SJ-1806: SEJARAH PEMBACAAN QURAN BERLAGU

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1806: SEJARAH PEMBACAAN QURAN BERLAGU

Assalamualaikum :

1. Pembacaan Al Quran berlagu sudah tidak asing lagi bagi masyarakat Islam Malaysia, bahkan Malaysia sudah beberapa lagi mengukir nama di persada antarabangsa sebagai johan tilawah Al Quran.
Namun saya yakin yang menjadi asing bagi rakyat Malaysia ialah asal usul sejarah lagu Al Quran itu sendiri. Adakah lagu-lagu Al Quran seperti Bayati, Soba, Syika, Nahwan, Jiharka, Ras dan banyak lagi dicipta oleh seseorang atau ianya sememangnya diwarisi daripada Nabi Adam AS atau bagaimana? Siapakah yang membahagikan jenis-jenis lagu tersebut. Saya harap pihak Ahkam dapat mempaparkan sejarah yang berkaitan dengan Tarannum Al Quran untuk pengetahuan umum.

2. Bolehkah seseorang beramal dengan bacaan (qiraat) lain ketika membaca Al Quran. Jika boleh, apakah syaratnya? Adakah cukup dengan bertanyakan ahli, kemudian mengamalkannya.
3. Sekiranya fiqh tarjih diamalkan dalam Fiqh, adakah ia turut diamalkan dalam mentarjihkan bacaan (qiraat). Adakah semua jenis qiraat adalah setaraf?

WASSALAM

Re: SJ-1806: SEJARAH PEMBACAAN QURAN BERLAGU

Jawab:
1. Kita mengambil masa untuk menjawab soalan ini kerana anda meminta kami membuat suatu kajian yg meliputi asal-usul (sejarah) pembacaan alQur'an, perkembangannya dalam sejarah Islam yg panjang bermula dari zaman RasuluLlah kepada kezaman musyhaf standard Uthmani dan zaman ledakan tamaddun ilmu di baghdad, kaherah, Andalusia dsbnya. Permintaan begini amat berat untuk ditunaikan kerana kami kesuntukan masa. Kami suka jika soalan yg diajukan itu pendek dan specifik dalam suatu isu sahaja. Kami bisa menjawab dengan pantas, jika anda bertanya: "apakah hukum membaca alQur'an dengan berlagu?" Apabila anda meminta sejarahnya, maka kami mengesyorkan anda membeli kitab berikut:
"Pengenalan Ilmu Qiraat oleh Ustaz Abd Rahim Jusoh, Pensyarah di Ma'ahad Tahfidz alQur'an, Terengganu, buku ini diterbitkan oleh Mahsuri Timur sdn bhd, 287 Jln SG 9/8, Tmn Sri Gombak, Bt Caves, edisi pertama @ 2001
Buku ini tebal dan menjelaskan semua yg anda tanyakan itu termasuk tarjihan dari fuqaha' terbilang spt Imam Nawawi, alHafeedz Ibn Qayyim dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, dll.
Menjawab secara ringkas:
1. Ilmu lagu alQur'an atau tarannum atau taghanni itu bukanlah diwarisi dari Nabi Adam AS kerana alQur'an itu ditanzilkan utk Muhammad saw/umat akhir zaman. Juga ia tidak diwarisi dari Nabi saw. Jumhur ulama' samada mengharamkannya, membid'ahkannya dan Imam Ahmad membolehkan jika belajar supaya makna alQur'an tidak lari (Ustaz Abd Ghani Syamsuddin, Seni dalam Islam.) Imam Zarkasyi, alBurhan fi Ulum alQur'an menganggap lagu-lagu alQur'an itu suatu kefasikan."
2. Jika ilmu tarannum itu dipertikaikan, ilmu qiraat dan ilmu tajweed itu sahih dan mutawatir pula akan kesahihan ilmu ini dan kita dituntut mempelajarinya terutama ilmu tajweed. Ilmu Qira'at yg masyhur ialah yg disandarkan kepada Imam Tujuh.
3. Dalam buku yg kita sarankan di atas, dikhususkan beberapa bab untuk mentarjih ilmu qiraat 7, 10 dan 14. Akhirnya Imam Qiraat yg tujuh itulah yg paling sahih dalam hal ini berbanding 10 dan 14. Mungkin Panel kita yg berada di Cairo dapat membetulkan dan menambah. Allahu a'alam