Senarai Buku

Displaying 1 - 74 of 74
1

Dari beberapa kitab sirah, saya memilih kitab Nurul Yaqin Fi Sirah Saiyidil Mursalin karangan al-marhum al-Khudari Bek, kerana dalam periwayatan ia berpegang dengan al-Quran dan al-Hadis, popularitinya di kalangan orang awam dan orang khawas..

Total views: 201
2

Baginda s.a.w. merupakan utusan Allah kepada seluruh manusia, yang terakhir dari kalangan para nabi dan imam para rasul. Baginda s.a.w. datang dengan membawa agama Islam, di mana pada hari kiamat Allah tidak akan menerima agama selain Islam.

Total views: 238
3

Baginda s.a.w. masyhur di kalangan kaumnya dengan sifat-sifat terpuji seperti bersifat benar, amanah, santun (hilm), malu dan merendah diri. Sehingga mereka menggelarkannya sebagai al-Amin. Kaum dan keluarganya amat menyintainya. Mereka juga amat menghormatinya.

Total views: 37
4

Ketika usia baginda s.a.w. menghampiri 40 tahun, baginda s.a.w. gemar menjauhkan diri dari orang ramai dan gemar beribadah. Untuk beribadah, baginda memilih tempat di gua Hira’, iaitu gua yang berada di sebuah bukit di jalan Mekah.

Total views: 26
5

Ayahnya: Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qushai bin Kilab. Ibunya: Aminah binti Wahab bin Abdi Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Keturunan ibu dan ayahnya bercantum pada datuknya yang kelima, iaitu Kilab.

Total views: 127
6

Baginda s.a.w. dilahirkan di Mekah pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal, Tahun Tajah. Tahun kelahiran baginda s.a.w. dinamakan dengan nama Tahun Gajah kerana raja Habsyah pada tahun kelahiran baginda s.a.w. telah mengirim tentera ke Mekah untuk meruntuhkan Ka’bah. Terdapat seekor gajah besar di dalam tentera ini. Kemudian Allah Taala memusnahkan tenteraini kerana memuliakan kelahiran baginda s.a.w.

Total views: 109
7

Ibu baginda s.a.w. meninggal dunia ketiga baginda s.a.w. berusia 6 tahun, ketika ibunya pulang dari Madinah. Ibunya pergi ke Madinah bersama datuknya Abdul Mutalib untuk menziarahi kubur ayahnya.

Total views: 105
8

Selepas kematian ibunya, datuknya Abdul Mutalib telah mengambil alih mendidiknya. Beliau sangat menyayangi baginda s.a.w. melebihi anak-anaknya sendiri. Ketika baginda s.a.w. berusia 8 tahun, datuknya telah meninggal dunia, iaitu selepas 2 tahun beliau menanggung baginda s.a.w.

Total views: 74
9

Baginda s.a.w. sejak kecil berkerja sebagai penggembala kambing untuk penduduk Mekah dengan upah yang akan digunakan untuk menyara hidupnya. Ketika baginda s.a.w. berusia 9 tahun, baginda s.a.w. telah bermusafir ke Syam bersama bapa saudaranya Abu Talib dengan barang dagangan.

Total views: 90
10

Selepas baginda s.a.w. kembali dari permusafirannya yang kedua, baginda s.a.w. telah berkahwin dengan saiyidah Khadijah. Beliaulah yang meminang baginda s.a.w. Saiyidah Khadijah ketika itu berusia 40 tahun dan umur baginda s.a.w. 25 tahun. Sebelumnya, saiyidah Khadijah pernah berkahwin dengan Abu Halah. Suaminya meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak lelaki bernama Halah.

Total views: 47
11

Ketika baginda s.a.w. berusia 35 tahun, kaum Quraisy telah meruntuhkan Ka’bah dan memperbaharui pembinaannya. Baginda s.a.w. turut bersama mereka membinanya. Baginda s.a.w. mengangkat batu-batu bersama para pembesar Quraisy. Turut bersamanya ialah bapa saudaranya al-Abbas.

