Al-Syama'il: Bab 54. Kewafatan Rasulullah (14 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

54

Kewafatan Rasulullah (14 Hadis)

بَابُ: مَا جَاءَ فِي وَفَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

386

1. Anas bin Malik berkata:

Kali terakhir aku melihat Rasulullah adalah ketika Baginda menyingkap kain tabir (rumah Baginda) pada hari lsnin. Aku memandang wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Pada waktu itu, Abu Bakar menjadi imam solat dan memberi isyarat kepada makmum supaya tidak bergerak dari tempat mereka dan menyingkap kain tabir (rumah Rasulullah). Rasulullah wafat pada penghujung hari itu. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «آخِرُ نَظْرَةٍ نَظَرْتُهَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَشْفُ السِّتَارَةِ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ، فَنَظَرْتُ إِلَى وَجْهِهِ كَأَنَّهُ وَرَقَةُ مُصْحَفٍ وَالنَّاسُ خَلْفَ أَبِي بَكْرٍ، فَأَشَارَ إِلَى النَّاسِ أَنِ اثْبُتُوا، وَأَبُو بَكْرٍ يَؤُمُّهُمْ وَأَلْقَى السِّجْفَ، وَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ آخِرِ ذَلِكَ الْيَوْمِ»

387

2. Aisyah berkata:

Aku menyandarkan Rasulullah ke dadaku (atau Aisyah berkata: ke pangkuanku). Baginda meminta diambilkan bekas bagi buang air kecil. Baginda berhadas kecil dan sesudah itu Baginda wafat. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: " كُنْتُ مُسْنِدَةً النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى صَدْرِي - أَوْ قَالَتْ: إِلَى حِجْرِي - فَدَعَا بِطَسْتٍ لِيَبُولَ فِيهِ، ثُمَّ بِالَ، فَمَاتَ"

388

3. Aisyah berkata:

Aku melihat Rasulullah semasa Baginda bersiap menghadapi kematian. Di sisi Baginda ada bekas berisi air. Baginda memasukkan tangan ke dalam bekas air itu dan mengusap wajah Baginda dengan air sambil berdoa, “Ya Allah, bantulah aku menghadapi dahsyatnya sengsara kematian.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ بِالْمَوْتِ وَعِنْدَهُ قَدَحٌ فِيهِ مَاءٌ، وَهُوَ يُدْخِلُ يَدَهُ فِي الْقَدَحِ ثُمَّ يَمْسَحُ وَجْهَهُ بِالْمَاءِ، ثُمَّ يَقُولُ: «اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى مُنْكَرَاتِ - أَوْ قَالَ عَلَى سَكَرَاتِ - الْمَوْتِ»

389

4. Aisyah berkata:

Aku tidak cemburu melihat seseorang menghadapi kematian dengan ringan, selepas aku melihat dahsyatnya kematian Rasulullah. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi dan Nasa’i)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «لَا أَغْبِطُ أَحَدًا بَهَوْنِ مَوْتٍ بَعْدَ الَّذِي رَأَيْتُ مِنْ شِدَّةِ مَوْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»

390

5. Aisyah berkata:

Semasa Rasulullah dicabut nyawa, para sahabat berselisih pendapat mengenai pengebumian Baginda. Akhirnya, Abu Bakar berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah berkata, Allah tidak mencabut nyawa seorang nabi kecuali di tempat yang Baginda sukai sebagai tempat dikuburkan.’ Oleh itu, kuburkanlah Rasulullah di tempat letaknya alas tidur Baginda.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: لَمَّا قُبِضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْتَلَفُوا فِي دَفْنِهِ، فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا مَا نَسِيتُهُ قَالَ: «مَا قَبَضَ اللَّهُ نَبِيًّا إِلَا فِي الْمَوْضِعِ الَّذِي يُحِبُّ أَنْ يُدْفَنَ فِيهِ» . ادْفِنُوهُ فِي مَوْضِعِ فِرَاشِهِ

391

6. Ibnu Abbas dan Aisyah berkata:

Abu Bakar mencium Rasulullah selepas Baginda wafat. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، وَعَائِشَةَ، أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، «قَبَّلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ مَا مَاتَ»

