Maulana Asri Yusoff: Buku Unik & Pelik Tentang Sirah Nabi Selepas Kewafatannya

Primary tabs

Maulana Asri Sembang-sembang Buku Sirah Nabi s.a.w. Selepas Kewafatannya

Deskripsi: 

Maulana Muhammad Asri Yusoff menceritakan mengenai sebuah buku unik berbahasa Urdu. Tidak pernah ada kitab yang seumpamanya pernah ditulis. Ia tentang sirah Nabi s.a.w. Apa yang unik ialah, jika kitab sirah biasa, ia mengandungi perjalanan hidup Baginda s.a.w. sepanjang hidupnya. Dari saat Baginda s.a.w. dilahirkan sehinggalah diwafatkan. Namun kitab ini memuatkan kisah-kisah Nabi s.a.w. selepas kewafatannya. Iaitu kisah-kisah pelik dan ganjil mereka yang pernah bertemu Nabi s.a.w. di dalam mimpinya.

Berikut ini antara kandungannya secara ringkas:

  • Mimpi Rasulullah s.a.w. tertarik terhadap kitab-kitab tertentu
  • Mimpi Baginda s.a.w beri isyarat agar untuk lakukan di suatu tempat seperti sekolah dan sebagainya.
  • Bertemu dengan Rasulullah s.a.w. sebelum mereka memeluk Islam
  • Bermimpi Rasulullah s.a.w. minta agar lihat apa yang berlaku di kubur Mirza Ghulam Ahmad
  • Dalam mimpi Rasulullah s.a.w. memanggil mereka ke Madinah dan orang itu pergi ke Madinah.
  • Mimpi Rasulullah s.a.w. menyapu tubuhnya dengan air liur Baginda, dan tuubuhnya berbau harum
  • Bermimpi Rasulullah s.a.w. mengatakan mereka akan memenangi peperangan, dan ia jadi kenyataan
  • Perempuan bukan Islam bermimpi Rasulullah s.a.w. mengislamkannya, keesokannya, dia boleh membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas dengan baik.
  • Seseorang bermimpi Rasulullah s.a.w. membaca di mulutnya, seumur hidupnya mulutnya berbau wangi
  • Jangan bermain-main mendakwa bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. kerana buruk akibatnya
  • Seorang yang sakit mulut bermimpi Rasulullah s.a.w. beri petunjuk makan labu air, dan dia sembuh
  • Imam al-Bukhari bermimpi menghalau lalat dari Rasululah s.a.w. sebagai isyarat akan menulis Sahih al-Bukhari

 

Info Audio Video: 
Perempuan bukan Islam bermimpi Rasulullah s.a.w. mengislamkannya, keesokannya, dia boleh membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas dengan baik. | Seseorang bermimpi Rasulullah s.a.w. membaca di mulutnya, seumur hidupnya mulutnya berbau wangi
Kategori: