SJ-1761: Hukum HUDUD

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1761: Hukum HUDUD

a'salam wr kth

Sejak kebelakangan ini ramai yang mempertikai kaedah hukum hudud yang dijalankan adalah kuno dan ketinggalan zaman, contoh potong tangan, rejam dan pancung.

Soalan saya apakah syara' membenarkan hukuman tersebut dijalankan tetapi kaedah perlaksanaan hukum tersebut menggunakan teknologi moden contoh rejam menggunakan satu alat atau mesin yang mampu melontar batu yang berkelajuan lontaran manusia, potong tangan dengan menggunakan cahaya laser dan pancung menggunakan mesin hidrolik yang mampu diprogramkan kecepatan dan ketidakboleh angarannya.

Terima kasih.

Re: SJ-1761: Hukum HUDUD

Orang yg mempertikaikan hukum hudud itu BUKAN lah mempertikaikan kaedah pelaksanaan (execution) hukum itu tapi mempertikaikan kesesuaian hukum hudud di zaman moden ini. Apakah hukum hudud itu masih releven di zaman ini? Walaupun kita menukar cara menghukum itu dengan menggunakan laser atau mesen melontar batu kawalan komputer tidaklah melenyapkan tanggapan kekunoan hukum Tuhan itu.
Isu mereka ialah hukum alQur'an itu sudah kuno dan anda tidak boleh meyakinkan mereka dengan menggunakan bantuan teknologi- hudud akan menjadi baru; yg sebenarnya ia tidak akan memperbaharui hukum hudud dalam pemikiran mereka.
Rumusan: Islam tidak melayan tohmahan dan celaan mereka. Sesungguhnya mereka adalah kaum yg banyak alasan dan dolak-dalih. Firman Allah SWT," dan jika kamu menuruti kebanyakan orang2 di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut perasangka sahaja dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." terjemahnya AQ 6:116