SJ-2132: Kentut (rukhsah?)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2132: Kentut (rukhsah?)

:salam
saya ada masalah iaitu kerap kentut. Saya sangkakan sewaktu bulan2 biasa sahaja. Rupa2nya waktu Ramadhan keadaannya sama sahaja.
Yang pelik, sewaktu sudah berwudhu' baru terasa demikian. Dan kadang-kadang sewaktu sedang bersolat. Bukan angin, sebagaimana sabda nabi (adakah sabda nabi ttg bunyi dan bau itu termasuk jika terasa sewaktu sebelum mula bersolat-angkat takbir {soalan tambahan})
Soalan saya:
1.Adakah ada rukhsah, sebagaimana mereka yang menghidap sulsulbaul (kencing tak tos)-solat terus, dgn satu wudhu setiap solat fardhu?
2.Soalan ini adalah soalan yang saya nyatakan di atas.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2132: Kentut (rukhsah?)

:wassalam
Jawab:
Firman Allah ," Allah tidaklah menginginkan untuk menjadi kesulitan atasmu. AQ 5:06
Memang itulah dasar umum agama ini.
Tapi sebelum rukhsah diizinkan, apakah kesulitan itu sudah disahkan oleh ahli perubatan. Apakah benar2 dia yakin kentutnya diluar kawalan dan bersifat genetik atau penyakit ganjil, di mana kentut akan terus-menerus keluar tanpa had.
Atau apakah ia hanya was-was sahaja?
Pernahkah anda mencuba mengenalpasti punca penyakit:
spt kunyahan yg tidak sempurna, diet yg tidak balance (yakni banyak memakan makanan berangin spt kekacang), pernahkan mencuba perubatan tradisional , mencuba ubatan dari yg basik spt ENO, pil kekacang (Chit kit aun), mengambil ramuan spt minuman Jeli Gamat, amalkan banyak meminum air mineral, suling atau plain water, banyak makanan berserat tinggi (hi-fibre), atau mencuba ubat2an yg canggih spt yg ditawarkan oleh MLM atau ubatan yg disyorkan oleh doktor klinikal pakar.
Cuba dulu yg ini dan jika terdapat doktor yg mengesahkan anda memang ada komplikasi yg unik dan ganjil, maka barulah hukum rukhsah itu boleh kita hidangkan kepada anda. (Ruj: Dr Qardhawi, awamil as asa'ah) WA