SJ-12-0376 : bab cerai taklik dan rujukan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0376 : bab cerai taklik dan rujukan

saya mempunyai masalah yg sama dan telah dibincangkan oleh panel al-ahkam iaitu sdr THTL
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=102&t=16019&p=16752&hilit=taklik#p16752

Masalah saya mmg sama cumanya saya melafazkan begini: "Jika awak(isteri saya) keluar rumah tanpa pakai tudung jatuh" . Maksud jatuh adalah jatuh talak. Bagaimana dengan lafaz begini pula? Dan dari penjelasan dari sdr THTL spt dibawah:

Talaq ini sah menurut jumhur. Ia boleh ditarik balik oleh suami dan oleh kerana ia bukanlah sumpah, maka tidak dikenakan kifarat. Ini kerana ia berlaku pada suami yg muda dan menggunakan ugutan ta’aliq itu utk menakutkan isterinya tapi bukanlah bertujuan menceraikan isterinya. (Fatwa Syria, no 25, Fatwa Mesir, perkara 90). Lafaz taklik spt ini tidak sah menurut Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim, dan dikenakan kiffarat menurut Ibn Taymiyah, tidak dikenakan kifarat sumpah menurut Ibn Qayyim.

saya tidak berjaya meyakinkan isteri saya kerana dia sudah bertanya dengan ustaz lain yg berfikiran fanatik mazhab. Isteri saya nak bawa masalah ini kepada jabatan agama yang saya rasa mungkin tidak membantu secara ilmiah sebab mereka lebih suka membatalkan dan mudah menjatuhkan hukuman tanpa ilmu yg sahih. Saya perlukan seorang ustaz/ulama utk membantu saya menerangkan kepada isteri saya secara lisan. Kami tinggal di Kota Bharu, Kelantan.

Re: bab cerai taklik dan rujukan

Assalamu’alaikum

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Talaq yang anda nyatakan adalah Talaq Ta’liq, iaitu Talaq atau cerai yang disabitkan apabila berlaku perlanggaran keatas ta’liq atau syarat. Lafaz Talaq anda adalah lafaz kinayah (sindiran). Pada masa melakukan lafaz tersebut, jika niat anda adalah “cerai”, maka talaq tersebut sah. Akan tetapi jika anda tidak berniat cerai, maka lafaz tadi tidak membawa kepada penceraian.

Jumhur ulama, terutamanya Mazhab empat menerima bahawa cerai Ta’liq merupakan kaedah penceraian yang sah, DAN lafaz tersebut tidak boleh ditarik balik. Ini juga merupakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bertarikh 1 Jan, 1999 yang menyebut :

“Semua jenis cerai taklik adalah sah dan jatuhlah talak apabila berlaku perkara yang ditaklikkan tersebut dan semua jenis cerai taklik tidak boleh ditarik balik.” (Rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/kategori-fatwa/munakahat?page=5)

Tidak timbul isu fanatik Mazhab disini kerana jumhur ulama’ menerima kaedah Talaq ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah melaporkan diri kepada Pejabat Agama Negeri secepat yang mungkin untuk mendapatkan pengesahan cerai ta’liq dan lafaz kinayah (sindiran) didepan pegawai Jabatan Agama.

Perlu diberi perhatian, bab Nikah-Cerai merupakan kuasa yang diberikan kepada pemerintah, maka apa-apa persoalan mengenai Nikah-Cerai hendaklah dirujuk kepada keputusan fatwa sesebuah negara itu sendiri.

Anda boleh tunjukkan juga pautan diatas mengenai Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kepada isteri anda, dan juga pautan dibawah ini mengenai definisi Cerai Ta’liq.

1. Jabatan kehakiman Syariah Negeri Selangor – Soalan Lazim
http://www.jakess.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=59

2. Bolehkah Lafaz Talaq Ta'liq di Tarik Balik?
http://zaharuddin.net/rumahtangga-&-keluarga/235-bolehkah-lafaz-talaq-taliq-di-tarik-balik.html

WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين