BERTAQLID DALAM MENILAI KESAHIHAN HADITH

BERTAQLID DALAM MENILAI KESAHIHAN HADITH –NASIHAT UNTUK PENDOKONG SUNNAH

Ini sekadar nasihat, terpulang kepada anda untuk menerima atau menolaknya. Ia ditujukan kepada pendokong sunnah yang masih belum menghayati perbezaan ilmu antara muhaddith salaf dan muhaddith selepas mereka. Mungkin ia terlihat tidak tersusun kerana dikarang secara spontan. Namun ia masih berada di bawah tajuk manhaj ahli hadith salaf lebih hebat dan lebih tepat. Selamat membaca.


Pengirim: admin | Totalview: 144 | Type: Berita dan Artikel | 5 years 7 months ago | 09/10/2007 - 3:01pm
BEBERAPA TARIKH PENTING DALAM SEJARAH ISLAM

Oleh: alitantawi

TARIKH KEWAFATAN  SERTA BEBERAPA PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH ISLAM

Berikut adalah senarai tahun kewafatan Rasulullah SAW dan sebahagian para sahabat yang terkenal. Begitu juga diselitkan tarikh beberapa peristiwa penting sepanjang zaman Rasulullah SAW sehingga penghujung pemerintahan khalifah-khalifah rasyidin. Ia adalah sebahagian daripada tulisan yang dikumpulkan oleh ahli-ahli Multaqa Ahl Hadeeth yang saya pilih daripada edisi lengkap. Edisi lengkap sejarah Islam tersebut yang memuatkan tarikh kewafatan dan peristiwa-peristiwa penting sehingga tahun 1424 H(dalam Bahasa Arab) akan disediakan dalam ruangan muat turun al-ahkam.net tidak lama lagi, insya Allah.

semoga tarikh-tarikh berikut akan kita simpan untuk diingati selalu.


Pengirim: admin | Totalview: 97 | Type: Berita dan Artikel | 5 years 7 months ago | 08/10/2007 - 6:33pm
PENJELASAN KAJIAN STATUS HADIS LARANGAN BERPUASA SELEPAS 15 SYABAN

PENJELASAN KAJIAN STATUS HADIS LARANGAN BERPUASA SELEPAS 15 SYABAN

Oleh: Abu Ismail [E-mail: acid_fast_stain@yahoo.com]

MATAN HADIS:

TERJEMAHAN HADIS:

"Apabila tiba setengah Syaaban [15 syaban], maka janganlah berpuasa".

TAKHRIJ HADIS:

Hadis ini semuanya diriwayatkan dengan jalan yang sama iaitu, oleh al-Alaa dari Ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, ia dikeluarkan oleh antaranya Ahmad dlm Musnadnya [hadis no.9705], at-Tirmizi dlm Jaminya [hadis no. 738], Ibn Majah dlm Sunan [hadis no.1651], al-Baihaqi dlm Sunan al-Kubra [hadis no.7751], Abu Daud dalam Sunannya [hadis no. 2337], Ibn Hibban dalam Sahihnya [hadis no. 3589], AbdulRazzaq dalam Musannaf [hadis no.7325], Darimi dalam Sunannya [hadis no. 1740], an-Nasaie dalam Sunan Kubra [hadis no.2911] dan lain-lain dengan lafaz yg sedikit berbeza [lafaz yg disebutkan diatas adalah lafaz dalam Sunan Abu Daud]


Pengirim: admin | Totalview: 119 | Type: Berita dan Artikel | 5 years 8 months ago | 29/08/2007 - 3:01pm
SIRI PENERANGAN MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN #4

* Ini adalah sambungan kepada siri penulisan ’Manhaj Kajian Hadith Ulama Terdahulu @ al-Mutaqaddimun’. Perkara yang akan dihuraikan ialah berkaitan ciri keempat iaitu tentang kehebatan kajian ulama hadith al-Mutaqaddimun. Artikel kali ini adalah pendahuluan kepada huraian ciri keempat tersebut. Fokus artikel ini ialah - sorotan sepintas lalu tentang sejarah perkembangan kajian hadith. Ia perlu diketahui dan difahami bersama. Insya Allah, artikel seterusnya akan menghuraikan ciri keempat dengan lebih panjang. Selamat membaca.


Pengirim: admin | Totalview: 132 | Type: Berita dan Artikel | 5 years 9 months ago | 21/08/2007 - 5:56pm
MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN: HAFAZAN DAN PENILAIAN TERHADAP HADITH

MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN: HAFAZAN DAN PENILAIAN TERHADAP HADITH

[oleh: Muhammad Anwaruddin Abdul Wahab]

Perlu diketahui bahawa Syu’bah, Ibnu Mahdi, Yahya alQattan, Malik bin Anas, Ali bin alMadini, Ahmad bin Hanbal, Abu Zur’ah, Abu Hatim, adDarimi, alBukhari, Muslim, atTirmizi, Abu Dawud, anNasa-ie, Ibnu Majah dan lain-lain pakar hadith kurun ke-2 dan ke-3 Hijrah, menghafaz beratus ribu hadith. Maka, mereka inilah yang mengetahui kecacatan-kecacatan atau penyakit-penyakit hadith dan dijadikan rujukan. Ini kerana kitab-kitab mereka tidak menghimpunkan segala hadith yang dihafaz oleh mereka yang berjumlah ratusan ribu hadith.


