SU-00292: nazar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00292: nazar

adakah nazar kita yg telah kita niatkan boleh dibatalkan?....apakah syarat2 untuk bernazar....adakah memerlukan matlamat yg khusus?...apakah balasan Allah kepada hambaNya yg mengabaikan nazar yg dilakukan?... :confused: :srug :bingung: boleh berikan syarat2 yg dikatakan sesuatu nazar itu menjadi sah dan wajib dilakukan jika sesuatu matlamat tercapai?...

Re: SU-00292: nazar

:salam

Sila ke URL berikut: SU-00257: BOLEH TAK NAZAR DIUBAH

Adapun mengenai syarat, fuqaha' syafi'i telah menggariskan beberapa perkara yg dilihat dari dua sudut iaitu:

SATU

Iaitu sudut prg yg bernazar.
1. Islam
2. Taklif. Nazar kanak2 dan org gila tidak sah.
3. Sukarela. Sekiranya seseorang itu dipaksa, nazarnya tidak sah bersandarkan kpd hadis berikut yg bermaksud:

daripada Ibn Abbas ra, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Tidak diperkirakan daripada umatku kesilapan, kelupaan dan apa yg dipaksakan ke atasnya."[HR Ibn Majah dan disahihkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim]

DUA

Dari sudut nazar itu sendiri
1. Perakra yg dinazarkan itu adalah perkara ibadat. Tidak boleh dinaarkan kpd sesuatu yg harus pada pandangan syara' spt meninggalkan makan dan minum dan etc. dalilnya:

Daripada Ibn Abbas ra katanya, sewaktu Nabi saw sedang berkhutbah, tiba2 baginda melihat seorang lelaki sedang berdiri, lalu baginda bertanya tentang lelaki itu. Para sahabat menjawab, "Dialah Abu Israil yg bernazar utk berdiri dan tidak duduk, tidak berteduh, tidak bercakap dan terus berpuasa." Nabi saw bersabda, "Perintahkan dia utk bercakap, berteduh, duduk dan menyempurnakan puasanya."[HR Bukhari]

Juga tiada nazar dalam maksiat.

Rasulullah saw bersabda, "Tiada nazar utk melakukan maksiat kpd Allah."[HR Muslim]

2. Pekara yg dinzarkan bukanlah sesuatu perkara yg mmg telah diwajibkan secara fardhu ain. Spt solat fardhu, puasa ramadhan etc.

Sekiranya semua syarat di atas telah dipenuhi, maka wajiblah utk nazar itu dipenuhi.

Sekian. WA.

:wassalam

Rujukan

Fiqh Manhaji
Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugho & Ali asy-Syarbaji