392

7. Aisyah meriwayatkan:

Abu Bakar masuk ke kamar Rasulullah selepas Baginda wafat dan meletakkan mulutnya di antara kedua-dua kening Rasulullah dan kedua-dua tangannya di lengan Rasulullah. Abu Bakar berbisik dengan tenang, “Aduhai Nabi-Nya, aduhai makhluk pilihanNya, aduhai kekasihNya!” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، دَخَلَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ وَفَاتِهِ فَوَضَعَ فَمَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَوَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى سَاعِدَيْهِ، وَقَالَ: «وَانَبِيَّاهُ، وَاصَفِيَّاهُ، وَاخَلِيلَاهُ»

393

8. Anas bin Malik berkata:

Pada hari Rasulullah memasuki Madinah, seluruh kota itu menjadi terang. Pada hari Rasulullah wafat, seluruh kota itu menjadi suram. Dan kami tidak akan membersihkan tangan kami daripada debu kubur Rasulullah, dari saat kami menguburkan Baginda sehingga kami mengingkari hati kami. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ أَنَسٍ قَالَ: «لَمَّا كَانَ الْيَوْمُ الَّذِي دَخَلَ فِيهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ أَضَاءَ مِنْهَا كُلُّ شَيْءٍ، فَلَمَّا كَانَ الْيَوْمُ الَّذِي مَاتَ فِيهِ أَظْلَمَ مِنْهَا كُلُّ شَيْءٍ، وَمَا نَفَضْنَا أَيْدِيَنَا مِنَ التُّرَابِ، وَإِنَا لَفِي دَفْنِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى أَنْكَرْنَا قُلُوبَنَا»

394

9. Aisyah berkata:

Rasulullah wafat pada hari Isnin. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ»

395

10. Muhammad al-Baqir bin Ali Zainul Abidin bin Husain berkata:

Nyawa Rasulullah dicabut pada hari Isnin. Jenazahnya didiamkan pada hari yang sama sehingga malam Selasa dan dikebumikan pada hari berikutnya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: «قُبِضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ فَمَكَثَ ذَلِكَ الْيَوْمَ وَلَيْلَةَ الثُّلَاثَاءِ، وَدُفِنَ مِنَ اللَّيْلِ» وَقَالَ سُفْيَانُ: " وَقَالَ غَيْرُهُ: يُسْمَعُ صَوْتُ الْمَسَاحِي مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ "

396

11. Abu Salamah bin Abdurrahman bin Auf berkata:

Rasulullah wafat pada hari Isnin dan dikebumikan pada hari Selasa. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ، قَالَ: «تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ، وَدُفِنَ يَوْمَ الثُّلَاثَاءِ» قَالَ أَبُو عِيسَى: «هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ»

397

12. Salim bin Ubaid berkata:

Rasulullah pengsan semasa Baginda sakit. Apabila tersedar, Baginda bertanya, “Adakah sudah masuk waktu solat?” Para sahabat menjawab, “Ya.” Rasulullah berkata lagi, “Perintahkan Bilal laungkan azan dan minta Abu Bakar menjadi imam solat.”

 

Selepas itu, Rasulullah pengsan. Apabila tersedar, Baginda bertanya, “Adakah sudah masuk waktu solat?” Para sahabat menjawab, “Ya.” Rasulullah ber­kata, “Perintahkan Bilal laungkan azan dan minta Abu Bakar menjadi imam solat.” Aisyah berkata, “Ayahku adalah seorang yang mudah sedih. Apabila beliau menggantikan tempatmu menjadi imam, beliau akan menangis, sehingga tidak mampu. (Adalah lebih baik) jika kamu perintahkan orang lain (menjadi imam).”

 

Kemudian, Rasulullah pengsan lagi. Apabila tersedar, Baginda berkata, “Perintahkan Bilal melaungkan azan dan minta Abu Bakar menjadi imam solat. Kalian ini seperti wanita dalam kisah Yusuf.” Dengan itu, Bilal diperintahkan melaungkan azan dan Abu Bakar dipanggil menjadi imam solat. Selepas itu, Rasulull­ah merasakan sakitnya lebih ringan. Baginda berkata, “Carikan seseorang untuk aku bersandar padanya.” Kemudian, datang Barirah bersama seorang yang lain. Rasulullah pun bersandar kepada mereka berdua. Apabila Abu Bakar melihat keadaan Rasulullah begitu, beliau mahu berpatah balik ke belakang, namun Rasulullah memberi isyarat supaya Abu Bakar tidak berganjak dari tempatnya, sehingga Abu Bakar selesai bersolat.