Pengirim: admin | Totalview: 126 | Type: Berita dan Artikel | 5 years 9 months ago | 20/08/2007 - 4:00pm
Imam az-Zahabi VS mustadrak...

Kitab Mustadrak al-Hakim dan Talkhis-nya Imam az-Zahabi

Kita sering mendengar ungkapan "disahihkan oleh al-Hakim dalam Mustadrak,dan dipersetujui az-Zahabi" dalam takhrij-takhrij hadis, benarkah demikian? Adakah benar az-Zahabi menyemak kitab al-Mustadrak, atau hanya meringkasknnya sahaja?? Dibawah ini adalah berkenaan maksud talkhis Imam az-Zahabi kepada kitab al-Mustadrak susunan al-Hakim.

Jawapan yg dikemukankan dibawah diambil dari laman web Islamtoday.net yang dikelola oleh Syaikh Dr. Salman Fahd Aoudah, ia adalah jawapan daripada syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni, yang merupakan muhaddith terkenal, bertugas sebagai pensyarah di universiti yang terkemuka, Universiti Umm al-Qura, Makkah, Arab Saudi.


Pengirim: admin | Totalview: 127 | Type: Berita dan Artikel | 5 years 9 months ago | 11/08/2007 - 2:55pm
SIRI PENERANGAN MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN #3

Oleh alitantawi

PERINGATAN: Artikel ini adalah bersiri dan pembaca dinasihatkan membaca keseluruhan artikel untuk mendapat gambaran yang tepat.

Alhamdulillah, dengan izinNya saya dapat meneruskan penulisan dalam siri ‘penerangan manhaj al-Mutaqaddimun dalam menilai kesahihan hadith atau kedhaifannya’. Saya memohon maaf kepada sebahagian pembaca al-ahkam.net yang mungkin tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu penulisan ini disambung. Saya juga memohon maaf sekiranya apa yang ditulis terlalu panjang untuk para pembaca. Saya telah cuba menulis sebuah artikel yang ringkas tetapi setelah berfikir beberapa kali, saya merasakan bahawa terdapat maklumat tertentu yang perlu disebutkan untuk memberikan penjelasan yang lebih tepat.


Pengirim: admin | Totalview: 110 | Type: Berita dan Artikel | 5 years 9 months ago | 07/08/2007 - 3:01pm
Fadhilat Rejab Kembali Mencari Populariti..

Post by syahrezan

 

Didalam waktu zohor ada sebahagian tempat yang memanfaatkan masa untuk mengisi kuliah-kuliah. Tidak terlepas tempat kerjaku.

Siapa yang solat sunat tahiyatul masjid tidak ada masalah. Walaubagaimanapun, apabila kuliah sedang dijalankan, manakala waktu zohor sudah masuk, ada kekurangan yang berlaku iaitu tidak ada orang yang akan tunaikan solat sunat zuhur walaupun ada hadith sahih yang menerangkan bahawa kadangkala nabi solat sunat 4 rakaat sebelum zuhur, adakalanya 2 rakaat.


Pengirim: admin | Totalview: 114 | Type: Berita dan Artikel | 5 years 10 months ago | 21/07/2007 - 7:32am
SIRI PENERANGAN MANHAJ HADITH AL-MUTAQADDIMUN - SIRI 2

Setelah menulis artikel permulaan tentang ciri-ciri manhaj al-Mutaqaddimun dalam kajian hadith, saya cuba sekadar mampu untuk meneruskan lagi siri penerangan tentang manhaj tersebut dengan menyentuh perkara pertama yang perlu difahami bersama. Perkara itu ialah hakikat ‘wujudnya perbezaan di antara manhaj al-Mutaqaddimun dan ulama selepas mereka atau al-Mutaakhirun’.


Pengirim: admin | Totalview: 207 | Type: Berita dan Artikel | 5 years 10 months ago | 26/06/2007 - 9:29pm
CIRI MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN DALAM HADITH

Di celah-celah kehangatan ahli-ahli al-ahkam.net membicarakan isu-isu berkaitan politik, isu semasa dan bidang ilmu Islam yang pelbagai, terdapat sebilangan mereka yang telah berminat membicarakan tentang isu yang telah dibangkitkan oleh beberapa orang moderator al-ahkam.net. Isu tersebut ialah ‘manhaj kajian hadith ulama terdahulu atau al-mutaqaddimun vs manhaj kajian lama terkemudian atau al-mutaakhirun’.


Pengirim: admin | Totalview: 136 | Type: Berita dan Artikel | 5 years 11 months ago | 11/06/2007 - 9:06pm

Pages

May 2013

S M T W T F S
28
29
30
1
2
3
4
 
 
 
 
 
 
 
5
6
7
8
9
10
11
 
 
 
 
 
 
 
12
13
14
15
16
17
18
 
 
 
 
 
19
20
21
22
23
24
25
 
 
 
 
 
 
 
26
27
28
29
30
31
1