SU-00030 BERKENAAN DENGAN SOLAT JAMA'

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00030 BERKENAAN DENGAN SOLAT JAMA'

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Sahkah solat seseorang yang melakukan solat jama’ berjemaah tetapi imamnya berniat menunaikan solat lain? Contohnya musafir yang solat Jumaat… bolehkah dia menunaikan solat tersebut dijama’kan dengan fardhu Asar? WA

Re: BERKENAAN DENGAN SOLAT JAMA'

:salam

Persoalan solat jamak telah banyak dibincangkan baik dalam ruangan SJ maupun diskusi umum. Adalah lebih baik kiranya saudara mencari di dalam arkib kerana memang banyak persoalan ini ditimbulkan. Namun kami akan tetap melayan persoalan saudara secara ringkas dan padat.

Jawapan:
Tidak menjadi masalah untuk saudara berimamkan imam yang sedang solat tamam. Setelah selesai bersolat jemaah maka di sambung pula dgn solat yang ingin dijamakkan dan diqasarkan itu.

Tidak ada dalil sarih (jelas) dalam hal ini kerana kebolehan ini diputuskan oleh fuqaha' berdasarkan kaedah mengeluarkan hukum-hakam fiqih dari dalil yg umum mengikut ketetatapan madzhab masing-masing. Madzhab Syafi'iy misalnya menetapkah lebih afdhal dilakukan solat secara tamam (sempurna) berjama'ah jika solat qasr itu akan dilakukan sendirian. Ini jika si musafir itu berhenti di mesjid kebetulan masyarakat tempatan akan mengerjakan solat berjama'ah.

Menghimpunkan solat Asar selepas solat Juma'at secara takdim juga dibolehkan oleh madzhab Syafi'iy. Ini juga pegangan jumhur.

Kami menyarankan agar saudara mencari dalam arkib dengan memasukkan perkataan jamak ataupun tamam di enjin pencari. Insya Allah saudara akan memperoleh jawapan yang lebih lengkap dan memuaskan hati. Di bawah ini juga merupakan beberapa url yang berkaitan.

Sembahyang qasar & jama' menurut pandangan kitab Feqhus Sunnah

SJ-1386: [U/100D] solat jama' dan qasar II

SJ-2148: Solat Jama'-Qasr: Bermakmumkan Imam mukim

SJ-1663: Solat Jamak & Qasar

http://al-ahkam.com.my/soaljawab/soaljawab57.htm

:wassalam