Pemuda Masjid Saman SIS Forum Malaysia

Primary tabs

Oleh zain-ys

Edisi 7 tengahari ini menyiarkan berita Pemuda Masjid memfailkan saman ke atas Sis Forum atau Sister ini Islam.

Kalau dulu, apa sahaja gerak-geri SIS cuma mendapat reaksi biasa-biasa sahaja oleh umat Islam. Paling lebih mereka akan bantah melalui tulisan atau ceramah. Ia cuma dari individu atau NGO biasa.

Nampaknya sekarang ini laluan SIS semakin sukar. Bukan individu atau NGO biasa tapi pihak yang berkaitan dengan kerajaan negeri.

Sebelum ini, pihak JAIS mengeluarkan teks khutbah sempena Maulidur Rasul yang dibaca di masjid-masjid di negeri Selangor yang mengecam tindakan SIS dalam isu sebatan Syariah. Teksnya boleh dibaca di sini..

Terdahulu sebelum itu laporan polis juga dibuat oleh MAIS.

Kali ini. Hari ini NGO Islam, Pemuda Masjid pula bereaksi. Bukan seperti NGO-ngo lain sebelum ini yang hanya sekadar cakap, tulis atau kecam. Tapi yang ini melalui saluran undang-undang. Mahu penggunaan nama Sister In Islam dihalang.

Kalau begitulah, baru bertemu buku dengan ruas.

Petikan berita dari web rasmi Pemuda Masjid
Dewan Pemuda Masjid Malaysia akan memfailkan saman pemula ke atas Sis Forum Malaysia atau dihebahkan sebagai 'Sisters In Islam' pada hari Isnin 22 Mac di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi mendapat perintah mahkamah melarang NGO tersebut daripada menggunakan nama Sisters In Islam. Saman ini dibuat setelah NGO tersebut didapati melanggar undang-undang dengan penggunaan nama itu. Antara yang hadir ialah Dr. Mohammad Nawar Ariffin, Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia dan ahli jawatankuasa. Satu sidang akhbar akan diadakan di perkarangan Mahkamah selepas sahaja saman difailkan.