Nota: Syarah Sahih Muslim: Bab: Pengharaman Khamar - (Keunikan Pendapat Imam Abu Hanifah)

Sahih Muslim 27/05/2009 - Pengharaman Khamar/arak: Keunikan Pendapat Imam Abu Hanifah

Red Wine Making - Crush to Barrel + Bottling

Oleh zain-ys (al-ahkam.net)
(Nota ini berdasarkan kuliah Maulana Mohd Asri Yusoff SM-270509)

Imam Abu Hanifah tidak memasukkan apa sahaja minuman yang memabukkan ke dalam kategori khamar. Ini tidak sebagaimana jumhur ulama yang mengatakan apa sahaja minuman yang memabukkan adalah khamar. Untuk mengatakan sesuatu itu khamar atau tidak, Imam Abu Hanifah membataskan beberapa bahan sahaja. Dan ada sebahagian bahan yang perlu dilihat pula cara pemerosesannya atau pembuatannya.

Ijtihad ini nanti akan mempengaruhi beberapa hal, antaranya ialah haram atau tidak meminumnya sedikit atau banyak. Apakah peminumnya akan dikenakan hukuman had ataupun tidak. Apakah alkohol yang terhasil itu najis ataupun tidak.

Sila ikuti catatan ringkas saya dan tonton sekali syarahnya oleh Maulana Mohd Asri Yusof.



Durasi 00:00:00 Ringkasan penjelasan Imam al-Nawawi mengenai perselisihan ulama mengenai takrifan khamar.

Durasi
00:03:01 Ikhtilaf fuqaha dalam hukum minuman (Ulasan kitab Takmilah Fathul Mulhim Juz. 3 (9) hal. 498) [Anda boleh dapatkan juz 3 kitab ini di sini...]

Selepas mereka berijmak akan keharaman khamar, mereka berselisih pendapat pula tentang perincian hukum-hakam khamar atas tiga pendapat:
Pendapat 1: Pendapat tiga imam: Malik, Al-Syafi'i, Ahmad, satu pendapat Muhamad bin al-Hasan dari kalangan Hanafiah dan jumhur ulama: Bahawa semua jenis minuman yang memabukkan dinamakan sebagai khamar. Ia haram hukumnya, samada sedikit ataupun banyak serta dihukum had/hudud ke atas peminumnya, samada dia meminumnya sampai ke tahap memabukkan ataupun kurang dari itu. Semuanya itu adalah najis dan tidak boleh menjualnya.

Durasi 00:09:04 Pendapat 2: Pendapat Rabi'ah dan Daud: Minuman berkenaan semuanya diharamkan meminumnya tetapi ia tidak najis.

Durasi
00:10:26 Pendapat 3: Pendapat Abu Hanifah, Abu Yusof, Ibrahim al-Nakha'i dan sebahagian ulama Basrah. Mereka membahagikan minuman itu kepada beberapa jenis:
Pertama: Perahan anggur mentah (yang tidak dimasak) apabila ia menggelegak, membuak dan berbuih (akibat dibiarkan atau diperam).
Inilah dia hakikat sebenar khamar, di mana tiada kesamarannya ia sebagai khamar. Ia diharamkan samada sedikit ataupun banyak dan dikenakan hukuman had/hudud dengan semata-mata meminumnya sekalipun setitik. Ia juga adalah najis ain serta tidak boleh dijual-beli.



Durasi
00:14:46 Kedua: Tiga jenis minuman yang diharamkan, iaitu:
a) Thila': Iaitu perahan anggur apabila ia dimasak sehingga berkurangan daripadanya kurang dari sepertiganya.
b) Naqi' Tamar: Dinamakan juga sebagai sakar. Ia adalah rendaman air tamar mentah.
c) Naqi' zabib: Iaitu air mentah yang diletakkan zabib/anggur kering beberapa hari sehingga menggelegak, membuak dan berbuih.



Durasi
00:17:42 Minuman di atas adalah khamar menurut pendapat sahih Abu Hanifah. Maka yang demikian itu ia adalah haram dan najis, haram diminum samada sedikit ataupun banyak, Namun, keadudukannya sebagai khamar tidaklah qaht'i/putus sebagaimana minuman dari jenis yang pertama. Kerana di sana terdapat beberapa kesamaran atau syubhat terhadap status sebagai khamar. Gugur hukuman had/hudud ke atas peminumnya kerana kesamaran itu. Peminumnya hanya akan dikenakan hukuman had jika dia mabuk selepas meminumnya. Dan boleh dijual. Ini berbeza dengan pendapat dua anak muridnya.



Durasi 00:25:31 Ketiga: Minuman-minuman lain yang memabukkan selain dari empat perkara di atas, seperti perahan tamar atau perahan anggur kering yang dimasak walaupun cuma sebentar. Atau perahan anggur yang dimasak sehingga hilang dua pertiganya.  Begitu juga dengan madu, tin, gandum, barli dan bijiran yang lain.

Air dari bahagian ini di sisi Abu Hanifah dan Abu Yusof rhm: Tidak haram meminumnya sedikit jika tidak memabukkan. Haram jika minum dalam kadar yang memabukkan.



Durasi 00:33:09 Dalil Imam Abu Hanifah. Sila rujuk kitab Takmilah Fathul Mulhim Bi Syarhi Sahihi Muslim, juz 3, hal. 500


Di bawah ini adalah video kuliah Maulana Mohd Asri Yusoff dan video berikutnya adalah video proses pembikinan arak dari perahan anggur:

 

Kategori Berita: