SJ-15-0007 : persoalan hukum (cth: anjing )

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0007 : persoalan hukum (cth: anjing )

askm kpd para panel ,

sy adalah peminat setia kpd w/site nie. jwpn2 yg diberikan sgt bernas apabile sesuatu persoalan dikemukakan oleh org ramai.

dan sy melihat jwpn kpd hukum feqh mengambil kira drpd keempat2 mazhab. cume di mesia nie kite mengamalkan mazhab syafie.

jd klu nak diperbincangkan hukum2 di klgn pelajar sekolah / warga tue / org awam yg krg fhm agak susah bile 'keluar dr mazhab syafie '

cth : isu kenajisan anjing . dlm mazhab syafie mengharamkan keseluruhan anjing sedangkn mazhab lain tdk ( betulkan sy sekiranya silap ) sy jd serba-salah bile pelajar tanye mase ari tu bile kelas dimasuki anjing

jd bgaimana seeloknye sekiranya sy berada dlm situasi ini ? apakah kitab rujukan feqh yg terbaik bile mensyarahkan persoalan feqh mengikut mazhab syafie ? dan sy tahu tdk ade dalil yg kite kena taklid dlm satu2 mazhab. ini pun sy masih konfius , bole ke cmpr2 mazhab dlm kehidupan seharian ?

harap pihak panel dpt membantu menyelesaikan kebuntuan sy ini. syukran

SJ-15-0007 : persoalan hukum (cth: anjing )

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan yukitada dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Pertama kalinya sangat mengucapkan terima kasih kerana setia bersama al-Ahkam.

Sebenarnya, tidak semua amalan fiqh di Malaysia benar-benar menurut amalan Mazhab Syafie terutama didalam bab zakat dan bab muamalat. Asas kepada Fiqh Mazhab itu amat penting kepada mereka yang ingin mendalami ilmu Fiqh. Kita tidak perlu keluar dari 'Mazhab Syafie' didalam mengamalkan pandangan-pandangan ulama' lain. Sebagai contoh, Imam Nawawi rh sendiri mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai kenajisan daging khinzir, akan tetapi beliau tidak pernah menyatakan beliau tidak bermazhab Syafie.

Mengamalkan Mazhab Syafie misalnya didalam kenajisan anjing, memang tidak ada masalah di Malaysia, lebih-lebih lagi didalam suasana penghidupan orang Melayu. Orang kita tidak bela anjing dan tidak membawa anjing didalam bas misalnya. Apabila seseorang itu pergi ke luar negara, anjing juga akan dibawa menaiki bas. Sudah tentu seseorang itu tidak dapat mengelak dari terkena sentuhan bulu anjing. Dalam keadaan begini, dia boleh menggunakan pandangan yang mengatakan bahawa anjng secara fizikalnya bukanlah najis kecuali air liurnya.

Kita tidak mahu masyarakat keluar pada Mazhab yang mereka pegang. Apa yang ita mahu adalah mereka bersifat terbuka, dan tidak mencemuh pandangan orang lain. Kita tidak mahu juga masyarakat terlalu fanatik kepada Mazhab, sehinggakan mereka seolah-olah menganggap bahawa Mazhab = Agama Islam. Amalan umat Islam akan hancur jika mereka mula tidak berpegang kepada ulama'-ulama' Mazhab. Ulama'-ulama' Mazhab ini bukan sahaja ahli Fiqh, malah mereka amat mahir didalam selok-beluk al-Quran dan hadith. Kita tahu bahawa perbezaan pendapat cuma didalam masalah-masalah furu' (cabang) dan bukan permasalah asas. Dari segi Aqidah, mazhab2 yang empat sama pendapat mereka.

Anda tidak perlu bimbang. Bagi pelajar dan orang awam, Mazhab mereka adalah Mazhab Mufti atau Ustaz mereka. Tidak ada salahnya bertaqlid kepada sesuatu Mazhab. Malah ia perlu bagi mereka yang tidak mampu memilih pandangan2 ulama' lain, Apa yang akan terjadi bagi mereka yang tidak mempunyai kemampuan tersebut mengeluarkan sesuatu hukum dengan sewenang-wenangnya.

Bagi mereka yang mempunyai kemampuan, baik dari segi masa dan keupayaan ilmu, mereka dibenarkan melihat kepada pandangan-pandangan Imam-Imam yang muktabar. Bukanlah dengan mencampur2 semua pandangan, akan tetapi dibenar mengambil beberapa pandangan terbaik dari kalangan ijtihad Imam tersebut.

Sila layari link dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebh lanjut mengenai isu Mazhab :-

adakah boleh pakai lebih dari satu mazhab?
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28549

bertaklid pada mazhab........haramkah ia..?
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28008

SJ-01-0029 : Berubahnya mazhab di dalam kalbu...ewah!
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27496

Mengenai buku Mazhab Syafie yang baik, ringkas dan sistematik, saya mencadangkan buku :-

Dr. Mustafa al-Khin [et al]. al-Fiqh al-Manhaji. cet 4. Kaherah : Dar al-Qalam, 2000.

Buku juga telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

Jika anda memerlukan yang detail, bolehlah merujuk kepada Kitab al-Majmu' karangan Imam al-Nawawi. Ada juga ringkasan kepada kitab ini :-

Syiekh Saalim Abdul al-Ghani al-Raafie. Mukhtashar al-Majmu' Sharh al-Muhazzab. cetakan ke 2. Beirut : Muasasah al-Raiyan, 2001.

Sekian, wassalam

خيرالأمين