SJ-13-0203 : Menolong Ahli Maksiat..

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0203 : Menolong Ahli Maksiat..

:salam

Apakah hukumnya jika saya ni menolong ahli maksiat(dia ni x sembahyang)???Menolong ni contohnya memasak utk dia, bg pinjam duit, bg pinjam barang.Adakah saya tetap dapat pahala ataupun sebaliknya mendapat dosa kerana menolong orang yang suka berbuat maksiat kpd Allah???panel al-ahkam blh tlg jelaskan..

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0203 : Menolong Ahli Maksiat..

:wassalam

alJawab:

Anda kena belajar akidah alWala' dan alBara' yaitu apa-apa yang dicintai oleh Allah dan apa-apa yang dibenci oleh Allah. Ini adalah akidah yang memberi panduan kepada bab siapakah kawan dan lawan kita, siapa yang menjadi sahabat kita dan siapakah yang menjadi musuh kita. ia juga dikenali dengan akidah cinta dan benci kerana Allah.

Dalil Qur:ani:

" Kamu tidak akan mendapati sesuatu qaum yang beriman kpd Allah dan hari Akhirat , saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara kamu atau keluarga mereka.." QS alMujadilah 58: 22

Dalil Hadith:
" Ikatan iman yang paling kuat ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah [HR Ahmad dari al-Barra' bin Azib dan Tabrani dari Ibn Abbas, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah alSahihah jld 4]

Maka perbuatan anda mengasihani ahli maksiat itu hendaklah disertai dengan sebab...apakah alasan anda untuk berbuat demikian??