al-ahkam.net 1434 on Facebook

Custom Search

SJ - 3037: [G] Melewatkan waktu solat fardu selain isyak &am

Assalamualaikum.,
Kebiasaannya waktu isyak itupun jika ada kuliah. Bagi Mazhab hanafi pula setahu saya pada waktu asar. Bagaimana pula dengan waktu-waktu yang lain?...bolehkah ustaz kirimkan jawapan berserta hadis dan dalil. Terima kasih

:salam

hmmmm.......tak silap saya, sdr pernah menanyakan soalan yg sama perihal melewatkan solat ini. Dan saya telahpun memberikan url kpd sdr. Setelah saya melihat kembali url nya, saya dapati apa yg sdr persoalan, terdapat juga jawapannya di dalam url tersebut. Wlbgmnp, saya pastekan artikel tersebut utk kemudahan sdr.

-----

SOALAN :
1. Adakah Hadith yg shohih berkenaan solat di awal waktu

JAWAPAN :

Disertakan kumpulan Hadith berkaitan.
Sabda Nabi SAW :

1- ÇáÕáÇÉ Ýí Ãæá ÇáæÞÊ : ÑÖæÇä Çááå æÝí ÂÎÑå ÚÝæ Çááå (ÑæÇå ÇáÊÑãÐí)

Ertinya : Solat di awal waktu mendapat keredhaan Allah dan diakhirnya diampunkan Allah. (Riwayat At-Tirmidzi tetapi Al-Albani menyatakannya hadith Maudu’) . Imam As-Syafie berkata : “Redha Allah krn solat di awal waktu dari kalangan mereka yang baik, kalimah ‘keampunan Allah’ seolah2 ditujukan kepada golongan yang sedikit lalai.

2- Óíá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãí ÇáÃÚãÇá ÃÝÖá , ÞÇá ÇáÕáÇÉ áÃæá æÞÊåÇ (ÑæÇå ÇáÊÑãÐí)

Ertinya : Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya” (Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani menshohihkannya)

3- Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.” ( Hadith shohih riwayat Al-Bukhari)

4- Nabi SAW bersabda : Ertinya : “Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam”

5- Nabi SAW bersabda : Ertinya “Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya” (Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)

6- Nabi SAW Bersabda : Ertinya : “Lewatkanlah solat fajar , kerana ia lebih agung ganjarannya” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie , Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bgmnpun Al-Haithami menyatakan dlm rawinya terdpt Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)

Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bgmnpun terdpt beberapa hadith yang lain yg dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu, dikemukakan pandangan mazahab empat :-

Mazhab Hanafi:Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dgn hadith yg keenam di atas. Bgmnpun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.

Mazhab Maliki: Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.

Mazhab Syafie: Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.

Mazhab Hanbali: Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.

Kesimpulan menurut penulis: Umumnya, solat di awal waktu terlebih afdhal ketika tiada maslahat2 lain yg ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bg waktu subuh, Memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, Membolehkan Qiamullail bg Isyak dan menyejukkan bahang bg Zohor. Tanpa Alasan dan maslahat tadi maka , semua solat adalah afdhal di awalnya.

Oleh:
Ust. Zaharuddin Abd Rahman
Universiti Al-Yarmouk, Jordan

------------

Sekian. WA.

:wassalam