Ada bezakah antara tunjuk perasaan dan rusuhan?

Primary tabs

Demonstrasi: Aman dan teraturTunjuk perasaan
Tunjuk perasaan atau demonstrasi ialah perbuatan menyatakan bantahan beramai-ramai secara aman. Bentuk-bentuk tunjuk perasaan termasuklah perhimpunan dan perarakan. [wikipedia.org]

Rusuhan
Rusuhan adalah satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak teratur dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan keganasan, laku musnah atau jenayah lain. Sementara seseorang individu mungkin cuba memimpin atau mengawal rusuhan, rusuhan selalunya kucar-kacir dan tidak teratur.

Rusuhan: Tidak aman dan kacau bilauRusuhan biasanya berlaku sebagai reaksi kepada kesedihan tertentu atau rasa tidak puas hati. Sepanjang sejarah, rusuhan berlaku kerana keadaan kerja serta taraf hidup yang teruk, penentangan terhadap kerajaan, penentangan terhadap cukai, konklik antara kaum atau agama, ataupun setelah kekalahan sesebuah pasukan di sesuatu acara sukan terutamanya bola sepak.

Rusuhan lazimnya melibatkan vandalisme serta kemusnahan harta awam dan persendirian. Harta spesifik yang disasarkan bergantung kepada punca rusuhan serta pihak yang terlibat. Sasaran termasuklah kedai, kereta, restoran, institusi milik kerajaan, serta rumah ibadat.

Dalam sukan juga, rusuhan boleh juga berlaku, terutamanya sukan bola sepak. Perusuh bola sepak, juga dikenali sebagai samseng bola sepak atau hooligan, sering merusuh serta melakukan kekacauan sekiranya pasukan yang mereka minati itu kalah dalam bola sepak. Gejala samseng bola sepak sering menjadi ancaman terhadap sukan bola sepak di Eropah terutama di England, Perancis, Poland dan Jerman. [wikipedia.org]