SJ-13-0183 : SAPE SEBENARNYA DR FARISH A. NOOR???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0183 : SAPE SEBENARNYA DR FARISH A. NOOR???

Tuan,

Ana sebenarnya dah lama bersabar dgn farish a noor.Dah bertahun, nampaknya dia masih mempertahankan bahawa Raihana seorang wanita yahudi adalah gundik kpd Nabi Muhammad S.A.W.

Mana hadis dia pakai.Belum ada kenyataan balas dari beliau.nampaknya dia membuat kenyataan palsu terhadap nabi.

dan di posting ini ana ingin tahu apa pendapat ahli panel al-ahkam.net mengenai beliau terhadap nabi kita dgn raihana.nampaknya farish a noor bebas berkarya dalam http://www.ummahonline.com dlm kolum islam bi la hudud.

Atau ana terlepas pandang mengenai isu ini.Sila betulkan ana kalau ana tersilap.

SJ-13-0183 : SAPE SEBENARNYA DR FARISH A. NOOR???

Dr Farish A Noor, anak kelahiran Pulau Pinang, memiliki phD (Falsafah) dari University Essex, UK. Beliau adalah felow ISIS dan Pusat Kajian Orientalis di Berlin. Beliau bermanhaj JIL.

Adapun dakwaan beliau bahawa Nabi saw memiliki gundik bernama Rayhanah. Itu adalah antara hujah dan mainan Yahudi dan para Orientalis. Ini kerana kebetulan Rayhana adalah dari keturunan Yahudi samada Bani Nadhir atau Bani Quraidzah.

Yahudi amat terluka dan menyimpan dendam dlm mengenang nasib umat Yahudi yang dihancurkan oleh Nabi saw samada di Yathrib atau di Khaybar. lalu mereka memainkan sentimen gundik RasuluLlah saw bernama Rayhana bertujuan memburukkan peribadi baginda menggunakan talibarut mereka spt kaum JIL.

Menurut alHafidz Ibn Qayyim dalam Zaad alMa'ad, bahawa tidak dapat dipastikan dari bani manakah Rayhana ini, samada dari Bani nadhir atau quraidzah.

versi pertama: alWaqidi menyatakan Rayhana di tawan ketika perang Bani Nadhir atau Quraidzah, Rayhanah adalah merupakan hasil rampasan perang dan adalah utk bahagian RasuluLlah saw (khumus), baginda memerdekakan Rayhana, kemudian bernikah dengannya.

versi kedua: Rayhana adalah hasil rampasan perang ketika perang dgn kaum yahudi dan menjadi hukum normal ketika itu, wanita adalah harta rampasan perang (bila musuh dikalahkan dan dihinakan) dan menjadi status hamba sahaya dan halal seks dgnnya.

Masalahnya, bila umat abad 21 yang mana hukum hamba abdi ini sudah lama dimansuhkan, mereka kembali menilai perhambaan zaman dulu dgn kaca mata sekarang. Kalau nak nilai perhambaan, nilailah apa yang berlaku di Amerika ketika zaman Kunta Kinte dulu (barulah fair). Atau zaman kegelapan Eropah, di mana wanita tidak dianggap sbg manusia.

Jadi mainan isu Nabi SAW dengan isu hamba-abdi ini adalah isu popular Orientalis. Memang benar kaum salaf memiliki hamba perempuan hasil perang termasuk Nabi kita sendiri (termasuk Rayhana), tapi kalau kita bandingkan dgn kekejaman kaum Serbia di Bosnia, maka perhambaan yang diamalkan oleh RasuluLlah saw jauh lebih baik dari rogol besar-besaran di Bosnia oleh Serb!