Al-Syama'il: Bab 09. Kehidupan Rasulullah s.a.w. (2 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

09

 

Kehidupan Rasulullah s.a.w. (2 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي عَيْشِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

72

1. Muhammad bin Sirin berkata:

Kami bersama Abu Hurairah yang memakai dua lapis pakaian yang diperbuat daripada kain linen yang dicelup dengan tanah liat merah.  Abu Hurairah membuang hingusnya pada satu daripada dua lapis pakaiannya itu.

 

Sesudah itu, beliau berkata, “Wah, wah! Sekarang Abu Hurairah membuang hingus pada kain linen. Padahal, dahulu aku sampai tersungkur di antara mimbar Rasulullah dengan kamar Aisyah, disebabkan kelaparan. Ketika itu, seseorang datang menginjak leherku kerana menyangka aku orang gila. Walhal, aku hanya kelaparan.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Bukhari)

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ قَالَ: كُنَّا عِنْدَ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَعَلَيْهِ ثَوْبَانِ مُمَشَّقَانِ مِنْ كَتَّانٍ فَتَمَخَّطَ فِي أَحَدِهِمَا، فَقَالَ: «بَخٍ بَخٍ يَتَمَخَّطُ أَبُو هُرَيْرَةَ فِي الْكَتَّانِ، لَقَدْ رَأَيْتُنِي وَإِنِّي لَأَخِرُّ فِيمَا بَيْنَ مِنْبَرِ [ص:79] رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحُجْرَةِ عَائِشَةَ مَغْشِيًّا عَلَيَّ فَيَجِيءُ الْجَائِي فَيَضَعُ رِجْلَهُ عَلَى عُنُقِي يَرَى أَنَّ بِي جُنُونًا، وَمَا بِي جُنُونٌ، وَمَا هُوَ إِلَّا الْجُوعُ»

73

2. Malik bin Dinar berkata:

Rasulullah tidak pernah sekali pun kenyang memakan roti atau daging, kecuali jika makan beramai-ramai. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ مَالِكِ بْنِ دِينَارٍ قَالَ: «مَا شَبِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزٍ قَطُّ وَلَا لَحْمٍ، إِلَّا عَلَى ضَفَفٍ» . قَالَ مَالِكٌ: سَأَلْتُ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ: مَا الضَّفَفُ؟ قَالَ: «أَنْ يَتَنَاوَلَ مَعَ النَّاسِ»

 

Disediakan oleh: zain y.s (al-ahkam.net 2014)