 

Selepas itu, nyawa Rasulullah dicabut. Namun, Umar berkata, “Demi Allah! Aku tidak mahu mendengar sesiapa pun berkata Rasulullah sudah meninggal dunia. Jika ada, aku akan penggal kepala orang itu dengan pedangku ini.”

Ketika itu, orang yang ada di situ tidak tahu mahu berbuat apa kerana mereka tidak mempunyai nabi sebelum Rasulullah. Mereka berkata, “Wahai Salim! Pergilah bertemu dengan sahabat Rasulullah dan panggil beliau ke sini.”Aku pun pergi bertemu dengan Abu Bakar yang ketika itu berada di masjid. Aku menangis kebingungan. Ketika Abu Bakar memandangku, beliau bertanya, “Adakah Rasulullah sudah meninggal dunia?” Aku menjawab, “Umar telah berkata, ‘ Aku tidak mahu mendengar sesiapa pun berkata Rasulullah sudah meninggal dunia. Jika ada, aku akan penggal kepala orang itu dengan pedangku ini.’” Mendengarnya, Abu Bakar berkata, “Mari kita pergi.” Aku pun berangkat bersama Abu Bakar. Ketika Abu Bakar tiba, banyak orang yang sudah masuk ke kamar Rasulullah. Abu Bakar berkata, “Wahai manusia! Beri aku ruang laluan.” Orang yang ada di situ memberi laluan untuknya. Abu Bakar mendekati jenazah Rasulullah lalu membaca, “Sesungguhnya engkau wahai Muhammad akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati.” [Surah az-Zumar, ayat 30]

 

Kemudian, orang yang ada di situ berkata, “Wahai sahabat Rasulullah! Adakah nyawa Rasulullah sudah dicabut?” Aku Bakar menjawab, “Ya!” Mereka yakin Abu Bakar berkata benar. Seterusnya, orang ramai bertanya, “Wahai sahabat Rasulullah! Adakah jenazah Rasulullah disembahyangkan?” Abu Bakar menjawab, “Ya!” Mereka bertanya lagi, “Bagaimanakah caranya?” Abu Bakar menjawab, “Sekumpulan kamu masuk lalu bertakbir, dirikan solat jenazah, berdoa dan kemudian keluar. Selepas itu, masuk sekumpulan yang lain lalu bertakbir, solat jenazah, berdoa dan keluar. Begitulah sehingga semua orang sudah masuk.”

 

Orang ramai bertanya lagi, “Wahai sahabat Rasulullah! Adakah jenazah Rasulullah dikebumikan?” Abu Bakar menjawab, “Ya!” Mereka bertanya, “Di manakah?” Abu Bakar menjawab, “Di tempat di mana Allah mencabut nyawa Baginda. Sebabnya, Allah tidak mencabut nyawa Rasulullah kecuali di tempat yang baik.” Mereka yakin Abu Bakar berkata benar. Selepas itu, Abu Bakar menyuruh orang ramai yang ada di situ menyiapkan kabilah ayah Rasulullah buat memandikan Baginda.

 

Selepas itu, kaum Muhajirin bermesyuarat. Mereka berkata, “Mari kita semua pergi bertemu dengan saudara kita kaum Ansar. Kita ajak mereka bersama- sama berbincang masalah ini. Lalu, seorang daripada kaum Ansar berkata, “Daripada kalangan kami seorang pemimpin, daripada kalangan kalian seorang pemimpin.” Umar terus membalas, “Siapa yang memiliki tiga keutamaan ini, (Umar membaca ayat 40 surah at-Taubah yang bermaksud) ...dia seorang daripada dua orang semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya, ‘Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama-sama kita...’ Siapakah dua orang itu dalam ayat ini?” Selepas itu, Umar menghulurkan tangan lalu membai’at Abu Bakar. Orang ramai di situ turut membai’at beliau dengan bai’at yang indah.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

