al-ahkam.net 1434 on Facebook

Custom Search

SJ-12-0077 : Lukisan / Kartun / Animasi Seks

Lazada Malaysia

As-Salamu Alaikum

Menonton adegan (Video/Foto) lucah adalah haram. Tetapi ada orang kata, sesiapa yang dah kahwin boleh tengok atas sebab suami isteri ada tempat melepaskan nafsu. Kalau yang belum kahwin tak boleh tengok sebab tak ada tempat nak lepaskan nafsu.... dan ada yang kata suami isteri boleh tengok bagi yang ingin mempelajarinya.

Namun bagi saya, walaupun keadaan seseorang itu telah berkahwin (pernah alami seks) ataupun niat baiknya untuk belajar tetapi ia tetap berdosa sebab kita melihat aurat yang berat. Sedangkan kita boleh belajar dari buku-buku perkahwinan berbentuk agama yang membincangkan tentang hubungan seks serta doa-doanya.

Namun kemusykilan saya di sini, adakah boleh kita melihat gambar-gambar teknik seks yang berbentuk lukisan/kartun/animasi di dalam bahan tersebut seperti buku ataupun laman web untuk suami isteri mempelajarinya.... kerana ada pihak yang mempertikaikannya seperti buku 'Permata Yang Hilang'.

Sekian, Was-Salam.

:wassalam

Quote:
adakah boleh kita melihat gambar-gambar teknik seks yang berbentuk lukisan/kartun/animasi di dalam bahan tersebut seperti buku ataupun laman web untuk suami isteri mempelajarinya.... kerana ada pihak yang mempertikaikannya seperti buku 'Permata Yang Hilang'.

Jawab

Tidak ada masalah untuk mempelajari teknik2 jima' (seks) melalui buku2 dan ilustrasi kerana kita akan ditanya tentang NIAT-NIAT kita melalui Hadith yang masyhur, " sesungguhnya setiap amal bergantung kepada niat."

Maka mereka yg membantah hendaklah mengemukakan dalil. Ini kerana para salaf bertanyakan masalah seks kepada Nabi SAW atau kepada isteri2 baginda dengan agak detail. Misalnya peristiwa turunnya ayat 223 surah alBaqarah (isteri2 kamu adalah ibarat ladang, maka kerjakalah ladangmu itu sebagaimana yg engkau sukai)

Fiqh jima' dalam ayat ini ialah boleh mendatangi isteri dengan pelbagai posisi, antaranya dari posisi belakang dan ditegah anal seks. Imam Ibn Qayyim menjelaskan posisi yg paling baik ialah suami di atas isteri. Maka jika anda ingin mendalami pengetahuan tentang seks dengan niat memberi yang terbaik buat isteri anda dan ingin menggembirakannya, maka kenapa tidak??

Adapun filem lucah itu bukanlah pelajaran kerana ia dilakonkan oleh pelakon2 filem lucah dan aktiviti seks mereka adalah dalam bentuk yg menjijikkan.
:aklam