SJ-13-0392 : Saudara Susuan Nabi SAW

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0392 : Saudara Susuan Nabi SAW

:salam

Moga dirahmati Allah,

Sbgmana yg kita ketahui, nabi saw pernah menyusu bersama Halimatus Saadiah, dan Halimah Saadiah ini sering mendapatkan bayi untuk mendapatkan upah susuan tersebut, sudah pastilah barangsiapa yg menyusu bersama Halimatus Saadiah ini menjadi saudara susuan bersama nabi SAW.

Persoalannya, bolehkah tuan panel senaraikan saudara susuan nabi saw???..

Sekian, wassalam.

SJ-13-0392 : Saudara Susuan Nabi SAW

Al-hamdulillah....

al-Jawab :

Rasulullah saw telah disusukan oleh 2 orang ibu susu , iaitu Tsuwaibah yang hanya sempat menyusukan Rasulullah saw dalam beberapa hari sahaja dan Halimah binti Abu Zu'aib bin al-Harits as-Sa'diyyah. Suaminya bernama al-Harits bin 'Abdul-Uzza, yang diberi gelaran Abu Kabsyah, berasal dari kabilah yang sama.Memang kerjanya Halimah ini adalah menyusukan bayi untuk mendapatkan upah dari susuan tersebut.Maka , antara saudara susuan Rasulullah saw adalah seperti berikut :

1. Tsuwaibah (ibu susuan yang pertama)
1.. Hamzah bin Abdul Mutallib ( disusui oleh Tsuwaibah dan Halimah )
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

2. Halimah Al-Saidiyyah (ibu susuan kedua)
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

Sesetengah ahli sejarah meyebutkan bahawa antara saudara susuan Rasulullah saw dari Halimah adalah seperti berikut :

1. Abdullah bin al-Harits
2. Anisah binti al-Harits
3. Hudzafah atau Judzamah binti Al-Harits
4. Hamzah bin Abdul Muthalib

WA

Ruj :

1. Sejarah Umat Islam (Edisi Baru), Prof Dr Hamka, Pustaka Nasional Pte Ltd, Cetakan Pertama 1994.
2. Fiqh Al-Sirah 1, Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti, Muassasah ar-Risalah Beirut.
3. Kehidupan Para Sahabat Rasulullah saw, Muhamad Yusuf al-Kandahlawy, Pt Bina Ilmu, Cetakan Pertama 1982.

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com