SJ-2389: Masaalah keputihan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2389: Masaalah keputihan

:salam :o
Tanya bagi pihak wanita..isteri khasnya:
Telah diketahui bahawa keputihan dimasukkan dalam syarat darah istihadzah- Soalanya
1. Jika keputihan ini kerap keluar..maksud saya semasa solat atau selepas mengambil wudhu sehingga terpaksa kerap mengambil wudhu (4-5kali) dlm masa terdekat. Keluarnya keputihan ini pula tak menentu kejap ada, kemudian tiada tanda untuk keluar lagi, bila tunggu tak keluar...wanita tsbt mengambil wudhu dan sedia mendirikan solat..beberap minit kemudian ia keluar pula...
Keadaan ini menyusahkan jika wanita tersebut berada dalam masjid dsbnya....khasnya masjidil haram...apakah ada sebarang fatwa yang memudahkan..krn keputihan jenis ini melibatkan masaalah penyakit/kesihatan.
:wassalam :o

Re: SJ-2388: Masaalah keputihan

:wassalam
Jawab:
Apa jua yg keluar dari dua jalan membatalkan wudhu'. Jika ianya bukan haidh dan nifas spt cecair keputihan, maka dia hendaklah membersihkan kemaluan setiap kali akan solat dan menyumbatknay dgn kapas atau panty-liner, Dalil: HR Abu Daud (no 614), Ibn Majah (#614),"..ambillah kapas dan letakkan pada tempat keluar darah (kemaluan).."
(Dr Soleh alFawzan, Tanbihat) WA