SJ-15-0028 : memilih tarjih hukum

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0028 : memilih tarjih hukum

:wassalam

Saya mempunyai persoalan ttg pentarjihan hukum:

1) Ada ke hukum2 tertentu ( terutama bab ibadah ) yang telahpun ditarjih oleh 4 mazhab tetapi ditarjih semula oleh Prof yusuf qardhawi dengan alasan sejajar dengan perkembangan situasi feqh zaman kini ?

2) Sekiranya ada beberapa pendapat yg saling bertentangan , perlukah kita menggunapakai / beramal dengan pendapat yg telah ditarjih / dimuktamadkan sahaja ?( samada sy pentaklid @ muttabi’).

3) Adakah menyalahi kaedah fiqh sekiranya saya tidak menggunapakai/ beramal pendapat jumhur ? kerana dlm satu2 situasi pendpt minority lebih menyenangkan saya.Tidakkah saya dikatakan sengaja mencari yang paling mudah bagi saya ( ini dlm situasi sy tahu bagaimana perselisihan hokum itu timbul ) .

4) Ada org cakap ( jurusan syariah gakk ) yang mengatakan bhw kite hanya boleh beramal mazhab selain syafie sekiranya dlm ‘ situasi darurat shj’ . Betul ke ?

P/s : sy mmg telah membaca kesemua jwpn ( di bwh tjk ini ) sblm ini Cuma harap panel bg jwpn ringkas pun dah cukup. tq

SJ-15-0028 : memilih tarjih hukum

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Pintu ijtihad tidak pernah tertutup bagi sesiapa yang mencapai tahap mujtahid. Maka ulama terkemudian juga boleh mentarjih pendapat yang dilihatnya lebih kuat, selagi ia dalam lingkungan masalah khilaf. Mengkaji balik pendapat-pendapat feqah berdasarkan perkembangan zaman adalah suatu yang dituntut.

2) Seorang yang dapat memahami dalil syarak dan kekuatannya mestilah beramal dengan pendapat yang dipercayai bahawa ia yang banar dan sahih. Jika dia seorang awam atau muqallid, maka boleh mengikut alim ulama yang dipercayainya. Atau mengikut satu-satu mazhab jika di tempatnya tidak ada orang alim yang boleh memberinya fatwa.

3) Pendapat yang benar tidak semestinya terletak kepada pendapat majoriti. Kadang-kadang pendapat minoriti lebih kuat dari sudut dalil. Neraca timbangannya ialah hujjah dan dalil.

4) Dalam situasi darurat, syarak sendiri sudah memberikan kelonggaran, tanpa mengira mazhab. Sebenarnya, dengan mengamalkan feqah berdalil, In Sya Allah dapat menyelesaikan permasalahan-permasalan yang dikatakan darurat, tanpa perlu kepada kaedah talfiq.

Wallahu A'lam.