August 2004

SJ-06-0006 : berimamkan org solat genap apabila jamak solat

saya ingin bertanya adakah boleh jika kita menyertai jemaah yang bersolat genap? (solat fardhu - zohor asar maghrib isya) apabila kita menjamakkan sembahyang). bagaimana pula dengan menjamakkan solat asar dengan solat jumaat? saya ada mendengar bahawa kedua-dua ini dibolehkan melalui siaran radio tetapi saya inginkan kepastian. jika boleh disertakan dengan dalil naqli daripada hadis atau sebarang fatwa yang sah.

SJ-03-0016 : Soalan Tambahan Bab Bersuci

:salam

Terima kasih Us. Kamin,

Saya ingin sedikit penerangan mengenai jawapan Us. Kamin berkenaan ayat yang berikut:

"Para fuqaha sepakat bahawa menghilangkan najis dengan air, sebab air adalah pokok untuk bersuci. Namun demikian mereka berbeza pendapat tentang menghilangkan najis dengan alat yang lain. Ibn Taimiyah berkata : adapun menghilangkan najis dengan selain dari air terdapat 3 pendapat :-

SJ-05-0022 : mandi wajib dan qadha' solat

:salam

saya dapat ni drp forum tranungkite:

Quote:
Dalam kitab Mazhab Syafie menyebutkan:
Seseorang wanita yang suci haid atau nifasnya dalam waktu asar, wajib ke atasnya qodha sembahyang zuhur. begitu juga mereka yang mulai suci dalam waktu isyak wajib ke atasnya qodha sembahyang maghrib.

Alasannya asar ialah juga waktu bagi zuhur dan isyak juga waktu bagi maghrib ketika uzur. Yakni ketika musafir seseorang tu boleh sembahyang zuhur dalam waktu asar apabila ia jamak ta'khir.

SJ-04-0004 : Mandi Wajib dan HUkum Wudhu

Assalamualaikum,

Dibawah adalah jawapan yang saya perolehi dari archive Al-Ahkam.

Mengikut pendapat dibawah kita tidak perlu mengambil wudhu setelah mandi wajib. Walaubagaimanapun, setelah tata cara yang ke-4 (menyiram air ke kepala), kita menggosok seluruh badan termasuk kemaluan (celah2 kangkangan) dan sehingga selesai tatacara ke-7.

Adakah ini mewajibkan kita mengambil wudhu sekali lagi setelah mandi untuk solat - memandangkan kita dah sentuh kemaluan?

SU-00346 : pasal aqiqah...

assalamualalikum....

saya ade baca buku asa2 fardhu ain karangan arwah ustaz sulaiman endut dan ade kemusykilan ttg bhgn aqiqah...
soalan saya: dalam buku tersebut mengatakan aqiqah boleh dilakukan bila-bila masa sehingga waktu baligh..maknanya lepas baligh takleh la buat aqiqah? dah kalau kita nak buat adakah ia ditukar nama kepada qurban?
minta pihak al ahkam dapat menjawab solan sayer dan minta maaf andainya soalan ini soalan ulangan...ape2 hal terima kasih banyak

SJ-13-0057 : BUAT BAIK BERPADA-PADA

Assalamualaikum...ustaz

Saya nak tanya adakah wujud konsep buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali dalam Islam. Hal ini sedemikian kerana saya melihat kalau kita buat baik sangat kepada seseorang, orang itu akan pijak kepala kita dan ambil kesempatan atas kebaikan kita. Macam mana pula kalau buat baik sangat akan menyusahkan kita atau perjalanan hidup kita akan terganggu? Saya harap ustaz sudi menjawab soalan saya dalam konteks kehidupan masa kini...Inshaallah

wassalam... :)

SJ-12-0033 : Talaq & Ruju'


Assalamualaikum,

Seorang suami telah mengtalaq isterinya di depan kadi di PJ....maka dengan ini talaq telah jatuh.....perkara ini tidak diketahui oleh siisteri...memandangkan surat yang di alamatkan kepada isterinya telah diambil oleh sisuami...panjang skit cerita ..short cut aje....perkara ini berlaku pada mei 2004....

SU-00358 Berlebih dengan Pakaian Solekan

Nak tanya dan nak tau betul-betul ni

mungkin dah ada jawapan ni..mengenai perkara yang diutarakan ni..
tapi pohon jasabaik us untuk mengulas apa yang diperkatakan ini mengikut kehendak syarak..

boleh dikatakan kebanyakan wanita tak kira dah kahwin atau belum apabila keluar rumah akan berhias diri lebih jika dibandingkan bila duduk didalam rumah....mereka akan bergincu bibir pakaian yang menarik.....