SJ-12-0191 : Menyempurnakan Uri

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0191 : Menyempurnakan Uri

Salam,

Boleh tak diterangkan tentang kaedah-kaedah penyempurnaan uri bayi yang baru lahir? Bagaimana ia sepatutnya diuruskan?

Jazakallah

SJ-12-0191 : Menyempurnakan Uri

salam,

Uri asalnya ialah rumah bagi janin dan bila ia keluar bersama bayi ketika dilahirkan, maka ia bukanlah dianggap mayat yang perlu melalui hukum aljanaiz.

Ia boleh dimanfa'atkan oleh pihak hospital untuk pelbagai kegunaan perubatan dan boleh didermakan kepada pihak hospital. Hospital juga menyediakan proses melupuskan sisa manusia baik dari dewan bedah dan bersalin secara berjadual yang memenuhi peraturan badan piawaian alam sekitar Malaysia. Dan jika anda mahu, anda boleh melupuskan sendiri uri tersebut dengan menanamnya kerana menghormati ia adalah sebahagian dari manusia. sekian