SU-00252: Hukum bapa mewalikan perkahwinan anak gadisnya yan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00252: Hukum bapa mewalikan perkahwinan anak gadisnya yan

Saya ingin mendapatkan kepastian apakah hukumnya pernikahan seorang gadis yang dilahirkan di luar nikah diwalikan oleh bapanya yang telah terlanjur perbuatan dengan ibu gadis sebelum pernikahan mereka di masa yang lampau?

Ada jawapan yang saya perolehi ialah jika gadis berkenaan dilahirkan antara 6 bulan keatas selepas tarikh ibubapanya bernikah, maka sahlah pernikahan yang diwalikan oleh bapanya itu.

Ada juga yang memberi jawapan kepada saya bahawa asalkan janin terjadi akibat persetubuhan yang berlaku sebelum terjalin ikatan nikah yang sah, maka kedudukan bapa pengantin perempuan itu tetap tidak sah sebagai wali pernikahan anak gadisnya itu walaupun gadis dilahirkan 6 bulan atau lebih dari tarikh pernikahan ibubapanya.

Yang mana satukah di antara kedua-dua jawapan di atas yang boleh dipakai? Harap dapat pihak tuan merungkaikan kekeliruan tentang hukum tersebut untuk panduan pembaca semua.

Terimakasih.

Re: SU-00252: Hukum bapa mewalikan perkahwinan anak gadisnya

:salam

Soalan ulangan. Sila ke URL berikut:
SJ-1272: Bolehkah bapa mewalikan anak luarnikah yg berbinkan nama si bapa.

:wassalam