Al-Syama'il: Bab 16. Topi Besi Rasulullah (2 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

16

Topi Besi Rasulullah (2 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي صِفَةِ مِغْفَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

113

1. Anas bin Malik bercerita:

Semasa Rasulullah memasuki kota Mekah ketika penaklukan kota itu, Baginda memakai topi besi. Seseorang berkata kepada Baginda, “Ini Ibnu Khathal sedang bersembunyi di dinding Kaabah.” Rasulullah menjawab, “Bunuhlah dia.”(Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ مَكَّةَ وَعَلَيْهِ مِغْفَرٌ، فَقِيلَ لَهُ: هَذَا ابْنُ خَطَلٍ مُتَعَلِّقٌ بِأَسْتَارِ الْكَعْبَةِ، فَقَالَ: «اقْتُلُوهُ»

114

2. Anas bin Malik berkata: Semasa Rasulullah memasuki kota Mekah ketika penaklukan kota itu, Baginda memakai topi besi. Apabila Baginda membuka topi itu, seseorang datang menemui Baginda dan berkata, “Ibnu Khathal sedang bersembunyi di sebalik dinding Kaabah.” Rasulullah menjawab, “Bunuhlah dial”

Ibnu Syihab berkata, ‘Aku mendapat tahu, pada hari itu Rasulullah sedang tidak dalam ihram.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ مَكَّةَ عَامَ الْفَتْحِ، وَعَلَى رَأْسِهِ الْمِغْفَرُ قَالَ: فَلَمَّا نَزَعَهُ جَاءَهُ رَجُلٌ، فَقَالَ لَهُ: ابْنُ خَطَلٍ مُتَعَلِّقٌ بِأَسْتَارِ الْكَعْبَةِ فَقَالَ: «اقْتُلُوهُ» قَالَ ابْنُ شِهَابٍ: وَبَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ يَوْمَئِذٍ مُحْرِمًا

 

Disediakan oleh: zain y.s (al-ahkam.net 2014)