYA : Golongan yang benar tadi tidak akan merasa takut dan bimbang dengan musuh walaupun musuh itu nampak lebih hebat dan lebih ganas . Apa sahaja kekuatan yang digunakan oleh musuh , pasti tidak akan dapat memudharatkan para pejuang kebenaran ini di sebabkan mereka berjuang di bawah naungan dan perlindungan Allah Ta’ala . Apabila jiwa-raga dan tubuh-badan mereka sentiasa “ bersama-sama “ dengan Allah Ta’ala , maka ketika itu apa sahaja yang dilakukan oleh mereka adalah “ kehendak “ Allah ( mafhum hadis mengenai larangan menyakiti Para Wali Allah ) .

(( …. sehinggalah datangnya urusan Allah…. )) : MAKSUDNYA : Sehinggalah datang perintah Allah Ta’ala iaitu : Hari Akhirat . Di mana pada hari itu Allah Ta’ala akan menghantar sejenis angin yang bertugas mencabut nyawa setiap orang beriman ( walaupun sedikit sahaja keimanan yang berbaki ) , sehingga tiada lagi di dunia ini melainkan golongan yang jahat sahaja . Di masa itulah akan berlakunya Kiamat sehingga orang-orang yang jahat itu akan melihat sendiri permulaan azab Allah Ta’ala yang amat dahsyat itu .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ FATHUL BARY : SYARH SAHIH al-IMAM al-BUKHARI RH
Oleh : Syeikhul Islam al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh
Jilid : 1 , Halaman : 221 – seterusnya , Hadis : 71
Jilid : 15 , Halaman : 227 – seterusnya , Hadis : 7312
Terbitan : Darul Fikr , Beirut .

2 – SYARH SAHIH al-IMAM MUSLIM RH
Oleh : al-‘Allamah al-Imam an-Nawawi rh
Pengantar : al-‘Allamah Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily rh
Bahagian : 7 – 8 – 9 , Halaman : 105 , Kitab az-Zakah , Hadis : 98 / 1037
Terbitan : Darul Khair , Damsyiq & Beirut
Harga : 10.00

3 – FATHUL MUN’IM : SYARH SAHIH al-IMAM MUSLIM RH
Oleh : Al-'Allamah Prof. Dr. Musa Shahin Lashin ha
Jilid : 4 , Halaman : 386 , Bab ke-292 , Hadis : 2078 ( 98 / 5 )
Terbitan : Darul Shurook , Kaherah

4 – KITAB al-‘ILM
Oleh : al-‘Allamah Syeikh Muhammad Soleh al-‘Utsaimin rh
Halaman : 13 & 14
Terbitan : Darul Iman , al-Iskandariah , Mesir


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
12 / Jumadi Awwal / 1424 H
12 / Julai / 2003 M

SABTU ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum