SJ-12-0309 : ayah dan anak nak kahwin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0309 : ayah dan anak nak kahwin

assalamualaikum.ade satu soalan

sebagai seorang ayah....benarkah dia perlu mengahwinkan anak
perempuannya...jikalau anak perempuannya tidak redho
bagaimana?sah kah perkahwinan dengan cara paksa?

sebagai orang ayah juga...ada duit untuk pergi haji dalam masa yang
sama juga ada anak peempuannya yang perlu dikahwinkan..mana
lebih utama?atau die mempunyai duit untuk berkahwin tetapi dalam maa sama ada anak untuk dikahwinkan...bagaimana?sapekah yang lebih uma dikahwinkan?

SJ-12-0309 : ayah dan anak nak kahwin

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Termasuk dalam tanggungjawab seorang ayah ialah menikahkah / mengahwinkan anaknya demi memastikan kehidupan anaknya terjamin dan terpelihara.

Walaubagaimana pun perkahwinan yang hendak dilansungkan mesti atas dasar kerelaan / keredhaan si anak tersebut.Ini kerana Rasulullah saw melarang dilakukan perkahwinan / pernikahan secara paksa.
Sabda Rasulullah saw :

áÇ ÊäßÍ ÇáÃíã ÍÊì ÊÓÜÜÜÊÃãÑ æáÇ ÇáÈßÑ ÍÊì ÊÓÜÜÊÃÐä

Janda tidak dinikahkan sehinggalah di minta / disuruh (olehnya) , Manakala anak dara / perawan tidak dinikahkan hingga diminta izinnya.

(Muttafaqun alaihi - HR Imam Bukhari : 5136 , Imam Muslim : 3458)

Begitu juga dengan sebuah hadis lain daripada Abdullah Ibn Abbas :

ÇáÃóíøöãõ ÃóÍóÞøõ ÈöäóÝúÓöåóÇ ãöäú æóáöíøöåóÇ æóÇáúÈößúÑõ ÊõÓúÊóÃúÐóäõ Ýöí äóÝúÓöåóÇ æóÅöÐúäõåóÇ ÕõãóÇÊõåóÇ

Seorang janda lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya , dan seorang perawan diminta keizinan terhadap dirinya (dalam soal perkahwinan) dan keizinannya ialah diamnya.

(HR Imam Muslim : 4/141 , Abu Daud : 1/327 , Ahmad : 1/219)

Asy-Syaikh Dr.Salih bin Fauzan mengatakan hadis di atas sebagai dalil bahawa perkahwinan yang dipaksa hukumnya tidak sah , kecuali bagi gadis-gadis yang kurang cerdas ( lembab akalnya ).Maka bagi gadis yang sedemikian, walinyalah (ayah) yang bertanggungjawab menjodohkannya tanpa meminta izin anaknya itu.

Berkenaan dengan siapakah yang lebih dahulu berkahwin / dikahwinkan antara ayah dan anak perempuannya , jawapannya ialah si ayah perlulah mendahulukan anak perempuannya untuk dikahwinkan , berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah saw :

ËáÇË áÇ íÄÎÑæä ÇáÕáÇÉ ÅÐÇ ÃÊÊ æÇáÌäÇÒÉ ÅÐÇ ÍÖÑÊ æÇáÃíã ÅÐÇ æÌÏÊ áåÇ ßÝÄÇ

Tiga perkara yang tidak boleh dilewat-lewatkan ialah : Solat bila suah masuk waktunya , Jenazah , apabila telah selesai penyelenggaraannya dan wanita apabila telah ditemui jodohnya yang sepadan.

(HR Imam Tirmizi , dinukilkan oleh Asy-Syaikh Dr.Yusof Al-Qaradhawi dalam Al-halal wa al-Haram fil Islam , bab Perkahwinan)

Wa Allahu A’lam

Ruj :

Al-Mulakhkhhas Al-Fiqhi , Dr.Salih bin Fauzan al-Fauzan.
Al-Halal wa al-Haram fil Islam , Dr. Yusof Al-Qaradhawi.

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com