Total views: 23
12

Sayyiduna Muhammad bin Abdullah dan Aminah al-qurasyi ah merupakan nabi yang terakhir, dan utusan Allah kepada seluruh manusia, agar mereka menyembah Allah yang Maha Esa dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu. Baginda s.a.w. telah dilahirkan di Mekah pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal. Ayahnya telah meninggal dunia sebelum kelahirannya dan dikebumikan di Madinah.

Total views: 28
13

Kerana yang demikian itu, saya menamakan kitab ini dengan dua nama, yang pertamanya: (Fathul Qarib al-Mujib – Pembukaan yang Maha Hampir lagi Maha Mengabulkan) syarah lafaz-lafaz al-Taqrib. Yang keduanya: (Al-Qaul al-Mukhtar - Pendapat yang terpilih - syarah Ghayah al-Ikhtishar)

Total views: 152
14

Anas bin Malik berkata: “Rasulullah s.a.w. bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus....

Total views: 714
15

Saib bin Yazid berkata: Makcikku mengajak aku bertemu dengan Rasulullah. Kemudian, makcikku berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anak saudaraku (iaitu as-Sa’ib bin Yazid) sedang sakit.” Rasulullah mengusap kepalaku lalu mendoakan keberkatan untukku. Sesudah itu, Baginda s.a.w. mengambil wuduk, dan aku meminum air bekas wuduknya lalu berdiri di belakang badan Baginda s.a.w.

Total views: 455
16

Anas bin Malik berkata: Rambut Rasulullah mencecah sehingga bahagian tengah kedua-dua telinganya.

Total views: 331
17

Aisyah berkata: Aku pernah menyisir rambut Rasulullah semasa aku sedang haid

Total views: 264
18

Qatadah bertanya kepada Anas bin Malik: Pernahkah Rasulullah mewarnakan rambutnya? Anas bin Malik menjawab, “Baginda tidak pernah melakukannya. Walaupun sudah ada beberapa helai uban di kedua-dua pelipisnya. Namun begitu, Abu Bakar pernah mewarnakan rambutnya dengan inai dan al-katam.

Total views: 284
19

Abu Rimtsah berkata: Aku pergi menemui Rasulullah bersama seorang anakku. Rasulullah bertanya, “Adakah ini anakmu?” Aku menjawab, “Ya, dia benar-benar anakku.”

Total views: 224
20

Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulullah berkata: “Bercelaklah kalian dengan batu celak al-itsmid, kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”

Total views: 377
21

Ummu Salamah berkata: Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah adalah gamis.

Total views: 362
22

Muhammad bin Sirin berkata: Kami bersama Abu Hurairah yang memakai dua lapis pakaian yang diperbuat daripada kain linen yang dicelup dengan tanah liat merah. Abu Hurairah membuang hingusnya pada satu daripada dua lapis pakaiannya itu....

Total views: 247
23

Buraidah berkata: Raja an-Najasyi menghadiahkan sepasang khuf berwarna hitam pekat kepada Rasulullah. Rasulullah memakai kasut itu. Kemudian, Baginda berwuduk dan hanya menyapu air pada kasut itu.

Total views: 281
24

Qatadah pernah bertanya kepada Anas bin Malik: Bagaimanakah bentuk sandal Rasulullah? Anas bin Malik menjawab: Sepasang sandal Baginda mempunyai tali qibal.

Total views: 400
25

Anas bin Malik berkata: Cincin Rasulullah diperbuat daripada perak dan batunya adalah batu hitam Habsyi.

Total views: 337
26

Ali bin Abi Thalib meriwayatkan: Rasulullah pernah memakai cincin di jari tangan kanan Baginda

Total views: 371
27

Anas bin Malik berkata: Hulu pedang Rasulullah diperbuat daripada perak.| Said bin Abul Hasan al-Bashri berkata: Hulu pedang Rasulullah diperbuat daripada perak.

Total views: 303
28

Zubair bin Awwam berkata: Semasa Perang Uhud, Rasulullah memakai dua baju besi. Baginda mahu memanjat sebuah batu besar, namun tidak mampu melakukannya. Lalu, Baginda mendudukkan Thalhah dan memijak belakangnya. Dengan itu, Baginda berjaya memanjat batu besar itu. Kemudian, aku mendengar Rasulullah berkata, “Thalhah mesti masuk syurga!

Total views: 303
29

Anas bin Malik bercerita: Semasa Rasulullah memasuki kota Mekah ketika penaklukan kota itu, Baginda memakai topi besi. Seseorang berkata kepada Baginda, “Ini Ibnu Khathal sedang bersembunyi di dinding Kaabah.” Rasulullah menjawab, “Bunuhlah dia.”

Total views: 240
30

Jabir meriwayatkan: Pada hari penaklukan Kota Mekah, Rasulullah masuk kota itu dengan memakai serban di kepala Baginda.

Total views: 245
31

Abu Musa al-Asy’ari berkata: Aisyah menunjukkan kepada kami sehelai pakaian yang renyuk/bertampal dan kain sarung yang kasar.

Total views: 263
32

Abu Hurairah berkata: Aku tidak pernah melihat perkara lain yang lebih indah daripada Rasulullah, matahari seolah-olah beredar pada wajahnya. Aku juga tidak pernah melihat orang lain yang berjalan lebih cepat daripada Rasulullah, bumi ini seolah-olah dilipat untuknya...

Total views: 284
33

Anas bin Malik berkata: Rasulullah selalu memakai kain kecil penutup kepala. Sehingga pakaiannya kelihatan seperti pakaian penjual minyak.

Total views: 300
34

Qailah binti Makhramah melaporkan: Qailah melihat Rasulullah di dalam masjid. Rasulullah sedang duduk merapatkan kedua-dua peha beliau ke perut beliau. Lalu Qailah berkata, “Apabila aku melihat Rasulullah duduk dengan begitu khusyuk, aku menjadi gementar.”

Total views: 146
35

Jabir bin Samurah berkata: Aku melihat Rasulullah bersandar dengan sisi kiri tubuh Baginda diletakkan pada sebiji bantal.

Total views: 163
36

Anas bin Malik berkata: Semasa Rasulullah sedang sakit, Baginda keluar rumah dengan bersandar kepada Usamah bin Zaid. Baginda memakai kain Qithri yang diselempangkan ke bahunya. Kemudian, Baginda solat berjemaah bersama para sahabat.

Total views: 169
37

Kaab bin Malik berkata: Rasulullah menjilat jari-jari Baginda tiga kali sesudah makan.

Total views: 193
38

Aisyah berkata: Keluarga Rasulullah tidak pernah memakan roti gandum sehingga kenyang selama dua hari berturut-turut, sehingga Baginda wafat.

Total views: 278
39

Aisyah berkata: Rasulullah berkata, “Sebaik-baik lauk adalah cuka (alangkah baiknya lauk cuka).”

Total views: 282
40

Ibnu Mas’ud berkata: Rasulullah menyukai bahagian kaki daging. Seseorang pernah membubuh racun pada bahagian itu. Baginda tahu yang melakukannya adalah kaum Yahudi.

Total views: 185
41

Ibnu Abbas berkata: Rasulullah keluar dari tandas, lalu dihidangkan makanan untuk Baginda. Para sahabat bertanya, “Perlukah kami menyediakan air wuduk untukmu?” Baginda menjawab, “Aku diperintahkan berwuduk semasa hendak solat.”

Total views: 150
42

Abu Ayub al-Anshari berkata: Pada suatu hari, kami berada di rumah Rasulullah. Baginda menghidangkan makanan. Aku belum pernah merasai makanan yang lebih berkat daripada makanan ini, semasa kami mula makan....

Total views: 192
43

Tsabit berkata: Anas bin Malik menunjukkan kepada kami cawan yang diperbuat daripada kayu dan dilapisi besi, kemudian berkata, “Wahai Tsabit, ini adalah cawan Rasulullah."

Total views: 197
44

Abdullah bin Jafar berkata: Rasulullah pernah memakan qitsa (sejenis buah seperti mentimun tetapi ukurannya lebih besar) dengan kurma yang baru masak.

Total views: 266
45

Aisyah berkata: Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah adalah minuman yang manis dan sejuk.

Total views: 146
46

Ibnu Abbas berkata: Rasulullah pemah meminum air zamzam sambil berdiri. | Abdullah bin Amr bin Ash berkata: Aku pemah melihat Rasulullah minum sambil berdiri dan duduk.

Total views: 186
47

Anas bin Malik berkata: Dahulu, Rasulullah memiliki tempat menyimpan minyak wangi untuk Baginda menggunakannya bagi berwangi-wangian.

Total views: 154
48

Aisyah berkata: Rasulullah tidak pernah bercakap dengan laju seperti kamu semua. Beliau selalu bercakap dengan jelas dan terperinci, sehingga orang yang mendengar dapat menghafal apa yang mereka dengar.”

Total views: 312
49

Jabir bin Samurah bercerita: Kedua-dua betis Rasulullah tidak besar dan sesuai dengan bentuk tubuhnya. Beliau tidak tertawa,, cukup sekadar tersenyum. Jika aku memandang Rasulullah, hatiku berkata, ‘Betapa hitam pelupuk mata beliau, padahal beliau tidak bercelak.’

Total views: 181
50

Anas bin Malik berkata: Rasulullah pernah berkata kepada Anas bin Malik, “Wahai pemilik dua telinga.”

Total views: 178
51

Aisyah berkata: (Seseorang bertanya kepada Aisyah) Adakah Rasu­lullah pernah mendendangkan syair? Aisyah menjawab, “Beliau pernah meniru syair Ibnu Rawahah. Syairnya berbunyi, ‘Dan berita-berita akan disampaikan kepadamu oleh orang yang tidak kamu beri bekal."

Total views: 225
52

Aisyah berkata: Pada suatu malam, Rasulullah berbual-bual dengan isteri-isteri Baginda. Seorang daripada mereka berkata, “Perbualan ini seperti perbualan khurafah.” Rasulullah membalas, “Adakah kamu semua tahu apa itu Khurafah?

Total views: 263
53

Bara’ bin Azib berkata: Jika Rasulullah berbaring, Baginda akan meletakkan telapak tangan kanan di bawah pipi kanan Baginda....

Total views: 335
54

Mughirah bin Syu’bah berkata: Rasulullah mendirikan solat sampai kedua-dua kaki Baginda bengkak. Ada yang menegur Baginda, “Mengapakah kamu menyusahkan dirimu sebegitu rupa, padahal Allah sudah mengampunkan kamu daripada segala dosa yang lalu dan yang akan datang?”

Total views: 327
55

Mu’adzah binti Abdullah al-Adawiyah berkata: Aku bertanya kepada Aisyah, “Adakah Rasulullah mendirikan solat dhuha?”Aisyah menjawab, “Ya. Baginda mendirikan solat dhuha sebanyak empat rakaat. Kadang kala, bilangan rakaat ditambah sesuai dengan yang dikehendaki oleh Allah.”

Total views: 234
56

Abdullah bin Saad berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah mengenai solat sunat di rumah dan di masjid. Rasulullah menjawab, “Kamu dapat lihat betapa dekatnya rumahku dengan masjid. Aku lebih suka solat di rumah daripada di masjid, kecuali jika solat fardhu.”

Total views: 201
57

Abdullah bin Syaqiq berkata: Aku bertanya kepada Aisyah perihal puasa Rasulullah. Aisyah berkata, “Rasulullah selalu berpuasa, sehingga kami menyangka Baginda mahu selalu berpuasa. Ada masanya, Rasulullah tidak berpuasa sehingga kami menyangka Baginda tidak mahu selalu berpuasa lagi.

Total views: 190
58

Ya'la bin Mamlak meriwayatkan: Ya’la bertanya kepada Ummu Salamah mengenai cara Rasulullah membaca Quran. Ummu Salamah menjelaskan, Rasulullah membaca Quran dengan jelas, perkataan demi perkataan.

Total views: 242
59

Abdullah asy-Syikhkhir berkata: Aku mengunjungi Rasulullah semasa Baginda sedang solat. Pada masa itu, terdengar tangisan Baginda yang berbunyi seperti air sedang menggelegak.

Total views: 156
60

Aisyah berkata: Sesungguhnya alas tidur Rasulullah adalah terbuat daripada kulit yang isi di dalamnya rumput kering.

Total views: 188
61

Umar bin Khattab berkata: Rasulullah berpesan, “Janganlah kamu semua melampaui batas semasa memujiku, sebagaimana orang Nasrani melampaui batas memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, oleh itu katakanlah aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.”

Total views: 228
62

Kharijah bin Zaid bin Tsabit berkata: Sekumpulan orang datang ke rumah Zaid bin Tsabit lalu berkata, “Ceritakanlah kepada kami hadis-hadis Rasulullah!” Zaid menjawab, “Apa yang patut aku ceritakan? Aku adalah orang yang hampir dengan Rasulullah, sehingga apabila wahyu turun kepada Baginda,...

Total views: 271
63

Abu Sa'id al-Khudri berkata: Rasulullah adalah seorang yang lebih pemalu daripada gadis perawan di kamar hiasnya. Apabila Baginda tidak menyukai sesuatu, kami akan dapat melihat daripada riak wajah Baginda

Total views: 173
64

Anas bin Malik ditanya mengenai upah berbekam. Anas berkata: Rasulullah pernah berbekam dengan Abu Thaibah. Sesudah itu, Baginda memerintahkan supaya memberi Abu Thaibah dua sha’ makanan.

Total views: 173
65

Jubair bin Muth’im berkata: Rasulullah berkata, “Aku memiliki beberapa nama. Aku adalah Muhammad. Aku adalah Ahmad. Aku adalah al-Mahi yang dicipta oleh Allah bagi menghapus kekufuran. Aku adalah al-Hasyir (yang mengumpulkan) kerana umat manusia dikumpulkan mengikut jejakku...

Total views: 183
66

Nu’man bin Basyir berkata: Bukankah kamu semua dapat makan dan minum dengan sesuka hati? Aku pernah melihat Rasulullah tidak mempunyai apa pun buat mengisi perutnya, termasuklah kurma yang kering.

Total views: 416
67

Ibnu Abbas berkata: Rasulullah menetap di Mekah selama tiga belas tahun dan wahyu diturunkan kepada Baginda. Baginda menetap di Madinah selama sepuluh tahun. Baginda wafat ketika berusia enam puluh tiga tahun.

Total views: 278
68

Anas bin Malik berkata: Kali terakhir aku melihat Rasulullah adalah ketika Baginda menyingkap kain tabir (rumah Baginda) pada hari lsnin. Aku memandang wajah Baginda seperti lembaran mushaf....

Total views: 342
69

Amru bin al-Harits berkata: Rasulullah tidak meninggalkan apa-apa kecuali senjata perang Baginda, baghal dan sebidang tanah yang Baginda jadikan sebagai sedekah.

Total views: 371
70

Abdullah bin Mas’ud berkata: Rasulullah berkata, “Sesiapa yang dapat melihatku dalam tidurnya, sebenamya dia memang sudah melihatku. Sebab syaitan tidak dapat menyerupa dengan rupaku.”

Total views: 339
71

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya.

Total views: 180,279
72

Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun di antara kami yang mengenalnya.

Total views: 8,938
73

Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Islam dibangun di atas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada ilah selain Allah dan bahwa nabi Muhammad utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan.

Total views: 10,587
74

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata: Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan: Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setetes mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setetes darah selama empat puluh hari,...

Total views: 5,114