SJ - 2907: Bekerja dikilang membuat ubatan bagi haiwan yang

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2907: Bekerja dikilang membuat ubatan bagi haiwan yang

Assalamualaikum,
Untuk pengetahuan ustadz, kilang tersebut selain dari membuat ubat untuk babi, juga banyak membuat ubat untuk ayam, lembu dan kambing.

Saya sudah pun berhenti dari berkerja secara sepenuh masa di sana, cuma sekarang ini saya menjadi consultant untuk kilang tersebut secara sambilan sahaja.
Saya cuma :narimemberi nasihat dan pandangan berhubung proses pendaftaran ubat-ubatan, setting kilang, perlaksanaan GMP dan penjagaan kualiti bagi semua operasi kilang termasuk bahagian ubatan babi dan juga ubat-ubat ayam dan lembu.;
Jadi bagaimana pandangan ustadz?

semutapi (not verified)
Re: Bekerja dikilang membuat ubatan bagi haiwan yang haram d

:salam
Alhamdulillah,Inshaallah tidak ada apa2 halangan dari hukum agama utk bekerja dikilang tersebut.
Yg menjadi masalah ialah berkerja dikilang Arak. Babi cuma dilarang memakan dagingnya.

Wallahualam, tunggulah jawapan yg lebih benar dan tepat berserta dalil dari Al Fadhil ustaz kita.
:wassalam

Re: SJ - 2907: Bekerja dikilang membuat ubatan bagi haiwan y

:wassalam
Jawab:
Harus jika pekerjaan itu ialah membuat ubat-ubatan haiwan yg umum utk livestock (al an'am) atau binatang ternakan. Haram orang Islam bekerja jika kilang itu khusus utk khinzir sahaja. Ini berdasarkan kaedah yg disepakati dari kawaid fiqhiyah yg terlalu detail utk dihuraikan di sini bahawa jika sesuatu itu diharamkan oleh Islam secara qat'iyah (spt khamar, judi, babi, bangkai, dadah), maka muslim tidak boleh terlibat dalam downstream dan upstreamnya (semua aktiviti pengeluaran dan pasca produksinya) (Qardhawi, Halal dan haram)