Benarkah 12 Imam Syiah Terdapat Dalam Kitab Hadis Ahlus Sunnah?

Primary tabs

Syiah Imamiyah mendakwa ada hadis dalam sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang jelas menunjukkan wujudnya 12 imam mereka. Benarkah dakwaan ini? Apa pula yang dimaksudkan dengan 12 orang amir (riwayat al-Bukhari) dan 12 orang khalifah (riwayat Muslim)? Maulana Mohd Asri Yusoff menjawab persoalan ini.

Hadis yang dimaksudkan tentang 12 amir di dalam sahih al-Bukhari:


عَنْ عَبْدِ المَلِكِ، سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ سَمُرَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «يَكُونُ اثْنَا عَشَرَ أَمِيرًا»، فَقَالَ كَلِمَةً لَمْ أَسْمَعْهَا، فَقَالَ أَبِي: إِنَّهُ قَالَ: «كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ»

Ertinya: Jabir bin Samurah mengatakan, aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Akan muncul dua belas pemimpin,' kemudian baginda mengucapkan kalimah yang tidak dapat kami dengar, maka ayahku berkata; baginda mengatakan: "Kesemuanya dari Quraisy" (HR al-Bukhari)

Hadis tentang 12 orang khalifah di dalam Sahih Muslim:


عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، قَالَ: دَخَلْتُ مَعَ أَبِي عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: «إِنَّ هَذَا الْأَمْرَ لَا يَنْقَضِي حَتَّى يَمْضِيَ فِيهِمِ اثْنَا عَشَرَ خَلِيفَةً»، قَالَ: ثُمَّ تَكَلَّمَ بِكَلَامٍ خَفِيَ عَلَيَّ، قَالَ: فَقُلْتُ لِأَبِي: مَا قَالَ؟ قَالَ: «كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ»

Ertinya: Daripada jabir bin Samurah, katanya: "AKu pernah menemui Nabi s.a.w. bersama dengan ayahku, maka aku mendengar baginda bersabda: "Sesungguhnya pemerintahan ini tidak akan runtuh hingga kedua belas khalifah memerintah." Kemudian baginda mengucapkan sesuatu yang kurang jelas bagiku, Jabir berkata: "lalu aku bertanya ayahku, apa yang baginda sabdakan?" Ayahku menjawab: "Baginda bersabda: Semuanya dari bangsa Quraisy." (HR Muslim)

Note: Video berikut telah di-upload semula kerana video sebelumnya ada kerosakan: