01. Fathul Qorib - Mukadimah

Primary tabs

FATHUL QORIB AL-MUJIB

فتح القريب المجيب

Oleh Imam Muhammad bin Qasim al-Ghazzi | Terjemahan Zainudin Yusro

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

 01. Telah berkata Syeikh al-imam yang alim lagi tersangat alim matahari agama Abu Abdillah Muhammad bin Qasim al-Syafi’I, semoga Allah melimpahkannya dengan rahmatNya dan keredhaanNya Aamiin!

02. Segala puji itu milik Allah Ku ucapkan pujian ini / alhamdulillah (الحمد لله) kerana mengharapkan keberkatan dengan apa yang telah Allah mulai sebagai pembuka al-Kitab (al-Quran) Kerana alhamdulilah merupakan permulaan setiap urusan penting, penutup setiap doa dikabulkan, kesudahan.

03. Saya memujiNya kerana memberi pertolongan orang-orang yang dikehendaki dari kalangan hamba-hambanya yang berusaha bersungguh memahami di dalam agamanya sesuai dengan kehendakNya.

04. Saya mengucap selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhlukNya, iaitu Muhammad, penghulu para rasul yang pernah bersabda: Barangsiapa yang Allah mengkehendakinya kebaikan yang sempurna, nescaya Dia akan menjadikannya faham di dalam agama. Dan ke atas kaum keluarganya dan para sahabatnya selama masih ingat orang-orang yang ingat dan lalai orang-orang yang lalai.

05. Adapun selepas itu, ini adalah sebuah kitab yang sangat ringkas dan tahzib/tersaring.

06. Saya mengarangnya untuk mensyarahkan atas kitab yang diberi nama al-Taqrib supaya dapat diambil manfaatnya oleh mereka yang memerlukan dari kalangan yang baru belajar cabang-cabang syariah dan agama. Semoga ia dapat menjadi wasilah kelepasan saya pada hari pembalasan.

07. Dan supaya dapat memberi manfaat kepada hamba-hambaNya yang muslim. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Yang Maha Hampir lagi Maha Mengabulkan doa. Barangsiapa mahu menuju kepadaNya, dia tidak akan rugi. (Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka).

08. Ketahuilah! Bahawasanya terdapat di dalam sebahagian naskhah kitab ini bukan dalam mukadimahnya, adakalanya disebutkan dengan al-Taqrib dan adakalanya dengan Ghayatul Ikhtishar.

09. Kerana yang demikian itu, saya menamakan kitab ini dengan dua nama, yang pertamanya: (Fathul Qarib al-Mujib – Pembukaan yang Maha Hampir lagi Maha Mengabulkan) syarah lafaz-lafaz al-Taqrib. Yang keduanya: (Al-Qaul al-Mukhtar - Pendapat yang terpilih - syarah Ghayah al-Ikhtishar)

10. Al-Syeikh al-Imam Abu al-Tayib, yang masyhur juga dengan Abu Syujak Cahaya agama Ahmad bin al-Husain bin Ahmad al-Asfahani semoga Allah menyirami pusaranya dengan siraman rahmah dan keredhaan, serta menempatkannya di tempat tertinggi di dalam syurga al-Firdaus.

11. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani saya memulakan kitab saya ini.

Lafaz (Allah) adalah zat yang wajib wujud. Lafaz al-Rahman itu lebih tinggi/luas maksudnya daripada lafaz al-Rahim.

12. Segala puji bagi Allah: Ia adalah kata pujian yang indah kepada Allah untuk mengagungkan.

13. Lafaz Rabb bermaksud yang menguasai.

14. Al-Alamin: Dengan fathah lam, seperti kata Ibnu Malik ia adalah kata nama jamak khas untuk yang berakal bukan jamak. Mufradnya adalah alam dengan fathah lam. Ia isim jamak kerana ia isim yang meliputi umum selain Allah Taala. Dan jamaknya khas untuk yang berakal.

15. Selawat dan salam atas saidina Muhammad Nabi. Lafaz nabi dengan hamzah atau tidak ialah manusia yang diberikan wahyu kepadanya dengan syariat untuk diamalkan, sekalipun tidak diperintahkan untuk disampaikan. Jika diperintahkan untuk menyampaikan, maka dia adalah nabi dan rasul juga.

16. Maksudnya (selawat) semoga Allah menimbulkan rahmat dan kesejahteraan ke atasnya.

17. Lafaz Muhammad adalah isim alam yang dipindahkan dari isim maf’ul berganda ain.

18. Lafaz nabi adalah badal daripadanya atau athof bayan.

19. Dan ke atas kaum keluarganya yang suci. Menurut al-Syafi’I, mereka ialah kaum kerabatnya yang mukmin dari bani Hashim dan bani Mutalib. Menurut satu pendapat, dan ia dipilih oleh imam al-Nawawi: Mereka ialah seluruh orang Islam.

20. Kata al-tahirin diambil dari firman Allah Taala: “dan Dia membersihkan kalian dengan sebenar-benarnya..”

21. Dan ke atas para sahabatnya. Ia adalah jamak sahib al-nabi.

22. Perkataannya: Ajma’in merupakan taukid untuk sahabatih.

23. Kemudian pengarang menyatakan bahawa beliau telah diminta untuk mengarang ringkasan ini dengan katanya: Sebahagian teman-teman telah meminta saya. Asdiqa’ adalah jamak sadiq.

24. Perkataan pengarang: Semoga Allah memelihara mereka adalah kata-kata doa.

25. Agar saya dapat membuat satu ringkasan, iaitu yang sedikit lafaznya tetapi luas maknanya.

26. Di dalam ilmu fiqh. Ia menurut bahasa bermakna faham. Menurut istilah ilmu tentang hukum hakam syarak yang berkaitan dengan amali yang diambil dari dalil-dalilnya yang terperinci.

27. Atas mazhab al-imam yang agung, mujtahid, pembela sunnah dan agama, Abu Abdulllah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Utsman bin Syafi’.

28. Al-Syafi’i. Beliau lahir di Gaza pada tahun 150 Hijrah dan mati (semoga melimpah rahmat dan keredhaan atasnya) pada hari Jumaat akhir hari bulan Rajab tahun 204 Hijrah.

29. Pengarang menyifatkan ringkasannya ini dengan beberapa sifat. Antaranya ialah paling ringkas dan padat.

30. Kata ghoyah dan nihayat maksudnya hampir serupa. Begitu juga dengan ikhtishar dan ijaz.

31. Sebahagian darinya ialah memudahkah pelajar cabang-cabang agama untuk mempelajarinya dan memudahkan pelajar baru untuk menghafaznya. Iaitu mengingatinya di luar kepada untuk mereka yang mahu menghafaz ringkasan kitab fiqh.

32. Sebahagian sahabat juga meminta saya memperbanyakkan di dalam ringkasan ini pembahagian-pembahagian hukum-hakam fiqh dan menetapkan bilangan-bilangan yang wajib, sunnah dan sebagainya.

33. Dan meringkaskan perbahasan-perbahasan yang wajib, mandub dan selain keduanya.

34. Saya menunaikan permintaannya untuk membuatnya dengan mengharapkan pahala dari Allah Taala sebagai balasan atas penulisan ringkasan ini.

35. Dengan mengharapkan kepada Allah swt pada pertolongannya daripada kelebihanNya atas kesempurnaan ringkasan ini.

36. Dan pertolongan untuk kebenaran. Ia merupakan lawan kepada salah/silap.

37. Sesungguhnya Allah Taala Maha berkuasa atas apa yang Dia kehendaki dan Maha Lembut terhadap hamba-hambaNy, lagi Maha Mengetahui terhadap keadaan hamba-hambaNya.

38. Yang pertama adalah petikan dari firman Allah Taala: Allah Maha Lembut terhadap hamb-hambaNya.

39. Yang kedua adalah petikan dari firman Allah Taala: Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

40. Lafaz al-Lathif dan al-Khabir adalah dua nama dan nama-nama Allah Taala. Makna yang pertama yang  Maha mengetahui suatu perkara dengan terperinci dan masalah-masalahnya.

41. Diberi juga dengan makna yang berbelas kasihan terhadap hamba-hambaNya.

42. Maka Allah mengetahui terhadap hamba-hambaNya dan berbelas kasihan pada tempat keperluan mereka.

43. Makna yang pertama itu lebih hampir daripada makna yang pertama.

44. Dikatakan: Saya telah mengerti sesuatu, saya sedang mengerti mengenainya, maka saya orang yang sangat mengerti tentangnya, iaitu mengetahui.