Mempermudahkan Maqasid Al-shari'ah (bahagian 7)

Primary tabs

Penulis Asal: Dr. Ahmad Al-raisouni | Terjemahan: Musmai_87 | Artikel asal [LINK]


Al-masalih Al-mu'tabarah dan Al-masalih al-mulghah
Telah kita sebutkan  berkali-kali sebelum ini bahawa Syariat ini adalah maslahah ,  hikmah dan juga rahmat keseluruhannya , .. dan ianya dicipta hanya semata-mata untuk menghasilkan masalih untuk para hamba .. namun adakah syara' mengiktiraf dan berpegang pada semua pekara yang dituntut oleh manusia dan menganggap kesemua perkara itu adalah maslahah? atau syara' hanya mengiktiraf sebahagiannya sahaja dan sebahagian lain tidak ? atau dengan ungkapan yang lain : apakah padangan syara' tentang al-masalih - yang sering menjadi buah mulut dan menyibukkan manusia di dunia ini ?

Maka dari sudut ini , ahli usul telah membahagikan al-masalih yang menjadi arus perdana setiap manusia kepada tiga bahagian :
1- Al-masalih Al-mu'tabarah

2- Al-masalih al-mulghah

3- Al-masalih al-mursalah

Maka dalam halaqah ini saya akan membicarakan dua masalih yang disebut tadi iaitu al-masalih al-mu'tabarah dan al-masalih al-mulghah,dan saya akan membicarakan al-masalih al-mursalah pada halaqah yang akan datang -dengan izin Allah -

Al-masalih al-mu'tabarah : ianya adalah kebaikkan  yang diterima dan diiktiraf oleh syara' secara tekstual ataupun ianya adalah masalih yang digalakkan oleh syara' sendiri supaya ianya diperolehi. Di antara perkara yang mula-mula sekali diikitraf oleh syara' adalah  perkara-perkara yang difardhukan dan  diwajibkan  seperti solat , zakat , puasa , haji , menunaikan janji , menunaikan amanah , berkata benar dan ikhlas dalam beramal....

Dan seterusnya semua perkara sunat dan mubah yang disebut secara tekstual oleh syara' maka ianya adalah masalih yang diikitiraf.

Begitu juga  setiap apa yang syara' berikan pujian dan dorongan pada amalan tersebut atau kepada si pelakunya , ianya juga adalah masalih yang diiktiraf.

Maka sabda Nabi s.a.w :" Berkahwinlah kamu semua kerana aku berbangga dengan zuriat kamu yang banyak " , di dalam ucapan baginda ini mempunyai pujian , maka ianya menunjukkan kepada pensyari'atan perkahwinan dan ianya juga adalah dari masalih yang diikitiraf yang disuruh untuk dilaksanakan. Ianya juga mempunyai pujian yang menunjukkan kepada pentingnya beranak-pinak dan memperbanyakkan bilangan orang islam.

Begitu juga setiap apa yang syara' naskan tentang halalnya perkara itu, maka ianya juga termasuk di dalam masalih mu'tabarah.seperti di dalam firman Allah:

وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا 

padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.( al-baqarah :275 )

ianya menunjukkan bahawa jual beli ( atau perniagaan ) adalah maslahah mu'tabarah.

Begitu juga setiap apa yang baik dan elok dari jenis-jenis makanan atau minuman sama ada baik dari segi jenisnya atau dari segi cara mendapatkanya , maka pemilikannya dan penggunaannya adalah maslahah mu'tabarah , kerana Allah berfirman :

 يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُم مِّنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ فَكُلُواْ مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُواْ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُواْ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَاب ، الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلاَ مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ وَمَن يَكْفُرْ بِالإِيمَانِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

 

4. Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) Yang Dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) Yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan Yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu Yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana Yang telah diajarkan Allah kepada kamu. oleh itu makanlah dari apa Yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan Yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya"

5. Pada masa ini Dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) Yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang Yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). dan (dihalalkan kamu berkahwin) Dengan perempuan-perempuan Yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan Yang beriman, dan juga perempuan-perempuan Yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang Yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara Yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. dan sesiapa Yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka Sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi. (Al-ma'idah : 4- 5 )

 

Adapun Al-masalih al-mulghah adalah : Apa yang ditetapkan oleh syara' secara tekstual bahawa ianya tidak diterima dan tidak disyari'atkan dan juga tidak dibenarkan, dengan kata lain syara' telah menutup jalan kepadanya dan membatalkan pensyar'atannya.Maka dari sinilah datangnya nama ' Al-maslahah Al-mulghah ". Jadi setiap perkara dan  perbuatan  yang telah diharamkan oleh syara' dan dicabutkan darinya pensyari'atan maka ianya dikira sebagai maslahah mulghah atau dengan kata lain bahawa Al-masalih Al-mulghah adalah perkara -perkara yang diharamkan walaupun kadang kala perkara itu mempunya faedah-faedah dan manfaat.

Contohnya arak dan judi , Allah telah menyebutkan bahawa kedua-duanya ada manfaat bagi manusia , walaupun begitu Allah mengharamkan keduanya , Maka - dengan pengharaman itu - manfaat bagi kedua-dua perkara itu adalah maslahah mulghah. Begitu juga rasuah yang merealisasikan maslahah individu bagi si pemberi dan si pengambilnya , akan tetapi ianya   maslahah yang ditutup oleh syara' dan  syara' tidak mengiktirafnya , berkecimpung dengan amalan riba' juga mempunyai manfaat , akan tetapi ianya juga ditutup dan dihalang oleh syara;. Menipu juga mempunyai manfaat bagi si penipu dengan apa yang dia perolehi , akan tetapi ianya juga ditutup dan dihalang oleh syara'.

Dengan ini telah jelas bahawa al-masalih al-mulghah adalah maslahah yang kecil dan khusus , dan disebabkan maslahah yang kecil itu berlaku mafasid yang umum dan general.  atau dengan kata lain ianya manfaat yang seketika dan sementara , yang diikuti selepasnya mafasid yang kekal di kemudian hari , ataupun ianya manfaat yang kecil yang mengandungi disebaliknya mafasid dan kerosakkan yang besar.

Hasilnya , bahawa jenis-jenis manfaat yang ditutup oleh syara' ini , ia sebenarnya di penghujungnya adalah mafasid bukan masalih. Dan seperti yang sedia maklum disisi ulama dan para cendiakawan bahawa  menentukan  sesuatu perkara atau tingkahlaku itu adalah maslahah atau mafsadah bergantung kepada konsistennya sesuatu perkara itu kearah yang mana. Maka setiap perkara yang kebaikkan dan manfaatnya  mendominasi pada setiap masa , kini dan akan datang , zahir dan batin , maka ianya adalah maslahah mu'tabarah. dan apa yang kerosakkan dan kemusnahannya mendominasi pada setiap masa , kini dan akan datang , zahir dan batin, maka ianya adalah mafsadah ataupun maslahah mulghah.

Neraca ini diambil dari firman Allah taala:

 

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ،

219. Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir ( al-baqarah : 219)

 

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan