SU-00422 : Hukum laki2 berambut panjang sampai mencecah bahu

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00422 : Hukum laki2 berambut panjang sampai mencecah bahu

Assalamu'alaikum,

Mungkin soalan yang saya kemukakan ini merupakan soalan ulangan. Kalau soalan ulangan, boleh ahli2 panel berikan no rujukannya. Kalau tidak, saya ingin mengemukakannya iaitu mengenai laki-laki yang berambut panjang sampai mencecah bahu, apa hukumnya? Apakah maksud yang ada mengatakan ianya mengikut sunnah nabi? Boleh ahli2 panel beri penjelasannya?

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SU-00422 : Hukum laki2 berambut panjang sampai mencecah bahu

:salam

Apa yang jelasnya , memang terdapat hadis Rasulullah saw berambut panjang sehingga ke paras bahu.Untuk melihat hadisnya , sila klik url dibawah :

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=26456&highlight=rambut+panjang&sid=d38f9a7129213978ee51764ddc09dc69

______________________________

Kesimpulannya , adalah boleh lelaki berambut panjang dengan syarat ianya bukanlah untuk bermegah-megah , dan menyerupai wanita.Seperti berdandan dan melakukan perhiasan pada rambut sebagaimana yang selalu dilakukan oleh golongan wanita pada rambut-rambut mereka dan juga ianya mestilah dijaga rapi dan kemas.Ini kerana Allah swt itu baik , dan Ia menyukai perkara yang baik-baik sahaja. (mafhum hadis)

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com