SJ-12-0241 : bila waktu sebenar?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0241 : bila waktu sebenar?

salam..
bile sbenanya kne mndi wajib lps haid??sy selalu keliru dan terpksa mndi smpi 3,4 kali.bile da mndi tu kdg2 mcm masih ade lagi tp sy tak yakin tu haid atau x.mcmmne ngn ibadat sy??klo sy da mndi kemuadia sy solat tp sy masih ragu2..bile mandi kali kedua kne gnti ke solat td?betul ke kwn sy ckp saidatina aisyah kate jgn tergesa2 mndi wajib??kire sy boleh tgglkn sehari utk betul2 yakin??

SJ-12-0241 : bila waktu sebenar?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Syarak mewajibkan bersuci daripada haidh setelah haidh terhenti. Berdasarkan hadis Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila haidh datang, maka tinggalkan solat, dan apabila ia pergi (terhenti), maka basuhlah darah daripadamu, dan bersolatlah".
Direkod oleh Bukhari (no: 324) dan Muslim (no: 333).

- Tanda-tanda seseorang wanita telah suci dari haidh ialah:

a) Keputihan. Iaitu cecair putih yang keluar setelah habisnya darah haidh. Berdasarkan hadis Aisyah bahawa beliau berkata kepada para wanita: "Jangan tergesa-gesa, sehingga kamu melihat al-Qassah al-Baidha' (keputihan)".
Direkod dalam Muwatta Malik (no: 189). Dinilai sahih oleh Albani dalam Irwa' 1/218.

b) Kekeringan. Sesetengah wanita tidak mendapati keputihan setelah habis haidh. Maka alamat sucinya ialah kekeringan, iaitu sudah tidak keluar darah samada berwarna merah, kuning, kelabu atau seumpamanya. Jika dikeluarkan pad (tuala wanita) daripada tempat tersebut, didapati ia kering tidak ada kesan warna padanya. (Fathul Bari 1/420, Istizkar 1/325)

- Oleh itu, anda tidak wajib mandi kecuali anda yakin suci dengan tanda-tanda tersebut.

Quote:
bile da mndi tu kdg2 mcm masih ade lagi tp sy tak yakin tu haid atau x.mcmmne ngn ibadat sy??klo sy da mndi kemuadia sy solat tp sy masih ragu2..bile mandi kali kedua kne gnti ke solat td?

Apabila anda mandi setelah pasti SUCI DARI HAIDH, kemudian anda solat, maka anda telah melakukan suatu tindakan yang tepat. Apabila datang syak selepas itu, maka itu adalah was-was yang mesti ditinggalkan, kerana ia adalah gangguan syaitan.

Tetapi jika anda mandi sewaktu anda masih ragu-ragu suci atau tidak, maka hukum asalnya anda masih dalam haidh sehingga anda pasti anda telah suci. Jadi, jika anda mandi sedangkan anda belum suci, mandi itu tidak dikira mandi wajib. Anda hendaklah mandi sekali lagi setelah pasti haidh terhenti.

Wallahu A'lam.