SJ-11-0262 : Belanja makan = Rasuah?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0262 : Belanja makan = Rasuah?

salam ustaz..

saya ada persoalan tentang satu situasi.

"A seorang engineer, dan seringkali berurusan dengan B yang merupakan supplier kepada syarikat dimana A bekerja. Setiap kali A berjumpa dgn B untuk membincangkan hal urusan kerja, maka B akan mengeluarkan duit belanja makan kepada A. Ia seolah-olah sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab B utk melakukan hal itu. Hal ini berlaku tanpa disuruh oleh A."

Adakah B dikira sedang merasuah A? Apakah perlakuan itu dibenarkan syarak?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Belanja makan = Rasuah?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Ulama' menjelaskan bahawa untuk membezakan antara pemberian yang haram dan pemberian yang dibenarkan adalah jika pemberian itu diberikan kerana pekerjaan atau tugasan seseorang, maka ia adalah haram. Panduannya dengan melihat situasi seseorang : jika tidak kerana pekerjaan tersebut, tidakkah hadiah/belanja akan diberikan? Inilah yang di maksudkan oleh Nabi :saw (cebisan dari petikan hadith) :

فَهَلا جَلَسَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَيَنْظُرُ أَيُهْدَى لَهُ أَمْ لا
"Kenapa dia tidak duduk dirumah ibu bapanya dan saksikan samada dia akan diberi hadiah atau tidak?" [Hadith Riwayat al-Bukhari, 7174].

Rasuah diberi kerana berkehendakkan sesuatu. Ia berbeza dengan hadiah, kerana hadiah diberi dengan sebab niat yang ikhlas, tanpa mengharapkan balasan. Ia lahir dari sifat ingin menolong, atau kasih sayang atau persahabatan.

Didalam situasi diatas, jika belanja makan ini merupakan suatu kewajipan si pembekal kepada pembeli, ini merupakan pemberian yang jelas Haram. Akan tetapi, jika pembekal tersebut merupakan seorang sahabat kepada pembeli, dan jarang-jarang berjumpa. Pertemuan dan belanja itu adalah berdasarkan kasih sayang dua orang sahabat, sebagaimana Nabi :saw juga menerima hadiah diriwayatkan didalam beberapa hadith, eg. hadith Bukhari, #2585.

Kami petik satu jawapan dari Syeikh Abdul Rahman al-Barrak yang pernah ditanya mengenai bayaran lebih (extra change) kepada pekerja restauran :

"Anda tidak dibenarkan memberi lebihan wang, kerana ini dianggap rasuah dari pihak anda kepada pekerja, agar dia akan memberi perkhidmatan yang baik atau makanan yang lebih baik dibandingkan dia melayan tetamu yang tidak memberi bayaran tambahan. Pekerja tidak berhak memilih pelangan untuk diberi layanan istimewa, malah dia hendaklah melayan semua pelanggan dengan layanan yang sama.

Akan tetapi jika bayaran tambahan itu bukanlah sebagai rasuah atau pilih-kasih (bergantung kepada niat), maka perbuatan tersebut tidak salah, misalnya anda melakukannnya atas rasa kesian kepada orang miskin atau pekerja yang memerlukan wang, dan anda tidak berhajat untuk berkunjung ke restoran ini selalu." WA.

sekian, wassalam

خيرالأمين