SJ-11-0217 : Hasil Judikah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0217 : Hasil Judikah?

Assalamualaikum.

Sudah dijelaskan bahawa sebarang pertandingan yang menggunakan wang penyertaan untuk hadiah adalah berjudi dan haram, antaranya adalah pertandingan memancing.

Ditempat saya terdapat sebuah kolam ikan yang menjalankan perniagaan dimana setiap pemancing dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 dan ianya seperti kebanyakan kolam lain. Tetapi pemilik kolam ini akan memberi hadiah kepada pemancing yang memancing ikan terberat dan teringan iaitu beberapa peratus dari kutipan yang diperolehi pada hari tersebut. Keadaan ini adalah bagi setiap hari dan tidak dihadkan pada hari tertentu. Peratus hadiah juga tetap dan tidak berubah mengikut hari atau keramaian. Waktu memancing hanya di sebelah malam iaitu pada pukul 8.00pm - 12.00pm dan ini dapat memastikan semua yang memancing berhak ke atas hadiah tersebut. Ikan yang dapat dipanjing adalah milik pemancing. Operasi pemberian hadiah ini tidaklah saya ketahui samada sejak kolam ini dibuka atau selepas menghadapi masalah kehadiran pemancing kerana sejak saya tahu ujudnya kolam ini operasinya sedemikian rupa.

Soalannya :

1. Adakah hasil hadiah ini termasuk dalam kategori judi?
2. Adakah dengan niat saya masuk untuk dapatkan hadiah tersebut dengan memilih hari orang ramai memancing sebagai judi?

Jazakallah kepada panel AAN dan maaf atas panjangnye cerita sebab tak tau nak ringkaskan.

SJ-11-0217 : Hasil Judikah?

:salam

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Pertama sekalinya , kami memohon maaf atas kelewatan menjawab soalan saudara.

Berdasarkan kepada keterangan yang telah diceritakan oleh saudara , maka kami mendapati bahawa , hadiah yang diperolehi oleh pemancing yang mendapat hasil pancingan terberat dan teringan adalah tidak dikira sebagai judi.Ini kerana pemberian hadiah tersebut adalah sebagai satu galakan dan strategi pemilik kolam untuk meramaikan pengunjung ke kolam tersebut.

Ada pun bayaran RM 20 yang dikenakan kepada setiap pengunjung adalah bukan bayaran bagi menyertai pertandingan , tetapi bayaran untuk masuk ke kolam tersebut yang boleh dikatakan sebagai bayaran sewa dan perkhidmatan serta kos penyelenggaraan kolam yang jelas bertepatan dengan syarak.

Ini jelas bila dikatakan bahawa bayaran RM 20 tersebut adalah sama pada semua hari dan sejak ia mula dibuka kepada orang ramai.

Maka hadiah yang diberi adalah bukan datangnya dari yuran RM 20 yang dibayar oleh setiap pengunjung.Apatah lagi jika bayaran tersebut adalah sama bagi semua pengunjung , iaitu tidak berbeza-beza antara satu sama lain.

Ibn Qudamah menyebutkan dalam kitabnya :

ÅÐÇ ßÇäÊ ÇáÌæÇÆÒ ãä ÇáãÊÓÇÈÞíä ÝÅäåÇ ÊÚÏ ÍÑÇãÇð áÇäåÇ ãä ÈÇÈ ÇáÞãÇÑ æáÃä ßá æÇÍÏ ãä ÇáãÊÓÇÈÞíä áÇ íÎáæ ÅãÇ Ãä íÛäã Ãæ íÛÑã , æáÇ íÎÝì ãä Ãßá ÃãæÇá ÇáäÇÓ ÈÇáÈÇØá æÅíÞÇÚ ÇáÚÏÇæÉ æÇáÈÛÖÇÁ

“Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan kerana setiap peserta tidak lepas dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, serta menyuburkan/mewujudkan permusuhan dan pertengkaran" (Al-Mughni, Ibn Qudamah )

Bagi persoalan kedua pula , tidak mengapa jika saudara berniat untuk mendapatkan tangkapan yang terberat atau teringan lantaran menginginkan hadiah atau saguhati yang ditawarkan,kerana saudara tidak dikenakan sebarang bayaran untuk pertandingan tersebut.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com