SJ-10-0112 : Cukur Kepala Mesti Selepas Gugur Pusat?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0112 : Cukur Kepala Mesti Selepas Gugur Pusat?

Adakah perlu menunggu sehingga luruh pusat bayi yang baru lahir untuk mencukur rambut bayi tersebut? Bilakah masa yang lebih afdal untuk mencukurkan rambut bayi?

SJ-10-0112 : Cukur Kepala Mesti Selepas Gugur Pusat?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Sunnah mencukur kepala bayi ialah pada hari ketujuh kelahirannya, bersama-sama dengan aqiqah. Sebagaimana tersebut dalam hadis Samurah r.a.

ßõáøõ ÛõáÇóãò ÑóåöíäóÉñ ÈöÚóÞöíÞóÊöåö ÊõÐúÈóÍõ Úóäúåõ íóæúãó ÓóÇÈöÚöåö æóíõÍúáóÞõ æóíõÓóãøóì

Maksudnya: Setiap kanak-kanak tergadai dengan aqiqahnya, disembelih pada hari ketujuhnya, dicukur, dan diberikan nama.
Direkod oleh Abu Daud (no: 2840), Tirmizi (no: 1522), Nasai (no: 4220), Ibn Majah (no: 3165).

Tidak ada kaitan antara waktu mencukur dengan luruh pusat bayi. Cuma, kebiasaannya pusat bayi luruh selepas seminggu. Mencukur kepala sunat dilakukan pada hari ketujuh, tanpa melihat samada pusat telah luruh atau tidak.

Wallahu A'lam.