عَنْ سَالِمِ بْنِ عُبَيْدٍ، وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ قَالَ: أُغْمِيَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَرَضِهِ فَأَفَاقَ، فَقَالَ: «حَضَرَتِ الصَّلَاةُ» ؟ فَقَالُوا: نَعَمْ. فَقَالَ: «مُرُوا بِلَالًا فَلْيُؤَذِّنْ، وَمُرُوا أَبَا بَكْرٍ أَنْ يُصَلِّيَ للنَّاسِ» - أَوْ قَالَ: بِالنَّاسِ - قَالَ: ثُمَّ أُغْمِيَ عَلَيْهِ، فَأَفَاقَ، فَقَالَ: «حَضَرَتِ الصَّلَاةُ؟» فَقَالُوا: نَعَمْ. فَقَالَ: «مُرُوا بِلَالًا فَلْيُؤَذِّنْ، وَمُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ» ، فَقَالَتْ عَائِشَةُ: إِنَّ أَبِي رَجُلٌ أَسِيفٌ، إِذَا قَامَ ذَلِكَ الْمَقَامَ بَكَى فَلَا يَسْتَطِيعُ، فَلَوْ أَمَرْتَ غَيْرَهُ قَالَ: ثُمَّ أُغْمِيَ عَلَيْهِ فَأَفَاقَ فَقَالَ: «مُرُوا بِلَالًا فَلْيُؤَذِّنْ، وَمُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ، فَإِنَّكُنَّ صَوَاحِبُ أَوْ صَوَاحِبَاتُ يُوسُفَ» قَالَ: فَأُمِرَ بِلَالٌ فَأَذَّنَ، وَأُمِرَ أَبُو بَكْرٍ فَصَلَّى بِالنَّاسِ، ثُمَّ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَدَ خِفَّةً، فَقَالَ: «انْظُرُوا لِي مَنْ أَتَّكِئِ عَلَيْهِ» ، فَجَاءَتْ بَرِيرَةُ وَرَجُلٌ آخَرُ، فَاتَّكَأَ عَلَيْهِمَا فَلَمَّا رَآهُ أَبُو بَكْرٍ ذَهَبَ لِينْكُصَ فَأَوْمَأَ إِلَيْهِ أَنْ يَثْبُتَ مَكَانَهُ، حَتَّى قَضَى أَبُو بَكْرٍ صَلَاتَهُ، ثُمَّ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُبِضَ، فَقَالَ عُمَرُ: وَاللَّهِ لَا أَسْمَعُ أَحَدًا يَذْكُرُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُبِضَ إِلَا ضَرَبْتُهُ بِسَيْفِي هَذَا قَالَ: وَكَانَ النَّاسُ أُمِّيِّينَ لَمْ يَكُنْ فِيهِمْ نَبِيٌّ قَبْلَهُ، فَأَمْسَكَ النَّاسُ، فَقَالُوا: يَا سَالِمُ، انْطَلِقْ إِلَى صَاحِبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَادْعُهُ، فَأَتَيْتُ أَبَا بَكْرٍ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ فَأَتَيْتُهُ أَبْكِي دَهِشًا، فَلَمَّا رَآنِي قَالَ: أَقُبِضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قُلْتُ: إِنَّ عُمَرَ يَقُولُ: لَا أَسْمَعُ أَحَدًا يَذْكُرُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُبِضَ إِلَا ضَرَبْتُهُ بِسَيْفِي هَذَا، فَقَالَ لِي: انْطَلِقْ، فَانْطَلَقْتُ مَعَهُ، فَجَاءَ هُوَ وَالنَّاسُ قَدْ دَخَلُوا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ، أَفْرِجُوا لِي، فَأَفْرَجُوا لَهُ فَجَاءَ حَتَّى أَكَبَّ عَلَيْهِ وَمَسَّهُ، فَقَالَ: {إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ} [الزمر: 30] ثُمَّ قَالُوا: يَا صَاحِبَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَقُبِضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: نَعَمْ، فَعَلِمُوا أَنْ قَدْ صَدَقَ، قَالُوا: يَا صَاحِبَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَيُصَلَّى عَلَى رَسُولِ اللَّهِ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالُوا: وَكَيْفَ؟ قَالَ: يَدْخُلُ قَوْمٌ فَيُكَبِّرُونَ وَيُصَلُّونَ وَيَدْعُونَ، ثُمَّ يَخْرُجُونَ، ثُمَّ يَدْخُلُ قَوْمٌ فَيُكَبِّرُونَ وَيُصَلُّونَ وَيَدْعُونَ، ثُمَّ يَخْرُجُونَ، حَتَّى يَدْخُلَ النَّاسُ، قَالُوا: يَا صَاحِبَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَيُدْفَنُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالُوا: أَينَ؟ قَالَ: فِي الْمكَانِ الَّذِي قَبَضَ اللَّهُ فِيهِ رُوحَهُ، فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَقْبِضْ رُوحَهُ إِلَا فِي مَكَانٍ طَيِّبٍ. فَعَلِمُوا أَنْ قَدْ صَدَقَ، ثُمَّ أَمَرَهُمْ أَنْ يَغْسِلَهُ بَنُو أَبِيهِ وَاجْتَمَعَ الْمُهَاجِرُونَ يَتَشَاوَرُونَ، فَقَالُوا: انْطَلِقْ بِنَا إِلَى إِخْوانِنَا مِنَ الْأَنْصَارِ نُدْخِلُهُمْ مَعَنَا فِي هَذَا الْأَمْرِ، فَقَالَتِ الْأَنْصَارُ: مِنَّا أَمِيرٌ وَمِنْكُمْ أَمِيرٌ، فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ: مَنْ لَهُ مِثْلُ هَذِهِ الثَّلَاثِ {ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا} [التوبة: 40] مَنْ هُمَا؟ قَالَ: ثُمَّ بَسَطَ يَدَهُ فَبَايَعَهُ وَبَايَعَهُ النَّاسُ بَيْعَةً حَسَنَةً جَمِيلَةً

398

13. Anas bin Malik berkata:

Ketika Rasulullah sedang merasakan kesakitan menghadapi kematian, Fatimah berkata, “Aduhai, sakitnya!” Rasulullah membalas, “Tidak ada sakit lagi untuk ayahmu selepas hari ini. Sesungguhnya maut sudah menghampiri ayahmu, tidak seorang pun dapat lari daripadanya. Pertemuan (dengan maut) pasti akan terjadi sehingga hari Kiamat.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa’i)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: لَمَّا وَجَدَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ كُرَبِ الْمَوْتِ مَا وَجَدَ، قَالَتْ فَاطِمَةُ: وَاكَرْبَاهُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا كَرْبَ عَلَى أَبِيكِ بَعْدَ الْيَوْمِ، إِنَّهُ قَدْ حَضَرَ مِنْ أَبِيكِ مَا لَيْسَ بِتَارِكٍ مِنْهُ أَحَدًا الْمُوافَاةُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ»

399

14. Ibnu Abbas mendengar Rasulullah berkata:

Siapa antara umatku yang memiliki dua farath (anak kecil yang meninggal dunia sebelum orang tuanya), Allah akan memasukkan orang itu ke dalam syurga kerana perantara kedua-dua anak itu.” Aisyah berkata, “Bagaimanakah pula dengan umatmu yang mempunyai seorang sahaja farath?” Rasulullah menjawab, “Begitu juga dengan umatku yang mempunyai seorang farath. Wahai muwaffaqah!” Aisyah bertanya lagi, “Bagaimana pula dengan umatmu yang tidak mempunyai farath?” Jawab Rasulullah, “Akulah farath untuk umatku. Mereka tidak akan ditimpa musibah seperti kematianku.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

ابْن عَبَّاسٍ، يُحَدِّثُ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَنْ كَانَ لَهُ فَرَطَانِ مِنْ أُمَّتِي أَدْخَلَهُ اللَّهُ تَعَالَى بِهِمَا الْجَنَّةَ» ، فَقَالَتْ عَائِشَةُ: فَمَنْ كَانَ لَهُ فَرَطٌ مِنْ أُمَّتِكَ؟ قَالَ: «وَمَنْ كَانَ لَهُ فَرَطٌ يَا مُوَفَّقَةُ» قَالَتْ: فَمَنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ فَرَطٌ مِنْ أُمَّتِكَ؟ قَالَ: «فَأَنَا فَرَطٌ لِأُمَّتِي، لَنْ يُصَابُوا بِمِثْلِي»

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014