(Ringkasan Sirah) 2. Keturunannya dan Kematian Ayahnya

Primary tabs

Khulasah Nurul Yaqin Oleh Umar Abdul Jabbar | Terjemahan zain ys

2. Keturunannya dan Kematian Ayahnya

  1. Ayahnya: Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qushai bin Kilab.
  2. Ibunya: Aminah binti Wahab bin Abdi Manaf bin Zuhrah bin Kilab.
  3. Keturunan ibu dan ayahnya bercantum pada datuknya yang kelima, iaitu Kilab.
  4. Ayah baginda s.a.w. telah meninggal dunia ketika baginda s.a.w. berada di dalam perut kandungan ibunya. Ketika itu ayahnya berusia 18 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Madinah. Dan beliau tidak meninggalkan kepada baginda s.a.w. apa-apa harta warisan.

Soalan-soalan

  • Apa keturunan baginda s.a.w. dari pihak ayah?
  • Apakah pula keturunan baginda s.a.w. dari pihak ibu?
  • Keturunan dari pihak ibu dan ayah baginda bertemu pada datuk yang mana?
  • Bilakah ayah baginda s.a.w. meninggal dunia?
  • Jenazahnya dikebumikan di mana?

Ringkasan

  • Ayah baginda s.a.w. ialah Abdullah bin Abdul Mutalib.
  • Ibunya pula ialah Aminah binti Wahab.
  • Keturunan keduanya bertemu pada datuk mereka yang kelima.
  • Ayah baginda s.a.w. meninggal dunia ketika baginda s.a.w. berada dalam kandungan ibunya.