SJ-1926: Solat-Sujud Sahwi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1926: Solat-Sujud Sahwi

Assalamualaikum,

Baru-baru sedang bersolat di Masjid KLCC, saya dalam keadaan masbuq dalam rakaat terakhir, oleh kerana tengah konsentrasi untuk menghabiskan rakaat yang tertinggal maka apabila imam selepas tahiyat akhir mengucapkan takbir dan kemudian sujud sahwi saya secara automatik terus bangun, apabila menyedari imam sedang sujud sahwi maka saya pun turun kembali sedangkan saudara disbelah saya yang juga berdiri, terus berdiri sehingga imam memberi salam dan terus continue menghabiskan rakaat yang tertinggal. Adakah tindakan saya ini betul ataupun saudara tersebut. JKK

Re: SJ-1926: Solat-Sujud Sahwi

:wasssalam
(Versi Syafi'iyah)

Jika makmum masbuq mendapati Imam melakukan sujud sahwi, dia hendaklah mengikuti Imam atas alasan Imam itu wajib diikuti. Jika dia mengetahui kecacatan solat Imam, maka dia tidak wajib ikut sujud sahwi.

Jika anda mendapati Imam sujud sahwi dan anda terus bangun ke raka'at seterusnya. Anda boleh duduk kembali jika anda belum bangun secara sempurna (masih belum berdiri tegak) dan sujud bersama Imam.

Tindakan sahabat anda yg tetap berdiri itu pun betul dgn syarat dia berniat mufaraqah (berpisah dari Imam). Jika dia tidak niat mufaraqah, maka solatnya batal. Fiqh Islami
WaLlahu a'alam